Sabun DIY ini boleh buat ekzema anak anda hilang - Jom cuba ibu!

Anak anda mempunyai masalah kulit sensitif dan ekzema? Anda perlu mencuba mandian organik untuk bayi ini kerana ia boleh menyembuhkan masalah kulit anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ekzema biasanya terjadi kerana kulit bayi yang sensitif dan mendapat iritiasi dari sabun mandi atau sabun pencuci. Penyakit ini tak berjangkit tapi boleh buat bayi fussy.

Seorang ibu dapat mencari penyelesaian pada masalah ini dengan mengunakan mandian organik untuk bayi yang dihasilkan dari susu badan ibu! Ha, jom kita tengok apakah caranya…

Mandian organik untuk bayi dari susu ibu

Seorang ibu di England ini mengalami dilema untuk mencari mandian organik untuk bayi yang mempunyai masalah ekzema.

Dia telah mencuba pelbagai cara untuk mengubati keadaan kulit si kecilnya ini.

Ibu ini akhirnya menemui cara yang tepat untuk mengubati ekzema anaknya! Anaknya Finlay, telah mengalami masalah ekzema sejak dia berusia enam bulan lagi.

Dia kemudiannya membuat keputusan untuk membuat sabun menggunakan susu ibu.

Mandian organik untuk bayi dari susu ibu dapat mengubati ekzema dengan cepat

Dan hasilnya memang mengejutkan! Sabun ini berjaya membuat anaknya yang berusia 20 bulan ini sembuh dari ekzema.

Joy menggunakan susu ibu yang telah dibekukan untuk membuat sabun. Pada awalnya, Joy agak skeptikel ketika membaca tentang sabun ini.

Tapi, dia tetap berharap sabun susu ibu ini boleh membuatkan badan anaknya tak gatal lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya menggunakan susu badan yang sudah lama dan tak boleh diminum untuk cuba membuat sabun ini. Selepas saya gunakannya, tak sampai sebulan, semua ekzema pada badan anak saya hilang,” kata Joy.

Kerana ini, Joy jadikan membuat sabun sebagai rutin dan menyimpannya. Dia bukan saja gunakan sabun ini untuk ekzema, tapi dia juga gunakan untuk mengubati masalah kulit yang lain seperti alahan dan ruam.

“Sabun susu ibu ini sama seperti sabun yang lain, cuma dia lembut sikit.”

Cara membuat mandian organik untuk bayi dengan susu ibu

Kerana ramai yang bertanya bangaimana cara untuk membuat sabun susu ibu bagi mengubati ekzema, Joy kongsikan cara-caranya:

“Saya menggunakan bahan asas sabun organik yang saya beli dari Amazon, cairlan asas sabun ini dalam mangkuk di atas air panas seperti mencairkan cokelat. Selepas cair, alihkan dari air panas dan kacaukan dengan susu ibu bersuhu bilik (saya gunakan susu beku yang dah disimpan lama dan tak boleh diminum). “Sukatannya adalah 1 bahagian susu ibu dan dua bahagian sabun atau 50/50. Masukkan adunan ke dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk untuk keraskan. Sabun ini boleh bertahan tiga bulan jika ia disimpan dalam peti sejuk. Anda juga boleh tambah essential oil kalau anda mahu. Lain kali, saya nak tambah lavender.”

Senangkan cara nak buat sabun ni? Jom cuba!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Fitriyani dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsabun-bayi-untuk-kulit-alergi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar