Sediakan 6 Makanan Ini Untuk Anak Demam Supaya Si Kecil Cepat Sembuh

Bila demam dan tak sihat, anak cenderung tolak untuk makan. Namun, anda harus sabar dan cuba buat makanan untuk anak sakit yang sesuai seperti ini.

Ibu bapa mana yang tak sedih bila tengok anak jatuh sakit. Tambah pula mereka kekurangan tenaga, kulit panas dan mata jadi sebam. Lagi bertambah runtun hati ibu ayah, kan? 

Bukan setakat itu saja, anak pula enggan makan bila sakit. Jadi, apakah makanan untuk anak sakit yang sesuai sekaligus dapat sembuhkan demamnya secepat mungkin?

Suhu yang menandakan anak demam adalah 37 darjah C dan ke atas. Demam juga penyakit, tapi gejala atau tanda sistem imun anak sedang melawan jangkitan dan memerlukan rehat secukupnya

Antara gejala demam seperti sakit tekak, hidung berair, selsema, pening kepala dan badan panas.  Anda tak seharusnya membiarkan tubuh anak panas berpanjangan dan perlu menyediakan makanan untuk anak sakit yang bantu tambah tenaga.

6 makanan untuk anak sakit, jom ibu kita sediakan demi anak! 

#1. Makanan untuk anak sakit – Susu badan 

Kredit : Sarawak Voice

Sekiranya anak masih menyusu, berikan si kecil susu badan dengan lebih kerap kerana komposisi susu ibu akan berubah masuk ke dalam tubuh menjadi antibodi bagi melawan jangkitan virus lalu menurunkan suhu panas badan. 

#2. Makanan untuk anak sakit – Sup ayam 

Jika anak sudah mula makanan pejal, sup ayam dengan sayuran adalah makanan untuk anak sakit yang paling sesuai. Ia mengandungi keseimbangan vitamin, mineral dan protein yang diperlukan tubuh si kecil semasa demam. 

Malah, sup ayam juga boleh menyuntik cecair yang diperlukan dan elektrolit dalamnya bantu memerangi jangkitan sekaligus menurunkan suhu badan. 

#3. Makanan untuk anak sakit – Buah-buahan frozen & ais krim susu ibu 

Kredit : Frozen Food European.com

Sekiranya anda masih tertanya-tanya untuk memberi anak makanan yang sesuai ketika demam, cubalah rawatnya dengan makanan sejuk beku seperti buah-buahan segar atau ais krim susu ibu yang dibekukan dalam peti sejuk. 

Kedua-dua makanan ini dibekalkan dengan antioksidan dan nutrien lain yang dapat bantu melawan jangkitan dengan lebih baik dan menyejukkan badan anak. 

#4. Makanan untuk anak sakit – Air kelapa

Dalam masyarakat Asia, air kelapa secara tradisional dianggap memiliki sifat penyejukan dan apabila anak demam, minum air kelapa dapat turunkan suhu badannya. 

Air kelapa juga merupakan sumber elektrolit semula jadi yang sangat baik jika anak mengalami ketidakselesaan perut. 

#5. Jenis makanan berkhasiat untuk anak sakit – Madu 

Terdapat bukti saintifik yang menunjukkan madu boleh merangsang sistem imun malah ia jauh lebih berkesan berbanding ubat batuk. 

Jika anak alami sakit kerongkong disebabkan jangkitan semasa demam, beri anak makan setengah sudu madu dan lihat hasilnya.

Amaran : Namun jangan beri bayi bawah setahun makan madu kerana ia boleh menyebabkan risiko botulisme

6. Jenis makanan berkhasiat untuk anak sakit– Oatmeal

Kredit : Cooking light

Oat mempunyai sumber semula jadi seperti Vitamin E, antioksidan polifenol dan serat beta-glucan yang boleh meningkatkan sistem imun.

Namun, elakkan instant oat kerana terdapat pelbagai ramuan lain di dalamnya tapi pilih regular atau rolled oat yang perlu dimasak sendiri dengan bahan asli. 

Makanan yang harus dielakkan ketika anak demam 

  • Minuman berkafein seperti teh, kopi, nescafe dan soda. Ia boleh membuatkan tubuh anak dehidrasi kerana kandungan gula yang terlalu tinggi.
  • Makanan bertekstur keras: Ketika demam, anak akan alami sakit kerongkong jadi sebaiknya elak memberi dia makan kerepek, biskut keras dan apa saja yang bertekstur keras kerana boleh ganggu keadaan tekak mereka.
  • Makanan yang diproses: Makanan ini dilarang kerana nutrien yang rendah, lemak tepu dan kandungan gula yang tinggi malah ia tak boleh bantu tingkatkan sistem imun yang dapat memerangi jangkitan kuman akibat demam. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber : Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Alamak, Bayi Demam Pula! Apa Yang Ibu Patut Buat & Apa Yang Perlu Elak?