Ikan tuna tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Memandangkan manfaat ikan tuna ini sangat baik untuk kesihatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meraikan minggu kedua bulan Mei sebagai “Hari Tuna Dunia” untuk menandakannya sebagai item kepentingan ekonomi dan bekalan nutrisi.
Namun, adakah anda tahu bahawa jenis ikan tertentu seperti tuna mengandungi merkuri yang tidak baik untuk kesihatan? Pastinya anda tertanya-tanya adakah ia selamat untuk diberikan kepada bayi.
Manfaat ikan tuna
Di peringkat antarabangsa, tuna dibekalkan secara segar, sejuk beku atau tin. Seperti yang ditetapkan oleh FDA, pilihan jenis tuna yang terbaik adalah skipjack tin ringan, albacore, yellowfin dan tuna putih.
FDA mengesyorkan untuk ibu ayah mengelakkan bigeye tuna. Hal ini mungkin kerana tahap merkuri dan bahan pencemar lain yang terdapat di dalamnya.
Bayi dibenarkan untuk menikmati manfaat ikan tuna. Walau bagaimanapun, ia perlulah bersesuaian dengan umur dan diet pemakanan harian.
Menurut Akademi Pediatrik Amerika, menu makanan bayi boleh memasukkan ikan dalam masa beberapa bulan setelah anda mula memberikan makanan pejal.
Oleh itu, sebaik sahaja bayi menunjukkan tanda-tanda kesediaan menerima makanan pejal, barulah anda boleh mempertimbangkan untuk memberikan ikan tuna mengikut nasihat pakar pediatrik.
Amaun pengambilan ikan tuna
FDA dan EPA AS mengesyorkan pengambilan ikan tuna adalah sebanyak satu auns (28 gram) setiap minggu untuk kanak-kanak berusia dua tahun.
Saranan ini termasuklah “ikan berminyak” yang berasal dari laut seperti tuna. Walau bagaimanapun, untuk bayi bawah umur dua tahun, tiada saiz hidangan tertentu setiap hari atau minggu telah disebutkan.
Ada pelbagai nutrisi yang terkandung di dalam ikan tuna. Ia kaya dengan sumber protein, lemak omega 3, serta pelbagai vitamin dan mineral. Variasi manfaat ikan tuna ini sudah pasti sangat penting bagi perkembangan bayi dan kanak-kanak.
Pengambilan ikan tuna
Berikut adalah beberapa faedah yang boleh diperoleh oleh bayi anda apabila dihidangkan menu ikan tuna dalam diet yang seimbang.
#1. Pertumbuhan dan perkembangan
Ikan air sejuk seperti tuna adalah sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik, seperti DHA dan EPA. Kedua-dua EPA dan DHA adalah lemak penting yang diperlukan dalam jumlah optimum untuk menyokong perkembangan mata bayi, otak, sistem kekebalan tubuh dan sistem saraf dengan baik.
#2. Fungsi fisiologi
Protein membantu dalam pengawalan pelbagai fungsi tubuh yang penting untuk bertahan dari serangan pelbagai penyakit. Ikan tuna mempunyai banyak protein berkualiti tinggi dan boleh membantu perkembangan bayi yang sihat.
#3. Kesihatan tulang
Vitamin-D adalah vitamin lemak larut yang diperlukan untuk penyerapan kalsium. Selain itu, ia melaksanakan pelbagai fungsi lain seperti pengawalan proses neuromuskular dan pengeluaran hormon dalam badan.
Tuna dianggap sebagai sumber penting vitamin-D, ia adalah nutrisi semulajadi yang yang jarang ditemui dalam beberapa makanan.
#4. Menyihatkan jantung
Selain mengandungi banyak protein yang dapat memenuhi keperluan tubuh badan, manfaat ikan tuna yang lain ialah mengandungi lemak yang sihat.
Hal ini karena kandungan lemak yang terdapat dalam ikan tuna berupaya membantu menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan risiko tekanan darah tinggi.
Bukan itu sahaja sekiranya lemak di dalam tubuh begitu banyak, ia memberikan kesan buruk kerana boleh menghalang pembuluh darah dan anak berisiko diserang penyakit kardiovaskular.
#5. Meningkatkan pengeluaran hemoglobin
Manfaat ikan tuna adalah meningkatkan penghasilan hemoglobin. Ikan tuna kaya dengan vitamin B6, terutama ikan tuna jenis yellowfin dan albacore.
Hemoglobin adalah protein yang berfungsi membekalkan oksigen dalam darah ke seluruh kawasan tubuh yang memerlukan.
Jika oksigen yang diperoleh tidak mencukupi, fungsi organ tubuh badan akan terjejas dan akan membuatkan tubuh anak-anak cepat letih.
Kesimpulannya, ikan tuna adalah sumber protein yang baik seperti magnesium, fosforus, kalium, sodium dan selenium. Penyediaan ikan tuna dalam menu harian anak-anak boleh memberikan kesan yang baik kepada kesihatan bayi untuk jangka masa panjang.
Sumber: Momjunction, Sehatq
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comnutritional-yeast-malaysia