X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Senarai Nama Anak Dengan Maksud Yang Tidak Elok, Ibu Ayah Sila Elakkan Nama Ini!

5 min bacaan
Senarai Nama Anak Dengan Maksud Yang Tidak Elok, Ibu Ayah Sila Elakkan Nama Ini!Senarai Nama Anak Dengan Maksud Yang Tidak Elok, Ibu Ayah Sila Elakkan Nama Ini!

Maksud nama anak berikut adalah tidak baik menurut Islam. Ibu ayah kena elakkan beri nama anak seperti dalam senarai ini!

Bagi seorang anak yang baru lahir, nama bukan hanya sekadar identiti yang perlu dibawa seumur hidupnya. Maksud nama anak adalah doa yang diharapkan untuk diri anak kita.

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini? 

  • Maksud nama anak mengikut Islam
  • Senarai maksud nama anak yang tidak baik
  • Cara tukar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Orang tua disunatkan mengubah nama bayi yang membawa maksud-maksud yang buruk, sebagaimana Rasulullah SAW melakukannya kepada para sahabat. Rasulullah sendiri pernah mengganti nama Abdul Hajar (hamba batu) menjadi Abdullah. Ada juga sahabatnya yang bernama ‘Aashin (durhaka) diubah menjadi Muti’ (patuh).

Hal ini pun diterangkan dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah.

Ibn Umar berkata, "Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama 'Asiah (wanita yang durhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik)." (Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).

Maksud nama anak mengikut Islam

senarai nama anak tidak baik

Dalam Islam, ada panduan dalam memberikan nama anak agar tidak terjadi kesalahan dan memberikan nama bayi yang bermaksud tidak baik kepada anak. Berikut ini beberapa panduan yang sebaiknya diperhatikan dalam memberikan nama pada anak:

  • Penggunaan nama-nama penghambaan kepada selain Allah Ta’ala dilarang oleh umat Islam baik penghambaan terhadap matahari, patung-patung, manusia atau sebagainya, misalnya: Abdur Rasul (hambanya Rasul), Abdun Nabi (hambanya Nabi), dan lain-lain.
  • Memberi nama dengan nama-nama Allah Tabaraka wa Ta’ala, misal: Rahim, Rahman, Kholiq dan sebagainya.
  • Memberikan nama-nama asing atau nama-nama Kristian.
  • Memberikan nama dengan nama-nama patung/berhala atau sembahan selain Allah SWT., misal: Al-Lat dan Al-‘Uzza.
  • Memberi nama dengan nama-nama asing baik yang berasal dari Turki, Faris, Barbar dan daerah lainnya.
  • Setiap nama yang memuji (tazkiyyah) terhadap diri sendiri atau yang berisi dengan kedustaan.
  • Memberi nama dengan nama-nama Syaitan.

Senarai maksud nama bayi yang tidak baik

Berikut adalah senarai nam bayi yang memberi maksud kurang baik, diharap ibu bapa peka dengan nama-nama berikut supaya tidak memberikannya kepada anak kesayangan.

1. Mengandungi makna kemaksiatan

Nama-nama ini kedengarannya sedap namun memberi maksud yang kurang baik.

  • Zhaalim memiliki makna sebagai ‘orang yang zalim’
  • Sarraq ertinya ‘pencuri’
  • Asyar yang bererti jahat
  • Balidah yang bererti bodoh/pandir

2. Mengarah kepada perilaku yang tidak elok

Orang-orang yang tidak memahami bahasa Arab dan tidak selidik dahulu makna disebalik sesuatu nama akan cenderung memberi seperti nama-nama ini:

  • Asyirah artinya tidak bersyukur
  • Ghasibah bermaksud perampas
  • Haqidah bermaksud dengki
  • Sakirah bermaksud pemabuk
  • Syariqah bermaksud pencurian
  • Waqihah bermaksud kurang sopan

3. Nama yang mengandungi makna negatif

nama anak maksud tidak baik

Seperti nama berikut ini:

  • Murrah bermaksud pahit
  • Kalb bermaksud anjing
  • Hayyah bermaksud ular
  • Jahsy bermaksud kasar

4. Memiliki makna nafsu

Risiko ini memang lebih sering terjadi apabila menamakan anak perempuan, tapi ada juga yang memberikannya kepada anak lelaki. Sekilas, nama-nama berikut terdengar indah. Sayangnya, nama tersebut kurang disarankan dalam Islam.

  • Ahlaam yang bermakna ‘impian’
  • Ariij yang bermaksud ‘wangi’
  • Syaadiyah yang bermaksud ‘seorang biduanita’.

5. Memiliki makna jin

Nama-nama berikut sering kita dengari dikalangan selebriti, hati-hati juga dalam memuja artis yang disukai.

  • Zaqwan/Zaquan bermaksud anak jin
  • Qistina/Kistina bermaksud penghulu jin
  • Haikal/Haiqal bermaksud tengkorak

6. Nama dari tokoh yang zalim

Tokoh-tokoh besar sering kali dijadikan acuan orang tua untuk memberikan nama pada kepada si buah hati. Namun, seperti yang kita jelaskan tadi, perlu semak juga apakah maksudnya, dan adakah kita mahu keperibadian tokoh zalim terdahulu melekat pada nama anak kita?

Qaarun, Fir’aun, dan Haamaan adalah tiga nama yang sepatutnya dihindari. Ini kerana dari segi agama maupun sejarah, ketiganya memiliki sejarah dan rekod buruk sewaktu pemerintahan mereka.

7. Nama yang bermaksud berhala

Seperti yang diketahui, Islam melarang umatnya menyembah berhala. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa ada nama yang membawa maksud berhala. Salah satunya adalah Isaaf yang kadang diubah menjadi Israf yang bererti melampaui batas atau berlebihan.

Cara tukar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

cara tukar nama anak di jpn

Bagi ibu ayah yang tersalah pilih nama anak dan berhasrat menukarkannya, bolehlah lakukannya di Jabatan Pendaftaran Negara. Berikut beberapa langkah yang boleh anda ikuti:

#1. Senarai dokumen yang diperlukan

Proses permulaan ketika menukar nama anak di JPN ialah anda perlu membawa dokumen asal dan salinan iaitu:

  • Kad pengenalan ibu dan ayah
  • Sijil kelahiran
  • Mykid anak (sekiranya ada)
  • Sijil nikah

#2. Mengisi borang

Apabila tiba di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan, anda perlulah mengambil borang di bahagian Jabatan Pendaftaran Surat Lahir. Maklumkan kepada pengawai anda ingin mengubah nama atau potong nama anak.

#3. Dapatkan cop Suruhanjaya Sumpah

Apabila sudah siap isi borang, anda perlu dapatkan cop Suruhanjaya Sumpah. Ibu dan ayah perlu menandatangan. Kemudian bawa semua dokumen yang sudah disiapkan ke bahagian daftar surat lahir anak.

#4. Bayaran

Jika anak masih lagi dibawah umur 2 tahun, bayaran dikenakan adalah RM5. Jika 2 tahun keatas, bayaran yang dkenakan pula adalah RM50.

Jabatan Pendaftaran Negara, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Letak Nama Anak Dengan Nama Vjay, Wanita Dikecam Netizen Dedah Maksud Sebenar

Baca juga: Tak Kisah Letak Nama Anak 'Iblis', Dalam Bahasa Greek Bermakna Pembawa Cahaya!

Baca juga: 100 Pilihan Nama Anak Lelaki Bermula Huruf I Dengan Maksud Yang Baik Dalam Islam

Stories Rakan Kongsi
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Tunai Impian Anak Anda dengan Hadiah Biasiswa Pendidikan INI
Tunai Impian Anak Anda dengan Hadiah Biasiswa Pendidikan INI
Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga
Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Nama bayi
  • /
  • Senarai Nama Anak Dengan Maksud Yang Tidak Elok, Ibu Ayah Sila Elakkan Nama Ini!
Kongsikan:
  • 55 Nama Bayi Perempuan Islam Dalam Al-Quran Dengan Makna Baik & Berpuitis

    55 Nama Bayi Perempuan Islam Dalam Al-Quran Dengan Makna Baik & Berpuitis

  • Pilihan Nama Pembawa Rezeki Dalam Islam, Bawa Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga

    Pilihan Nama Pembawa Rezeki Dalam Islam, Bawa Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

app info
get app banner
  • 55 Nama Bayi Perempuan Islam Dalam Al-Quran Dengan Makna Baik & Berpuitis

    55 Nama Bayi Perempuan Islam Dalam Al-Quran Dengan Makna Baik & Berpuitis

  • Pilihan Nama Pembawa Rezeki Dalam Islam, Bawa Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga

    Pilihan Nama Pembawa Rezeki Dalam Islam, Bawa Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.