Kedatangan orang baru dalam keluarga cukup membuatkan ibu ayah teruja. Mana tidaknya, ada pasangan perlu menunggu bertahun-tahun untuk merasai pengalaman memiliki zuriat sendiri. Selain menyediakan kelengkapan, pastinya anda tercari-cari maksud nama bayi yang baik dalam Islam, kan?
Meskipun terdapat pelbagai pilihan nama menarik dan trending bagi tahun 2020, ibu ayah pastinya tetap perlu berhati-hati dalam memilih yang terbaik. Hal ini kerana nama berkenaan adalah gelaran diberikan kepada anak sampai akhir usia mereka.
Baca juga: Koleksi Nama Anak Perempuan Islam Yang Unik & Bakal ‘Trending’ Untuk Tahun 2021
Maksud nama bayi lelaki cerdas dan pintar dalam Islam
Agama Islam menekankan agar seluruh manusia perlu memiliki nama yang baik. Dalam hal ini, ibu ayah berkuasa sepenuhnya untuk memilih dan memberikan nama terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Justeru bagi memudahkan urusan anda, kami kongsikan beberapa kumpulan nama bayi yang ertinya cerdas dan pintas dalam Islam iaitu:
#1. Aafiq
Maksud nama bayi pintar dan cerdas dalam Islam yang pertama ialah Aafiq. Aafiq memiliki makna orang yang telah mencapai puncak dengan rahmat Allah, pemurah dan berpengetahuan.
#2. Aqil
Seterusnya, nama Aqil mungkin sering anda dengar dan menjadi pilihan kebanyakan ibu ayah di Malaysia. Ketahuilah bahawa nama ini bererti bijaksana, cerdas, dilahirkan sebagai pemimpin, mempunyai ilmu pengetahuan dan peka terhadap orang di sekelilingnya.
#3. Alim
Maksud nama bayi Alim juga dikaitkan dengan cerdas dan pintar. Di dalam al-quran, perkataan Alim sering disebut. Ia juga bererti seseorang yang berpengetahuan serta terpelajar.
#4. Fahmi
Fahmi juga bererti cerdas dan pintar dalam Islam. Justeru tidak hairanlah ramai ibu ayah memiliki nama ini untuk buah hatinya, kan?
#5. Faqih
Dalam Islam, Faqih bererti orang yang sangat faham, cermat dalam membuat perancangan dan setia.
#6. Izzan
Selain unik dan jarang digunakan oleh orang lain, nama Izzan memiliki makna seseorang yang sifatnya bijaksana dan berpengetahuan.
#7. Najib
Najib mempunyai maksud seseorang yang luar biasa, mulia, cerdas dan lahir dari ibu ayah berwawasan tinggi.
#8. Sueb
Nama ini mungkin jarang didengar kerana gelarannya amat unik. Walaupun begitu, Sueb melambangkan seseorang yang memiliki pesona dan karisma. Anak dengan nama ini juga dikatakan berani mengutarakan pendapat, bekerja keras dan penuh semangat.
#9. Labib
Nama Labib dalam Islam bererti seseorang yang berfikiran sihat serta bijaksana. Ia juga dikatakan memiliki tenaga penuh dan karier yang hebat.
#10. Zabir
Bagi ibu ayah yang mengimpikan nama bayi bermula huruf Z, mungkin Zabir adalah pilihan tepat! Di dalam bahasa Arab, ia bermaksud tampan, memancarkan kebahagiaan, cerdas, berpendidikan dan memiliki intelektual tinggi.
#11. Farzan
Nama bayi lelaki yang seterusnya ialah Farzan. Ia mempunyai makna berpengetahuan, bijaksana dan cerdas.
#12. Faahim
Nama bayi lelaki yang ertinya cerdas dan pintar dalam Islam adalah Faahim. Ia juga memiliki maksud perseptif, cerdas serta mampu memahami.
#13. Haider
Nama ini cukup menarik dan sesuai untuk si manja anda. Ia memiliki maksud cerdas serta bakal menjadi seseorang yang hebat suatu hari nanti.
#14. Ilan
Kehadiran zuriat adalah kurniaan Allah bagi melengkapkan kehidupan rumah tangga. Ibu meletakkan bayi dengan nama Ilan memiliki maksud indah iaitu hadiah dari Allah.
#15. Katib
Nama bayi lelaki dari bahasa Arab yang seterusnya ialah Katib. Ia bererti sarjana, penulis dan intelektual.
#16. Oraib
Selain dari yang di atas, nama bayi dengan maksud cerdas dan pintar ialah Oraib. Ia sesuai diletakkan bagi anak lelaki ataupun perempuan. Maksudnya ialah tajam, orang memiliki visi, membezakan dan cerdas.
#17. Aaris
Aaris juga bagus dijadikan sebagai nama anak lelaki anda. Ia memiliki erti lelaki terhormat yang cerdas. Anda juga boleh menggantinya sebagai Aris agar lebih mudah digunakan.
#18. Arhab
Nama Arhab bermaksud seorang yang ramah dan berfikiran terbuka. Ia mungkin menjadi nama paling jarang digunakan. Justeru amat sesuai anda menamakan si manja dengan nama ini!
#19. Qabis
Sekiranya ibu memerlukan nama anak Arab yang hebat, mungkin Qabis boleh dijadikan sebagai pilihan. Dalam al-quran namanya bermaksud seorang bijaksana, pintar dan memperoleh pengetahuan.
#20. Zubair
Nama bayi ertinya cerdas dan pintar dalam Islam selanjutnya ialah Zubair. Selain itu, ia memiliki maksud lain yang bagus iaitu kuat, tegas, cerdas serta bijaksana.
#21. Aroof
Nama bayi lelaki sedap didengar dengan maksud cerdas yang terakhir ialah Aroof. Dalam bahasa Arab, ia turut mempunyai makna sabar, terpelajar, berketerampilan dan bijaksana.
Sumber: Parenting. orami
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia