Boleh Ke Mandi Wajib Selepas Sahur? Ini Penjelasan Mufti WP

Tidak berpuasa kerana terlewat mandi wajib selepas sahur adalah alasan semata-mata sedangkan ia diharuskan dan tidak membatalkan puasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai orang beranggapan apabila terlewat mandi wajib selepas sahur tidak boleh berpuasa sedangkan ia sama sekali tidak membatalkan puasa. Ini penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

Mandi Wajib Selepas Sahur

Mandi wajib adalah cara yang perlu dilakukan bagi mereka yang ingin membersihkan daripada hadas besar selepas bersama dengan isteri di malam hari, suci dari haid atau keluar air mani.

Ini kerana, mandi wajib merupakan salah satu syarat sah solat dan ibadah lain. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, semua ibadah akan jadi tidak sah!

Hukum Mandi Wajib Selepas Sahur

Bagaimana pula dengan ibadah puasa? Boleh ke mandi wajib selepas sahur?

Berkenaan dengan hal ini, hukum mandi wajib selepas terbit fajar pada bulan Ramadan disebabkan persetubuhan pada malam hari atau sebelum waktu fajar adalah diharuskan dan ianya tidak membatalkan puasa.

Ini berdasarkan dalil hadis Muttafaq ‘alaih daripada Aisyah dan Ummu Salamah R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

كَانَ يُدْرِكُهُ الفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أهْلِهِ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya:Rasulullah SAW pernah mendapati fajar telah terbit dan ketika itu baginda dalam keadaan junub setelah bercampur dengan isterinya. Kemudian baginda mandi dan berpuasa.” -Riwayat al-Bukhari & Muslim

Selain itu, terdapat hadis sahih daripada Abdurrahman bertanya kepada Aisyah dan Ummu Salamah berkenaan mandi wajib selepas sahur, maka mereka berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ غَيْرِ حُلُمٍ، ثُمَّ يَصُومُ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Nabi SAW dalam keadaan berjunud disebabkan selain dari mimpi, kemudian baginda meneruskan puasanya.” Riwayat al-Bukhari & Muslim

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Terdapat 7 perkara yang membatalkan puasa iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Makan dan minum. Terbatal tidak kira sedikit atau banyak.
  • Memasukkan sesuatu ke rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka.
  • Sengaja muntah.
  • Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
  • Merancap. Yakni mengeluarkan air mani.
  • Datang darah haid atau nifas.
  • Gila dan murtad.

Walaupun mandi junub selepas sahur adalah dibenarkan dalam islam, namun ia tidak bermakna kita boleh melewat-lewatkan waktu solat. Jadi, kita hendaklah segera untuk menyucikan diri supaya dapat melakukan ibadah dengan sempurna. 

Baca juga: Hukum Meninggalkan Puasa Kerana Bersalin, Wajib Ganti & Bayar Fidyah

Baca juga: Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

Baca juga: Merasa Makanan Dengan Lidah Ketika Puasa, Ini Hukumnya…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah