Menyebutnya sudah seram. Apatah lagi jika tidak tahu maksud mimpi suami kahwin lain! Memang dalam Islam ia dibenarkan, namun tidak semua isteri sanggup berkongsi suami.
Jadi apabila menyebut mengenai suami kahwin lain kepada isteri-isteri di luar sana, mungkin ia jadi satu topik yang sangat sensitif untuk disentuh.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Maksud mimpi suami kahwin lain petanda rezeki baru nak datang
Bila mimpi suami kahwin lain menjelma dalam tidur, lagilah seram dibuatnya. Mungkin bila lepas mimpi terpandang suami pun rasa nak marah dan geram walaupun hanya dalam mimpi!
Maksud mimpi suami kahwin lain petanda rezeki baru nak datang
Mimpi boleh datang dalam pelbagai situasi dan jalan cerita. Ia juga termasuklah mimpi pasangan kahwin lain! Ia dikatakan membawa maksud berlainan bagi setiap situasi. Antaranya termasuklah:
#1. Mimpi suami nak kahwin lain
Ia dikatakan menandangkan suami anda akan mendapat rezeki yang mana sudah pasti ia satu petanda baik jika anda bermimpi sedemikian.
Walaupun anda tidak tahu rezeki yang akan datang itu dalam bentuk apa, namun sebaiknya berdoalah agar ia yang terbaik untuk anda sekeluarga. Sentiasalah berfikir positif.
#2. Mimpi pasangan kahwin dan ada anak
Ini lain pula ceritanya. Sudahlah dia berkahwin lain ditambah pula ada anak. Ngeri pula mendengarnya bagi mana-mana isteri yang memang tidak mahu berkongsi pasangan.
Namun, dikatakan, makna di sebalik mimpi ini adalah pasangan anda akan dipermudahkan segala urusan terutama dalam mencari nafkah untuk anda dan anak-anak.
#3. Maksud mimpi suami kahwin lain (dengan wanita tidak dikenali)
Ia dikatakan membawa petanda buruk yang mana pasangan anda mungkin sedang dalam keadaan sakit dan akan susah untuk mencari nafkah buat keluarga. Bagaimanapun, sentiasalah berdoa supaya urusan mencari nafkah sentiasa dipermudahkan.
#4. Suami berkahwin dengan wanita yang dikenali
Jika bermimpi begini, dikatakan anda mungkin perlu berwaspada kerana ia mungkin bawa petanda buruk pada rumah tangga dan suami anda,
#5. Suami berkahwin lain dan anda datang sebagai tetamu
Menakutkan betul bunyinya. Tetapi jika anda bermimpi begini dikatakan anda mungkin bakal dilukai oleh pasangan anda. Rumah tangga kalian juga ada kemungkin sedang dalam masalah ekonomi ketika ini.
Liputan6
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Isteri Pertama Hadir Perkahwinan Suami, Poligami Tak Salah Namun Jaga Hati Semua Pihak
Baca juga: Maksud Mimpi Dipatuk Ular, Betulkah Bakal Dipinang? Kalau Dah Kahwin Bagaimana?
Baca juga: Senarai Hadiah Kahwin Yang Unik & Sangat Berguna Untuk Pasangan Pengantin Baharu