Bagi setiap anak yang baru dilahirkan, nama bukan hanya sekadar identiti yang perlu dibawa seumur hidupnya. Ibu ayah moden pada hari ini cenderung mengikut trend meletakkan nama anak yang unik dan panjang. Namun tahukah anda ada beberapa nama yang dilarang dalam Islam?
Orang tua disunatkan mengubah nama bayi yang membawa maksud-maksud yang buruk, sebagaimana Rasulullah SAW melakukannya kepada para sahabat. Rasulullah sendiri pernah mengganti nama Abdul Hajar (hamba batu) menjadi Abdullah. Ada juga sahabatnya yang bernama ‘Aashin (durhaka) diubah menjadi Muti’ (patuh).
Hal ini pun diterangkan dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah.
Ibn Umar berkata, “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang durhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik).” (Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).
Isi Kandungan
Nama yang dilarang dalam Islam
Buat ibu ayah baru, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam memberikan nama untuk anak agar tidak terjadi kesalahan memilih nama yang dilarang dalam Islam.
Hal ini disebabkan oleh ia memiliki maksud tidak baik. Berikut ini beberapa panduan yang sebaiknya diperhatikan dalam memberikan nama pada anak:
- Penggunaan nama-nama penghambaan kepada selain Allah Ta’ala dilarang oleh umat Islam baik penghambaan terhadap matahari, patung-patung, manusia atau sebagainya, misalnya: Abdur Rasul (hambanya Rasul), Abdun Nabi (hambanya Nabi), dan lain-lain.
- Memberi nama dengan nama-nama Allah Tabaraka wa Ta’ala, misal: Rahim, Rahman, Kholiq dan sebagainya.
- Memberikan nama-nama asing atau nama-nama Kristian.
- Memberikan nama dengan nama-nama patung/berhala atau sembahan selain Allah SWT., misal: Al-Lat dan Al-‘Uzza.
- Memberi nama dengan nama-nama asing baik yang berasal dari Turki, Faris, Barbar dan daerah lainnya.
- Setiap nama yang memuji (tazkiyyah) terhadap diri sendiri atau yang berisi dengan kedustaan.
- Memberi nama dengan nama-nama Syaitan.
Senarai maksud nama bayi yang tidak baik
Berikut adalah senarai nama ank perempuan dan nama baby lelaki yang mengandungi maksud kurang baik, diharap ibu bapa peka dengan nama-nama berikut.
1. Mengandungi makna kemaksiatan
Nama-nama ini kedengarannya sedap namun memberi maksud yang kurang baik.
- Zhaalim memiliki makna sebagai ‘orang yang zalim’
- Sarraq ertinya ‘pencuri’
- Asyar yang bererti jahat
- Balidah yang bererti bodoh/pandir
2. Mengarah kepada perilaku yang tidak elok
Orang-orang yang tidak memahami bahasa Arab dan tidak selidik dahulu makna disebalik sesuatu nama akan cenderung memberi seperti nama yang dilarang dalam Islam.
Senarai nama ank perempuan tidak elok:
- Asyirah artinya tidak bersyukur
- Ghasibah bermaksud perampas
- Haqidah bermaksud dengki
- Sakirah bermaksud pemabuk
- Syariqah bermaksud pencurian
- Waqihah bermaksud kurang sopan
3. Nama yang mengandungi makna negatif
Nama anak lelaki yang memiliki makna negatif:
- Murrah bermaksud pahit
- Kalb bermaksud anjing
- Hayyah bermaksud ular
- Jahsy bermaksud kasar
4. Memiliki makna nafsu
Tersalah pilih nama sering kali terjadi apabila pada anak perempuan, tapi ada juga yang memberikannya kepada anak lelaki.
Sekilas, nama-nama berikut terdengar indah. Sayangnya, nama tersebut kurang disarankan dalam Islam.
- Ahlaam yang bermakna ‘impian’
- Ariij yang bermaksud ‘wangi’
- Maksud nama dalam Islam: Syaadiyah iaitu ‘seorang biduanita’.
5. Memiliki makna jin
Maksud nama dalam Islam berikut sering kita dengari dikalangan selebriti, hati-hati juga dalam memuja artis yang disukai.
Hal ini kerana ada nama2 anak lelaki atau perempuan mempunyai makna jin.
- Nama2 anak lelaki Zaqwan/Zaquan bermaksud anak jin
- Qistina/Kistina bermaksud penghulu jin
- Nama anak lelaki dalam Islam yang tidak baik: Haikal/Haiqal bermaksud tengkorak
6. Nama dan maksud tokoh yang zalim
Tokoh-tokoh besar sering kali dijadikan acuan orang tua untuk memberikan nama pada kepada si buah hati.
Namun, seperti yang kita jelaskan tadi, perlu semak juga apakah maksudnya, dan adakah kita mahu keperibadian tokoh zalim terdahulu melekat pada nama anak kita?
Nama dan maksud Qaarun, Fir’aun, dan Haamaan adalah tiga nama yang sepatutnya dihindari. Ini kerana dari segi agama mahupun sejarah, ketiganya memiliki sejarah dan rekod buruk sewaktu pemerintahan mereka.
7. Apakah maksud nama yang berkaitan berhala
Seperti yang diketahui, Islam melarang umatnya menyembah berhala. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa ada nama yang membawa maksud berhala.
Salah satunya nama anak lelaki adalah Isaaf yang kadang diubah menjadi Israf yang bererti melampaui batas atau berlebihan.
Benarkah maksud nama balqis berkaitan dengan jin?
Isu maksud nama Balqis pernah tular lapan tahun yang lalu apabila ada sesetengah pihak mendakwa maksud nama tersebut ada kena-mengena dengan Jin.
Kesahihan isu maksud nama Balqis ini dirungkai apabila Ustaz Sharhan Shafie — seorang Pengamal Perubatan Islam yang berkongsi pandangannya di program Tanyalah Ustaz di TV9.
Menerusi program tersebut, Ustaz Sharhan menyatakan ada beberapa nama berikut yang merupakan nama anak Jin. Walaupun maksudnya bagus, ia boleh mendatangkan penyakit misteri.
Antaranya seperti:
- Balqis
- Qistina/Kristina
- Najwa
- Nama baby lelaki yang perlu elak: Zakuan/Zaquan
- Batrisya
- Erisya
Menurut beliau lagi, jangan sesekali memberi nama ank perempuan atau lelaki seperti yang dinyatakan di atas.
Namun jika sudah diberi nama seperti yang disebut itu, ia tak perlu ditukar. Akan tetapi, ibu bapa boleh menukar panggilan kepada yang lain.
Contohnya jika nama ank perempuan Nur Ain Batrisya, panggil namanya dengan Ain.
Walau bagaimanapun menurut Ustaz Zaharuddin, tiada sebarang dalil yang sahih berkenaan nama anak yang ada kaitan dengan nama anak Jin. Kemudian, jika dipanggil, anak akan ditimpa penyakit misteri.
Hal ini, TAK BOLEH DIPERCAYAI. Malah ia bercanggah dengan firman Allah dari Surah Al-Naml ayat 65.
Nabi bersabda:
“Ertinya, Sial menyial itu syirik, sial menyial tu syirik.” Riwayat, Abu Daud dan Tirmidzi
Kesimpulannya, beri nama anak dengan maksud yang baik dan tiada perasaan ragu terhadap makna nama tersebut.
Bagaimana pula dengan maksud nama qistina?
“Hati-hati, jangan letak nama anak jin pula” atau “nama dia nama anak jin, tu yang asyik meragam je” atau “panggil dia nama lain, jangan panggil dengan nama anak jin”. Kata-kata ini mungkin pernah ibu dengari dari orang sekeliling kan?
Sebenarnya maksud nama Qisina, Balqis, Najwa dan Zakwan semua tu bukanlah nama anak jin tetapi cuma nama bayi yang disukai oleh jin sahaja
PU Azman pernah ditanya oleh seseorang berkaitan dengan nama anak jin dan jawapan beliau:
“Kau pernah tanya bapa jin tu ke?” Palsu dan merepek. TIADA DALIL menunjukkan nama nama tertentu bagi jin kecuali apa yang datang dari HADIS SAHIH tentang beberapa nama syaitan seperti KHINZIB dan WALHAN.” Jelasnya.
Cara tukar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Bagi ibu ayah yang tersalah pilih nama anak dan berhasrat menukarkannya, bolehlah lakukannya di Jabatan Pendaftaran Negara. Berikut beberapa langkah yang boleh anda ikuti:
#1. Senarai dokumen yang diperlukan
Proses permulaan ketika menukar nama anak di JPN ialah anda perlu membawa dokumen asal dan salinan iaitu:
- Kad pengenalan ibu dan ayah
- Sijil kelahiran
- Mykid anak (sekiranya ada)
- Sijil nikah
#2. Mengisi borang
Apabila tiba di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan, anda perlulah mengambil borang di bahagian Jabatan Pendaftaran Surat Lahir. Maklumkan kepada pengawai anda ingin mengubah nama atau potong nama anak.
#3. Dapatkan cop Suruhanjaya Sumpah
Apabila sudah siap isi borang, anda perlu dapatkan cop Suruhanjaya Sumpah. Ibu dan ayah perlu menandatangan. Kemudian bawa semua dokumen yang sudah disiapkan ke bahagian daftar surat lahir anak.
#4. Bayaran
Jika anak masih lagi dibawah umur 2 tahun, bayaran dikenakan adalah RM5. Jika 2 tahun keatas, bayaran yang dkenakan pula adalah RM50.
Senarai maksud nama anak perempuan yang baik
Sekiranya anda tiada idea dengan pilihan maksud nama anak perempuan yang baik, kami kongsikan beberapa senarai di bawah sebagai rujukan.
- Abidah: Orang yang rajin beribadah
- Adiba: Berbudaya, sopan, terpelajar
- Adila: Orang yang lurus, keadilan
- Afia: Sehat
- Afifah: Yang menjaga kesucian diri
- Afrin: Ramah, berani
- Nama anak perempuan: Afsana: Cerita
- Afshin: Bersinar seperti bintang
- Afra: Salju
- Aidah: Anugerah
- Aisha: Nama isteri Nabi
- Akifah: Terpilih
- Aliyah: Mengagungkan
- Badra – unik, belum pernah terjadi sebelumnya
- Maksud nama anak perempuan: Badriyah – seperti bulan purnama
- Baha – nilai, layak
- Cala: Benteng
- Cali: Paling cantik
- Ciji: Imut
- Cyra: Bulan
- Chaka: Pusat energi dan kehidupan
- Chana: Kesayangan
- Daniyah – dekat
- Maksud nama ank perempuan: Diinah – taat
- Dina – cinta
- Eliza – unik, berharga
- Erina – wanita cantik
- Eshal – nama bunga di syurga
Nama baby lelaki yang memiliki maksud baik
- Aafi – Yang mengampuni
- Aakif – Insan yang berik’tikaf
- Adiel – Hiasan
- Adlan – Keadilan
- Nama ank lelaki dalam Islam: Adham – Yang cantik
- Afif – Yang bermaruah
- Basyar – Pembawa berita baik
- Basri – Penglihatanku
- Bazil – Yang pandai
- Bazli – Kebijaksanaanku, kepakaranku
- Nama baby lelaki: Burhan – Alasan, bukti
- Bustani – Tamanku
- Nama ank lelaki dalam islam: Busyairi – Pemberi khabar gembira
- Daim – Kekal abadi
- Daisam – Lemah lembut
- Dailami – Askarku
- Elhasiq – Seorang yang cerdas dan berketrampilan
- Ezhar – Bunga-bungaan yang berseri
- Nama baby lelaki: Fadlan – Keutamaan
- Firas – Kecerdikan
- Fitri – Semulajadi
- Fuadi – Jiwaku
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Letak Nama Anak Dengan Nama Vjay, Wanita Dikecam Netizen Dedah Maksud Sebenar
Baca juga: Tak Kisah Letak Nama Anak ‘Iblis’, Dalam Bahasa Greek Bermakna Pembawa Cahaya!
Baca juga: 100 Pilihan Nama Anak Lelaki Bermula Huruf I Dengan Maksud Yang Baik Dalam Islam