Umum tahu yang mana apabila Ramadan melabuhkan tirainya, kita bertemu dengan Syawal yang akan kita raikan dengan solat sunat pada pagi hari. Namun apa yang ramai terlepas pandang adalah amalan mandi sunat hari raya Aidilfitri yang dituntut untuk dilakukan pada pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya.
Bagi wanita yang tidak boleh mengerjakan solat atau uzur, anda boleh mengambil peluang untuk mandi sunat hari raya Aidilfitri sekaligus mendapat pahala melakukan amalan sunat ini. Ia kerana sangat rugi jika anda tidak melakukannya berikutan caranya yang amat mudah untuk dilakukan.
Ketahuilah bahawasanya banyak lagi amalan mandi sunat yang lain selain daripada mandi sunat hari raya. Bahkan, mandi yang kita lakukan setiap hari juga boleh jadi satu ibadah atau sunnah jika ia diniatkan untuk beribadah serta mengikut sunnah Nabi SAW untuk memelihara kebersihan.
Mandi sunat hari raya adalah juga antara amalan sunat hari raya yang biasa diamalkan oleh Rasulullah SAW sebelum keluar pergi menunaikan solat hari raya.
Ia adalah berdasarkan hadis riwayat daripada Ibnu Abbas:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يغتسل يوم الفطر ويوم الأضحى
Maksudnya: Adalah Rasulullah s.a.w mandi pada hari Aidilfiri dan hari Aidiladha
Sebelum mandi, anda hanya perlu berniat seperti berikut:
Lafaz Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri
Nawaitul ghusla li ‘idilfitri sunnatal lillahi taala
“Sahaja aku mandi Aidilfitri sunnah kerana Allah Taala”
Waktu Afdhal Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri
Hal ini ramai yang keliru dengan waktu mandi sunat hari raya Aidilfitri. Waktu yang diharuskan untuk mandi sunat hari raya Aidilfitri adalah bermula tengah malam tetapi waktu yang disunatkan adalah selepas terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Manakala untuk waktu mandi sunat hari raya ke-2 adalah pada waktu pertengahan malam, bermula jam 12 malam.
Cara Mandi Sunat Hari Raya
Caranya mudah sahaja yang mana dengan membersihkan diri dan seluruh anggota badan kita. Adalah disunatkan juga untuk kita membuang atau mencukur semua bulu-bulu pada tubuh, memperkemas janggut dan misai, memotong kuku serta memakai wangi-wangian.
Mandi sunat hari raya tidak hanya boleh dilakukan pada pagi Aidilfitri, tetapi juga boleh dilaksanakan pada pagi hari raya Aidiladha.
Semoga amalan ini melimpahkan rahmat kepada kita semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Amalan Sunat Ketika Hari Raya, Paling Penting Saling Bermaafan & Pakai Baju Baharu
Baca juga: 8 Amalan Sunat Memburu Lailatul Qadar Yang Boleh Dilakukan Pada 10 Malam Terakhir Ramadan
Baca juga: Doa Tahajjud Dalam Bahasa Rumi Yang Ringkas, Jadi Pelengkap Solat Sunat Tahajjud