10 Makanan Untuk Anak Cirit Birit & Muntah, Buatkan Anak Bertenaga

Ibu ayah perlu pastikan pilih makanan untuk anak cirit birit yang betul untuk mengembalikan semula tenaga mereka yang hilang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak berisiko terkena cirit birit apabila mereka sudah mulai makan pelbagai jenis makanan. Apabila diserang cirit birit anak akan menjadi lesu dan tidak bermaya. Jadi pemilihan makanan untuk anak cirit birit amat penting bagi memastikan mereka kekal bertenaga.

Makanan Untuk Anak Cirit Birit

Ada beberapa jenis makanan perlu diberikan kepada anak jika mereka cirit birit. Ini termasuklah diet BRAT iaitu banana (pisang), rice (nasi), apple (buah epal) dan toast (roti). Tetapi jika anak alami cirit birit teruk ada baiknya anda beri dalam kuantiti sedikit terlebih dulu. 

1.Pisang 

Mengandungi potasium yang dapat membantu usus menyerap air dan mengurangkan kesan cirit birit. 

2.Epal - Makanan Untuk Anak Cirit Birit

credit to sources

Buah ini mengandungi pektin yang dapat memekatkan makanan dalam usus. Apabila cirit birit makanan yang diproses dalam usus lambat dilikatkan jadi pektin membantu proses itu.

3.Nasi - - Makanan Untuk Anak Cirit Birit

Makanan berkanji tidak akan menyakiykan perut. Jadi boleh ambil nasi terutama bubur sikit demi sedikit untuk kembali kepada tabiat makan yang normal. 

4.Roti

Roti merupakan makanan karbo kompleks yang sangat baik diambil jika cirit birit. Ia mudah dihadam dan tidak memerlukan usus untuk bekerja lebih. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Kentang Lenyek - Makanan Untuk Anak Cirit Birit 

Ubi kentang juga merupakan karbo kompleks yang sesuai diberikan kepada anak jika mengalami cirit birit.

6.Air Kelapa Muda

Untuk mengembalikan semula elektrolit dalam badan anak anda boleh berikannya air kelapa. Tetapi jika anak kurang satu tahun dapatkan pandangan doktor terlebih dulu.

7.Susu

Elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati. Dapatkan nasihat doktor jika anda rasa susu formula yang anda berikan kepada anak anda tidak sesuai untuknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8.Elak makanan mentah

Pastikan makanan diberikan kepada anak dimasak terlebih dahulu. 

9.Probiotik

Berikan anak anda makanan kaya probiotik seperti tempe dan yogurt untuk mengembalikan bakteria baik dalam usus mereka.

10.Oat

Oat yang dilenyek atau dilembutkan terlebih dulu membantu mengurangkan cirit birit anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

myhealth, hello medic

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Cirit Birit Tapi Aktif? Ibu Ayah, Ini Cara Pastikan Anak Tidak Dehidrasi & Selesa

Baca juga: Baby Cirit Birit: 8 Petua Hilangkan Cirit-Birit Untuk Si Kecil, Tanpa Perlu Ke Klinik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Bayi Cirit Birit (Diarrhea): Tanda Bayi Cirit Birit, Punca Bayi Cirit Birit & Jenis Najis Bayi Cirit Birit

Penulis

Lala Annuar