Senarai Makanan Yang Sesuai Selepas Cabut Gigi, Bantu Kurangkan Rasa Sakit Anak Kecil

Makanan yang sesuai selepas cabut gigi untuk anak kecil. Ibu dan ayah boleh cuba 5 senarai ini bagi mengurangkan rasa tidak selesa si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjaga anak kecil yang baru menjalani rawatan gigi bukannya mudah, paling sukar adalah menyediakan makanan dan minuman yang sesuai. Sudahlah mahu bawa berjumpa doktor gigi pun ada saja alasan mereka. Di sini kami senaraikan makanan yang sesuai selepas cabut gigi untuk anak kecil, mana tahu boleh memujuk mereka.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Senarai jenis makanan dan minuman sesuai untuk anak kecil selepas mencabut gigi
  • Makanan dan minuman perlu dielakkan

Senarai jenis makanan yang sesuai selepas cabut gigi untuk anak kecil

#1) Makanan yang sesuai selepas cabut gigi anak – Sup yang dikisar

Terdapat pelbagai resepi dan menu jenis sup ini yang boleh diberikan kepada anak kecil dalam proses penyembuhan selepas mencabut gigi. Ia juga tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan rasa sakit di tempat cabutan.

Sup ini juga mengandungi sumber vitamin dan mineral sesuai untuk keperluan diet anak anda. Jenis makanan ini adalah sesuai untuk anak dalam proses penyembuhan mereka. Selain itu, sup ini sesuai dihidang semasa suam atau telah sejuk bagi mengelakkan anak anda merasa sakit di tempat yang dicabut.

#2) Aiskrim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tidak suka aiskrim, anak anda pasti suka makanan begini. Sesekali berikan mereka aiskrim sebagai penghargaan kepada anak kecil selepas berjaya dipujuk berjumpa doktor gigi.

Aiskrim juga salah satu makanan sesuai diberikan selepas mencabut gigi bagi mengurangkan bengkak selepas dicabut memandangkan suhunya yang sejuk. Bagaimanapun, jika anak anda mengalami gigi sensitif, elakkan memberi mereka.

Pemilihan aiskrim juga harus berhati-hati, pilih aiskrim dengan tekstur lembut kerana tidak memerlukan gerakan yang banyak pada rahang.

3) Sup berasaskan protein

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sup memberikan sumber yang baik kepada kanak-kanak selepas menjalani prosedur pergigian. Kebanyakan sup mempunyai pelbagai vitamin dan mineral iaitu baik untuk memulihkan badan.

Masa terbaik menyediakan sup ini ialah selepas beberapa hari anak anda menjalani rawatan cabut gigit. Pastikan ia dihidang dengan suhu suam supaya anak anda boleh memakannya terus.

#4) Greek yogurt

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Greek yogurt kaya dengan protein yang juga boleh diberikan kepada anak anda selepas menjalani rawatan mencabut gigi. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin dan mineral sekali gus mempercepatkan penyembuhan. Kandungan zink di dalam greek yogurt juga membantu penyembuhan.

#5) Telur hancur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Telur ialah menu paling mudah disediakan dan salah satu makanan yang disyorkan selepas menjalani rawatan mencabut gigi. Telur adalah sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral.

Bukan itu sahaja, telur ini boleh juga direbus sebagai mempelbagaikan lagi jenis menu makanan.

Elakkan makanan dan minuman ini selepas mencabut gigi anak

  • Yang berbentuk cecair panas seperti air coklat panas, susu panas dan teh panas untuk mengurangkan risiko pada tempat cabutan gigi.
  • Makanan panas perlu dielakkan kerana bimbang anak anda berisiko tercekik memandangkan masih terasa kebas pada tempat cabutan. Tunggu makanan sejuk dahulu sebelum diberikan kepada anak. Paling baik ialah pastikan makanan diberikan adalah sejuk.
  • Makanan yang keras dan rangup seperti keropok, kerepek dan pelbagai jenis kacang yang terlalu kasar untuk mulut lembut anak anda yang baru menjalani rawatan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gigi Bayi Belum Tumbuh Walaupun Umur Sudah Masuk 8 Bulan, Perlukah Ibu Risau?

Baca juga: Suka Tarik & Gigit, Ini 10 Karenah Comel Bayi Waktu Menyusu Yang Buat Ibu Rasa Geram

Baca juga: Tanda Di Berus Gigi Anak Sebagai Panduan Kuantiti Ubat Gigi Yang Perlu…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan