Elakkan Pedas & Terlalu Masam, Ini 5 Jenis Makanan Yang BERKESAN Melegakan Gastrik

Makanan untuk gastrik hendaklah dielakkan jenis yang terlalu masam, pedas dan berempah. Ini kerana ia boleh meningkatkan keasidan dalam perut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gastrik boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Secara umumnya, ia dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis). Tahukah anda ada beberapa jenis makanan untuk gastrik?

Kebiasaannya apabila seseorang mengatakan mereka mengalami masalah gastrik, ia merujuk kepada gastritis. Sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH 1 hingga 2 berfungsi sebagai mencerna makanan. Ia sangat kuat dan jika terkena tangan, kulit boleh terhakis.

Jenis makanan untuk gastrik

credit to sources

Jika andda berdepan rasa sakit perut ketika lapar, ia menandakan bahawa asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut. Jika sakit perut sebelum makan, ia mungkin disebabkan oleh masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang lemah.

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan rasa tidak selesa pada perut. Antaranya ialah:

  • Rasa senak, pedih atau berangin
  • Sakit pada bahagian atas perut atau abdomen
  • Kembung, sendawa dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual dan muntah
  • Rasa tidak selesa
  • Hilang selera makan

Sekiranya sampai pada tahap teruk, ulser perut boleh menyebabkan pendarahan dalam dua bentuk keadaan iaitu:

  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
  • Najis menjadi hitam seperti tar

Salah satu langkah dan perubahan pertama yang boleh anda lakukan ialah mengikut diet gastritis bagi mengurangkan masalah ini. Prinsip asas pemakanan bagi pesakit gastrik adalah perlu menghindari makanan berasid dan pedas.

Justeru apa kata anda semak 10 makanan ini bagi meredakan masalah gastritis secara semula jadi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Makanan untuk gastrik- nasi putih

Nasi putih adalah antara makanan yang dapat menyembuhkan sistem pencernaan yang meradang. Jika anda mengalami gejala gastritis yang menyukarkan anda makan dengan baik, boleh tukar cara masakan kepada bubur nasi.

Anda juga boleh memilih karbohidrat lain seperti roti gandum, beras perang atau pasta.

#2. Pengambilan protein yang sihat 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Haiwan ternakan yang diberi makan rumput, ikan ditangkap liar atau unggas yang dibesarkan di padang rumput adalah sumber protein sihat. Ia membantu perbaiki dinding usus dan mengurangkan gejala keradangan.

Manakala ikan seperti salmon atau sardin adalah sumber Omega-3 yang sangat baik untuk pesakit gastrik. Bukan itu sahaja, protein mencukupi dapat membantu proses penyembuhan.

#3. Sayur dan buah-buahan

Pengambilan sayur dan buah-buahan dalam diet seharian dapat mengelakkan anda diserang gastritis. Hal ini kerana ia adalah sumber antioksida yang baik, mencegah kerosakan sel dan penyakit dengan mengurangkan radikal bebas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara jenis sayur dan buah dapat menghalang pertumbuhan H. pylori, mengurangkan gastritis dan pembentukan ulser dalam perut ialah:

  • Lobak, kubis bunga, swede dan sayur-sayuran Brassica lain
  • Buah beri seperti beri hitam, strawberi, beri biru dan raspberi

#4. Telur hancur

Hidangan telur hancur tanpa susu ini adalah sumber protein yang baik dan mudah dicerna oleh perut. Cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan merebus, poached atau scrambled berbanding digoreng.

Elakkan pengambilan telur bersama dengan daging masin, diproses atau dinikmati ketika sarapan seperti sosej atau ham. Jangan tambahkan mentega, susu atau perasa (termasuklah lada hitam).

#5. Teh kosong atau teh herba

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Pengambilan teh kosong dapat mengurangkan gejala gastrik. Hal ini kerana ia mengandungi polyphenols dan flavonoid bermanfaat untuk kesihatan. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Manakala teh herba dengan ekstrak dari tumbuh-tumbuhan tertentu memiliki khasiat dalam perubatan. Ia kaya dengan antioksidan dan membantu melancarkan proses pencernaan.

Antara teh herba yang populor termasulah chamomile, anise, halia, teh lemon dan pudina. Ia berfungsi sebagai rawatan mudah bagi mengatasi masalah kembung serta gas.

Sekiranya anda kerap dilanda sakit gastrik ini, pakar akan menasihatkan anda untuk menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup. Hindari makanan berempah, bercili dan masam. Kurangkan minuman kafein yang boleh meningkatkan keasidan perut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sentiasa mengambil makanan sihat dan makan secara teratur iaitu sarapan, makan tengah hari dan malam. Pada bulan puasa, adalah lebih baik anda melewat-lewatkan sahur.

Sumber: KKM, Ceria Sihat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Gastrik Ketika Hamil Adalah Normal, Ia Petanda Bayi Anda Semakin Membesar!