Bahaya Kolam Air Panas, Warga Emas Diserang Kuman Yang Memakan Daging Otaknya

Aktiviti mandi kolam air panas mampu menghilangkan segala penyakit. Namun, anda perlu waspada kerana ada kuman yang boleh hidup biarpun dalam suhu tinggi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ramai yang berpengalaman mendapatkan rawatan dengan mandi di kolam air panas kerana sifatnya yang semula jadi dan dikatakan mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

Sebenarnya, kolam air panas adalah mata air yang terhasil akibat air bawah tanah yang dipanaskan secara geoterma mengalir keluar dari kerak bumi.

Air panas yang terhasil daripada proses ini memiliki suhu sekitar 37 °C dan ke atas. Akan tetapi, ada sebahagian mata air panas mengeluarkan air bersuhu hingga melebihi 100℃ (di atas takat didih).

Dugaan selepas mandi kolam air panas

Namun, baru-baru ini dunia dikejutkan dengan satu kejadian yang dilaporkan berlaku di Taiwan apabila seorang lelaki telah mandi-manda di salah sebuah kolam air panas.

Namun, siapa sangka air kolam berkenaan telah tercemar dan mengandungi bakteria yang boleh kekal hidup dalam suhu yang tinggi sehingga melebihi 46 °C.

Lelaki yang berusia 70 tahun dikatakan telah menyebabkan air memasuki ke dalam bahagian rongga hidungnya.

Seperti biasa, dia pulang ke rumah dan tidak berlaku sebarang petanda buruk mahupun simptom yang aneh terhadap tubuh badannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, selang beberapa hari lelaki berkenaan telah mengadu sakit kepala dan mengalami demam yang teruk.

Selepas seminggu mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan kesakitan, namun dirinya tetap tidak sembuh dan dia kembali semula ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Oleh kerana keadaannya begitu serius, doktor juga mendapati lelaki berkenaan menghidap sawan dan segera menjalani pemeriksaan lanjut pada bahagian otaknya.

Selepas diperiksa dan penelitian dibuat, doktor telah mengesahkan terdapat bakteria jenis Naegleria Fowleri, iaitu bakteria bahaya yang memakan daging dalam bahagian otaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasibnya baik kerana segera mendapatkan rawatan di hospital sehingga bakteria tersebut berjaya dikeluarkan. Jika terlambat, doktor menyatakan peluang untuknya hidup adalah sangat tipis.

Risiko mandi air panas

foto: batam.tribunnews

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mandi di dalam air panas dengan tempoh yang terlalu lama dan menggunakan air yang terlalu panas akan menghasilkan pelbagai jenis kesan negatif pada badan.

#1. Kulit menjadi kering dan menggelupas

Walaupun air panas mampu membuatkan anda berasa selesa dan memberikan kesan yang cukup menenangkan, namun jika anda mandi air dalam tempoh masa yang terlalu lama boleh memberi kesan kepada kesihatan kulit.

Hal ini kerana air panas boleh mengganggu fungsi kelenjar minyak dalam kulit yang berfungsi sebagai agen pelembap kulit yang semulajadi.

Jika fungsi kelenjar minyak ini terganggu, ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih kering dan tidak bermaya.

 #2. Menyebabkan saluran darah menjadi lebar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peredaran darah disebabkan oleh haba memberikan risiko terhadap tekanan darah yang boleh tiba-tiba jatuh.

Secara umumnya, suhu panas akan menyebabkan saluran darah menjadi lebar sehingga membolehkan darah mengalir dengan kadar yang lebih cepat.

Walaubagaimanapun, jika anda mandi air panas dalam tempoh yang terlalu panjang, saluran darah di seluruh badan akan mengalami pelebaran yang membahayakan.

Hal ini sekaligus menyebabkan berlakunya penurunan tekanan darah. Untuk mengatasi masalah ini, jantung pula akan dikerah supaya mengepam darah dengan lebih cepat.

Bagi anda yang mengalami masalah tekanan darah rendah, anda disarankan untuk lebih berhati-hati kerana akan mengakibatkan pening kepala. Ia juga menyebabkan anda berhadapan dengan risiko terjatuh di dalam bilik mandi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 #3. Masalah kulit terbakar

foto: remaja

Apabila terdedah kepada air panas, reseptor pada kulit akan segera menghantar isyarat ke otak untuk segera melakukan gerakan refleks untuk mengelakkan air panas.

Ini menjadikan hampir mustahil untuk kulit terbakar apabila anda mengambil mandi air panas. Walau bagaimanapun, ini boleh berlaku kepada beberapa kumpulan.

Pertama, kulit terbakar pada bayi. Kulit bayi sangat berbeza dari kulit orang dewasa, jadi ia akan sangat mudah terdedah kepada banyak perkara sentuhan kasar, terdedah bahan kimia atau suhu yang terlalu ekstrem.

Bayi tidak boleh bertindak balas jika suhu yang mereka terima terlalu panas.

Kedua, air panas membakar kulit pada penderita diabetes. Orang yang menghidap kencing manis yang mengalami kerosakan saraf atau yang disebut neuropati diabetic.

Ia boleh mempunyai keupayaan dan kepekaan untuk merasakan haba berkurangan berbanding dengan orang biasa.

Sewaktu mandi air panas, penghidap diabetes mungkin tidak dapat merasakan kesannya. Akan tetapi selepas anda selesai mandi, kulit akan menjadi kemerah-merahan seperti terbakar.

#4. Menjejaskan kualiti sperma

Aktiviti mandi air panas boleh menyebabkan jumlah sperma semakin menurun. Penghasilan sperma sebenarnya memerlukan masa yang cukup panjang.

Air panas akan menganggu penghasilan jumlah sperma lelaki. Jika anda meluangkan masa selama 30 minit berada dalam jakuzi atau tab mandi air panas, ia sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma lelaki.

Sumber: Era fm, Hello Sehat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.compampers-anak