TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tak Kisah Letak Nama Anak 'Iblis', Dalam Bahasa Greek Bermakna Pembawa Cahaya!

20 Jan, 2022
Tak Kisah Letak Nama Anak 'Iblis', Dalam Bahasa Greek Bermakna Pembawa Cahaya!

Pilih nama anak antara momen paling penting kepada mereka yang bergelar ibu bapa. Jadi jangan sampai tersilap pilih, susah anak nanti!

Pilih nama anak antara momen paling penting kepada mereka yang bergelar ibu bapa. Ini kerana nama itulah yang anak akan bawa hingga akhir hayat mereka. Jadi jangan sampai tersilap pilih, susah anak nanti!

Seperti pasangan suami isteri di Britain ini, mereka akhirnya dapat menamakan anak mereka dengan ‘Lucifer ‘(iblis) walaupun berdepan kesukaran sebelum itu.

Ia berikutan pegawai di kaunter pendaftaran yang seboleh-bolehnya tidak mahu mereka menamakan kanak-kanak berkenaan dengan nama itu. 

Pilih nama anak, Lucifer sebab bermaksud pembawa cahaya

pilih nama anak

Foto kredit: Kosmo!

Menurut nzherald, pada minggu lalu, pasangan berkenaan  pergi ke pejabat pendaftaran tempatan di Chesterfield, England untuk menamakan anak lelaki mereka yang berumur empat bulan.

Disebabkan ingin menamakan anak mereka Lucifer pasangan itu mendapat bantahan daripada petugas di sana malah memberitahu bahawa anak mereka tidak akan mendapat pekerjaan dan tiada guru mahu mendidiknya.

Katanya, mereka cuba menjelaskan bahawa pasangan itu bukan orang yang berpegang teguh kepada agama, malah dalam bahasa Greek Lucifer membawa makna ‘pembawa cahaya’ bagaimanapun penjelasan mereka enggan diterima pegawai berkenaan. 

Pasangan itu turut dimaklumkan petugas berkenaan bahawa ia adalah bertentangan dengan undang-undang untuk menamakan anak sedemikian di New Zealand.

Mereka kemudian diminta beredar sementara petugas membuat semakan sama ada dia dibenarkan mendaftar nama lain bagi syaitan itu dan akhirnya petugas itu mendaftarkan nama berkenaan walaupun kelihatan sangat berat hati. 

Dari  tahun 2001 hingga 2013 enam pasangan ibu bapa di New Zealand memohon untuk menamakan anak mereka dengan Lucifer, bagaimanapun keenam-enamnya ditolak.

Pada 2013 New Zealand menjadikan Lucifer sebagai nama yang dilarang diletakkan kepada bayi baru lahir di negara berkenaan.

Elak kesalahan ini bila pilih nama anak

pilih nama anak

Mula-mula excited lah dapat letak nama idaman sebagai nama anak, tapi lama-lama menyesal. Sebab apa? Panjang sangatlah, anak susah nak ejalah, susah nak sebut lah dan penat tulis buku anaklah. 

Betul? Selalu juga kan dengar ibu bapa merugut begini, terutama bila musim baru buka sekolah. Jadi ada asasnya nama yang pendek dan mudah dieja diletakkan kepada anak kerana ia memudahkan kedua-dua pihak lebih-lebih lagi ketika anak masih di bangku tadika.

Menyiksa betul nak tulis nama terlalu panjang, tulis nama saja sudah buat anak penat!

Jadi untuk elakkan anda buat kesalahan yang boleh memberi kesan jangka panjang, mungkin boleh semak senarai ini, perkara yang perlu elak dalam memilih nama anak.

#1. Jangan susah ditulis atau sebut

Memang bergaya jika nama contohnya nama seseorang itu bermula dengan huruf ‘X’. Tapi susah betul nak menyebutnya. Bayangkan anak perlu mengeja nama itu, tak ke pening dia dibuatnya.

Kesian anak. Ibu bapa mahu nama anak penuh gaya, tapi pemilik nama sendiri tidak tahu menyebutnya. Sedihkan? Apa kata kita mudahkan urusan anak, sudah pasti mudah urusan kita.

Nama glamor tapi susah ditulis atau disebut pun tak guna juga kan? 

#2. Jangan terlalu panjang

pilih nama anak

Sudahlah nama ayah panjang, nama anak pula sampai empat perkataan. Nak sebut satu je ibu ayah. Jadi berpada-padalah lah ya. Jangan semua nama yang diminati masuk dalam nama anak. Mungkin boleh tambah anak lagi satu kalau banyak sangat nama yang ibu atau ayah suka. Settle masalah.

#3. Jangan beri nama perempuan kepada anak lelaki

Menurut kajian yang diterbitkan di Education Finance and Policy, lelaki yang diberikan nama seakan-akan nama perempuan akan mengalami masalah tingkah laku berbanding mereka yang mempunyai nama lelaki sejati.

Mereka juga berkemungkinan untuk menjadi mangsa buli dan diejek oleh rakan-rakan sebaya. Ada kan kes begini? Ibu terlalu inginkan anak perempuan, semasa mengandung nama perempuan saja yang dipilih kerana terlalu berharap anak yang dikandung lelaki.

Stories Rakan Kongsi
Lima Gaya Keibubapaan: Manakah Yang Sesuai Untuk Keluarga Anda?
Lima Gaya Keibubapaan: Manakah Yang Sesuai Untuk Keluarga Anda?
Friso Gold® TrackEasy Is Malaysia’s First Smart Packaging For Milk
Friso Gold® TrackEasy Is Malaysia’s First Smart Packaging For Milk
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

Bila lahir, anak lelaki nama pula diberikan nama seakan-akan perempuan. 

#4. Jangan pilih nama dengan makna yang tidak baik

Sedapnya sebut, tapi bermaksud syaitan pula! Itu yang kadang kala terjadi. Mungkin kalau bukan syaitan maksudnya, perkataan tidak baik yang lain pula. Jadi tidak salah ibu bapa buat kajian dulu makna nama anak. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Kosmo, nzherald

Baca juga: 1250 Nama Bayi Lelaki Lengkap Dengan Maksud Dalam Islam, Boleh Jadi Panduan Buat Anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tak Kisah Letak Nama Anak 'Iblis', Dalam Bahasa Greek Bermakna Pembawa Cahaya!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham