Makanan Untuk Tambah Darah, Ini 30 Makanan Terbaik Untuk Anda Amalkan

Kentang, kurma, edamame dan asparagus antara makanan tambah darah kerana ia kaya dengan kandungan zat besi bagi mengelak anemia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka yang rasa penat dan letih luar biasa setiap hari mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah. Ada beberapa jenis makanan tambah darah yang sesuai diambil untuk golongan ini.

Apa Itu Hemoglobin?

Hemoglobin adalah protein yang terdapat dalam sel darah merah yang berperanan penting dalam mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Kadar hemoglobin yang rendah boleh menyebabkan anemia, yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah tabiat pemakanan yang tidak seimbang, penyerapan nutrien yang lemah yang penting untuk penghasilan hemoglobin, kehilangan darah dan penggunaan ubat-ubatan tertentu. Semua ini dapat mengakibatkan penurunan kadar hemoglobin.

Makanan Untuk Tambah Darah (Zat Besi)

Antara makanan untuk meningkatkan kadar zat besi dalam tubuh adalah seperti berikut:

1.Daging Dan Organ Dalaman

  • Hati
  • Daging lembu kisar
  • Dada ayam

2.Makanan Laut

  • Kerang

3.Kekacang

  • Kacang soya
  • Kacang ginjal

4.Bijirin

  • Bijirin hitam kaya dengan magnesium, kuprum, zink, kalsium, selenium, folat, vitamin B6, dan vitamin E.

5.Telur

6.Biji Labu

7.Tauhu

Makanan Untuk Tambah Darah (Vitamin)

Antara makanan untuk meningkatkan kadar vitamin dalam tubuh adalah seperti berikut:

1.Buah-Buahan Kering

  • Kurma: Kaya dengan zat besi, magnesium, vitamin A, dan folat
  • Kismis: Mengandungi zat besi dan vitamin C.
  • Buah Tin: Sumber zat besi, magnesium, vitamin A dan folat.

2.Sayur-Sayuran Berdaun Hijau

  • Bayam, sayur sawi, saderi, dan brokoli: Kaya dengan zat besi.
  • Brokoli juga mengandungi vitamin kompleks B, vitamin A, vitamin C, asid folik, magnesium, dan zat besi.

3.Ubi Bit

Kaya dengan mineral seperti kuprum, fosforus, besi, magnesium, serta vitamin B1, B2, B6, B12, dan C.
Meningkatkan tahap hemoglobin dan mempercepat pertumbuhan sel darah merah. Ubi bit boleh dimakan mentah sebagai salad atau dijadikan jus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4.Daun Moringa

  • Mengandungi tembaga, magnesium, besi, zink, serta vitamin A, B, dan C.
  • Kaya dengan mineral yang membantu meningkatkan tahap hemoglobin dan menyokong kesihatan umum.

5.Pengambilan Asid Folik

  • Folat dan vitamin B kompleks penting untuk pembentukan sel darah merah.
  • Diet yang kaya dengan asid folik disyorkan untuk mereka yang menghadapi risiko kekurangan hemoglobin.
  • Suplemen asid folik sebaiknya diambil di bawah pengawasan doktor dengan dos antara 200 hingga 400 mg sehari.

Makanan Tambah Darah Untuk Pesakit Anemia

Daripada sayuran-sayuran, makanan laut, ayam dan daging semuanya mempunyai khasiat untuk tambah darah.

  1. Kerang – Semua jenis kerang-kerangan kaya dengan zat besi yang baik untuk pembentukan darah
  2. Sayur bayam – 100 gram bayam mengandungi 2.7 mg zat besi, hampir 15% daripada keperluan harian badan
  3. Hati dan daging organ lain – 100 gram hati lembu mengandungi 6.5 gram zat besi
  4. Telur  – Sebiji telur mengandungi 1.89 miligram zat besi
  5. Tambah darah dengan biji labu – biji labu juga kaya dengan vitamin K, zink dan mangan
  6. Bawang putih – Bukan sahaja baik untuk sistem imun badan, malahan bawang putih juga dapat mengurangkan tekanan darah.
  7. Bawang merah – mengandungi flavonoid. Memastikan peredaran darah berjalan lancar serta menambah jumlah darah dalam badan.
  8. Lada benggala – Selain dapat meningkatkan pengaliran darah, ia juga boleh mengurangkan pembentukan plak dalam arteri
  9. Buah delima – Kaya dengan antioksidan, buah delima juga adalah antara makanan tambah darah yang terbaik!
  10. Kunyit – digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk menambah darah dan melancarkan pengaliran darah.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Halia
  2. Ubi bit – mengandungi nitrat yang akan ditukarkan badan kepada nitrik oksida. Proses ini akan mengembangkan saluran darah dan meningkatkan pengaliran oksigen ke seluruh badan.
  3. Kacang walnut – Makanan super ini mengandungi banyak kompaun yang bermanfaat untuk kesihatan seperti l-arginine, alpha-lipoic acid (ALA) dan vitamin E.
  4. Cendawan – Cendawan tiram mempunyai kandungan zat besi yang paling tinggi.
  5. Asparagus – kaya dengan zat besi, lebih-lebih lagi jika dimakan mentah.
  6. Kentang
  7. Kacang hitam
  8. Kacang kuda
  9. Kurma – Makanan sunnah ini mengandungi 4.79 miligram zat besi setiap 100 gram
  10. Buah aprikot kering – 100 gram aprikot mengandungi 2.7 miligram zat besi

  1. Edamame, makanan untuk tambah darah – Secawan edamame mengandungi 9 miligram zat besi, membuatkan kacang ini antara makanan untuk tambah darah yang terbaik
  2. Ayam – Setiap 75 gram ayam mengandungi 0.9 miligram zat besi
  3. Kubis
  4. Kubis Brussels – Ramai orang yang suka makan kubis Brussels bersama garam dan bawang putih. Masakkan sahaja di dalam air fryer jika anda ingin hidangan sayur yang cepat dan pantas.
  5. Ikan kembung
  6. Dark coklat
  7. Tuna dalam tin
  8. Tofu
  9. Brokoli
  10. Quinoa

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Makanan Ini Bantu Ibu Hamil Tambah Darah & Cegah Anemia!

Baca juga: Jenis Makanan Penambah Darah Untuk Ibu Hamil Yang Ada Masalah Hb Low Atau Anemia

Baca juga: Darah Beku Selepas Bersalin Punca Ramai Ibu MAUT Dalam Pantang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar