Manfaat Durian Untuk Anak Kecil, Bantu Stabilkan Mood & Mudahkan Si Manja Tidur

Manfaat durian untuk anak dikatakan mampu menstabilkan mood dan memudahkan si manja tidur kerana adanya kandungan Tryptophan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim durian sudah tiba! Memang banyaklah jenis raja buah yang boleh didapati di keai mahupun di kaki lima. Ini juga masa yang terbaik untuk ibu kenalkan anak kepada buah ini kerana banyak manfaat durian untuk anak.

Durian sebenarnya boleh membantu untuk stabilkan mood serta memudahkan anak tidur. 

Tetapi perlu diingat, nak kenalkan durian kepada anak, kenalah pada usia yang sesuai.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Lazat dan berkhasiat, ini manfaat durian yang hebat
  • Manfaat durian yang bagus untuk jantung dan imuniti anak
  • Jangan makan durian jika…
  • Berapa umur yang sesuai untuk kenalkan anak pada durian?

Lazat dan berkhasiat, ini manfaat durian yang hebat

Selain daripada rasanya yang lazat, durian sebenarnya dapat membantu dalam mengawal mood serta memudahkan tubuh untuk rasa mengantuk.

Bagaimana? Durian mengandungi tryptophan yang sangat penting untuk beberapa fungsi dalam badan.

Sewaktu proses penghadaman, tryptophan akan bertukar kepada serotonin yang mana ia membantu untuk stabilkan mood serta menenangkan perasaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tryptophan juga bertukar kepada melatonin. Hormon jenis ini penting untuk mengawal tidur dan buatkan badan cepat mengantuk.

Dan, jika ibu yang menyusu makan durian, susu ibu akan bertambah disebabkan penghasilan hormon serotonin.

Manfaat buah durian: baik untuk jantung dan imuniti anak

Durian juga kaya dengan lemak baik. Lemak baik yang dikenali sebagai lemak tak tepu ini bagus untuk jantung dan juga saluran darah.

Lebih penting, khasiat durian tidak mengandungi kolestrol. 

Tidak hanya itu, raja buah ini juga baik untuk meningkatkan tahap imuniti anak. 

Ini kerana manfaat makan durian mengandungi vitamin C dan antioksida yang bagus untuk melawan radikal bebas dan membantu untuk menyokong imuniti dalam melawan jangkitan bakteria dan virus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, dalam seronok makan durian itu, kena ingat yang buah ini mengandungi kadar gula yang tinggi. Jadi, kenalah kawal pengambilan jumlah ini.

Jangan makan durian jika…

Selain kandungan gula yang tinggi, durian juga mengandungi sulfur. Jadi, tidak semua sesuai makan buah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kembung perut
  • Muntah
  • Serangan asthma
  • Sakit kepala
  • Gatal-gatal

Jika anda atau anak punya simptom ini bila makan durian, disarankan untuk elakkan daripada makan buah ini.

Gantikan durian dengan makanan yang kaya dengan vitamin C yang lain dan elakkan pengambilan makanan berproses.

Berapa umur yang sesuai untuk kenalkan anak pada durian?

Ibu kena ingat yang buah ini tidak sesuai untuk bayi berumur setahun kebawah.  

Ini kerana kandungan gula yang tinggi pada buah tersebut. Bayi tidak digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi gula dan garam yang tinggi kerana ia boleh membahayakan mereka.

Mengapa? Bayi memerlukan gula dan garam kurang daripada 1 gram sehari. Dalam susu ibu atau susu formula, sudah mengandungi lebih kurang 0.4 gram sodium yang cukup untuk memenuhi keperluan harian mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengiraan ini juga harus disesuaikan dengan fungsi buah pinggang bayi. 

Jika bayi diberikan makanan yang tinggi dengan gula atau garam melebihi keperluan harian mereka, buah pinggang bayi perlu bekerja lebih daripada kebiasaan.

Ini akan menyebabkan risiko hipertension dan masalah buah pinggang bila dewasa.

Bagi anak yang berusia setahun ke atas, tidak mengapa untuk memberikan mereka rasa buah durian ini tetapi sekali lagi diingatkan kandungan gula yang tinggi pada buah ini. 

Jadi, ibu kena sentiasa pantau dan kawal pengambilan buah ini untuk anak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hati-Hati Bila Beri Bayi Bawah 2 Tahun Makan Buah Durian, Ini Info Yang Wajib Ibu Tahu!

Baca juga: Cara Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Guna Kaedah Frozen Tahan Sehingga Setahun

Baca juga:  Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena

Penulis

Nur Sofea