Maksud tarikh lahir seseorang menentukan sikapnya, ini #7 sikap anak lahir bulan Julai

Tahukah anda ada maksud tarikh lahir seseorang ini? Ini 7 sikap unik yang ada pada anak lahir bulan Julai. Cuba tengok ada tak samanya dengan anak anda?

Setiap anak memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Tapi, tahukah anda, setiap maksud tarikh lahir seseorang boleh mempengaruhi sifat dan karakternya bila besar nanti?

Tak percaya jom lihat maksud tarikh lahir seseorang yang lahir pada bulan Julai ini. Kalau anda ada anak yang lahir bulan Julai, bolehlah semak jika sifat ini ada pada mereka atau tak.

Maksud tarikh lahir seseorang tentukan sifatnya bila besar: Ini sifat anak lahir bulan Julai

1. Pandai menumpukan perhatian

Maksud tarikh lahir seseorang mampu menentukan sifatnya. Sebab itu anak yang lahir bulan Julai akan lebih cepat dewasa walaupun mereka masih kanak-kanak.

Mereka memiliki sifat ambil tahu yang tinggi dan mereka bijak menumpukan perhatian. Mereka juga suka memikirkan tentang banyak perkara.

Antaranya seperti teori kehidupan. Ini akan membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam bertindak agar tak dapat masalah di kemudian hari.

2. Dikurniakan dengan bakat seni

Sejak kecil, anak yang lahir pada bulan Julai akan menunjukkan betapa mereka mencintai seni seperti muzik, lukisan mahupun fotografi. Jangan hairan kalau lukisan anak kecil ini jauh lebih bagus dari teman sebayanya.

Ataupun, mungkin suara mereka jauh lebih indah dan tidak membosankan. Hal ini kerana mereka sudah berbakat untuk jadi seniman kelak.

Dengan latihan yang kerap, bakat mereka pasti akan dapat diasah.

3. Memiliki motivasi yang besar

Maksud tarikh lahir bulan Julai ialah individu yang lahir dalam bulan ini memiliki motivasi yang besar. Mereka akan bersungguh-sungguh mahu meraih apa yang mereka ingini.

Sebab itu jika ibu bapa bijak memberi dorongan, si kecil itu akan berjaya dalam bidang pembelajaran mahupun kokurikulum tambahan yang dilakukannya.

4. Berhati lembut dan penuh empati

Anak yang lahir pada bulan Julai memiliki hati yang lembut. Mereka mudah kasihan dan tak sampai hati melihat orang dalam kesusahan atau menderita.

Mereka tak boleh lihat jika ada haiwan yang terlantar cedera di tepi jalan, ataupun rakan-rakan yang dalam kesusahan. 

Mereka akan berusaha untuk menolong sesiapapun yang memerlukan bantuan.

5. Suka senyum dan periang

Anak yang lahir bulan Julai juga suka senyum dan mudah tertawa. Benda kecil pun mereka boleh terhibur!

Ini membuatkan mereka mudah untuk didekati dan disukai orang lain. Mereka memiliki daya tarikan yang membuatkan orang sekeliling tak bosan dengan mereka.

6. Tahu apa yang membuatkan dirinya bahagia

Sama ada makanan, mainan mahupun apa yang diingininya, anak yang lahir bulan Julai sentiasa tahu apa yang membuatkan dirinya bahagia.

Jadi, ibu bapa anak yang lahir bulan Julai tak payah bingung atau keliru tentang apa yang diingini oleh anak. Mereka ini bijak membuatkan dirinya bahagia hanya dengan benda-benda di sekelilingnya.

7. Bersifat melindungi

Meskipun pengarang jantung anda itu masih kanak-kanak, namun mereka sebenarnya memiliki instict yang kuat. Mereka ingin melindungi orang yang mereka sayang.

Tak kiralah sama ada keluarga atau kawan-kawan. Jadi jangan hairan kalau anda nampak mereka memegang tangan atau memimpin kawan mereka yang lebih muda.

Niat mereka tidak mahu kawan mereka itu terjatuh. Malah, mereka juga bersifat amat melindungi ibunya!

Ha… macam mana? Adakah maksud tarikh lahir seseorang yang lahir bulan Julai ada persamaan dengan karakter yang kami nyatakan ini?

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ditulis oleh Fitriyani dan dibenarkan penterjemahan dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-lahir-bulan-jun/

Penulis

Ayu Idris