Bagus Untuk Sembelit, Ini 10 Manfaat Makan Buah Nanas Untuk Ibu Mengandung Ramai Tidak Tahu!

Di sebalik mitos yang mengatakan nanas boleh menyebabkan keguguran, sebenarnya terkandung manfaat makan buah nanas bagi ibu hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak dahulu lagi sering dikhabarkan nanas tidak baik untuk ibu mengandung kerana dikatakan boleh menyebabkan keguguran. Di sebalik mitos yang diperkatakan itu, terdapat manfaat makan buah nanas jika diambil oleh ibu mengandung.

Jadi ibu-ibu yang hamil, sebenarnya anda tidak perlu terlalu risau jika mengidam untuk makan buah nanas kerana ia sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk diri serta kandungan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Khasiat buah nanas untuk wanita hamil
  • Benarkan nanas penyebab keguguran

10 Manfaat makan buah nanas 

 

Banyak khasiat yang diperlukan oleh wanita hamil terkandung di dalam nanas antaranya vitamin C, vitamin B, mangan, serat dan bromelain.

Menerusi laman DrHealthBenefits.com, ini 10 manfaat buah tersebut kepada ibu mengandung.

1# Melancarkan penghadaman

Vitamin C dan enzim yang terdapat di dalam buah ini boleh melancarkan penghadaman yang diperlukan semasa kehamilan. Masalah pencernaan ini sering dialami oleh ibu mengandung. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mengganggu ibu tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2# Mengelakkan sembelit

Nanas berfungsi sebagai anti-sembelit kerana ia mengandungi lemak tepu yang rendah serta kandungan seratnya pula tinggi. Seperti yang kita tahu, serat memainkan peranan penting dalam proses pencernaan yang sihat.

3# Baik untuk sistem saraf dan jantung

Kandungan vitamin B1 dalam nanas meningkatkan fungsi kardiovaskular selain menambah baik kesihatan mata dan mencegah katarak. Vitamin B1 juga boleh meningkatkan fungsi otak.

4# Mengekalkan kesihatan tulang

Penting untuk ibu mengandung mengekalkan kesihatan tulang mereka. Hal ini kerana badan wanita hamil perlu menampung janin seiring dengan pembesaran mereka. Justeru ibu mengandung memerlukan mangan dan ini terdapat di dalam nanas.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5# Mengatasi morning sickness

Masalah seperti loya dan muntah pada bila-bila masa sering berlaku dalam kalangan ibu hamil dan gejala ini disebabkan kekurangan vitamin B6. Justeru, nanas mengandungi vitamin B6 ini selain tembikai.

6# Kandungan bromelain

Nanas juga boleh mengatasi penuaan, masalah otot serta pencernaan kerana mengandungi bromelain.

7# Mencegah hipertensi

Hipertensi atau tekanan darah tinggi boleh dicegah dengan makan buah nanas. Kandungan potassium yang tinggi namun sodium yang rendah boleh mengekalkan tekanan darah normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8# Menjadikan kulit anjal

Dengan kandungan vitamin C yang terdapat di dalam nanas, ia baik untuk mengekalkan kulit sihat.

9# Melembapkan kulit

Untuk mendapatkan kulit yang lembap, ibu mengandung perlu minum air dengan banyak. Ia juga dapat menghalang tanda regangan pada wanita hamil. Buah nanas mempunyai kandungan vitamin yang mampu menghidrat kulit.

10# Meningkatkan imuniti

Wanita hamil sering berasa sakit, bermula daripada ringan hingga ke berat. Justeru, perlu untuk meningkatkan imuniti dengan memakan buah yang mengandungi vitamin C serta asid amino.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan, ibu mengandung juga perlu bersenam secara berkala untuk memastikan badan mereka kekal cergas semasa kehamilan.

Benarkah nanas penyebab keguguran?

Menerusi penerangan oleh Public Health Malaysia, makanan tambahan dalam bentuk tablet yang mengandungi bromelain perlu dielakkan oleh wanita hamil kerana ia boleh menyebabkan pendarahan.

Nanas juga memgandungi bromelain tetapi dengan hanya makan beberapa potongan, ia tidak memberi kesan yang sama.

Untuk menyebabkan pendarahan atau kesan negatif semasa hamil, anda perlu makan buah nanas antara tujuh hingga 10 biji serentak.

Kesimpulannya, nanas selamat dan boleh dimakan dalam kuantiti sederhana semasa hamil. Untuk wanita sedang haid pula, ia membantu melancarkan darah dan mengurangkan kesakitan.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Lelaki Kuat Menyusu Berbanding Bayi Perempuan, Pakar Laktasi Jelaskan Ini Sebabnya

Baca juga: Tidur Bersama Bayi Anda (Co-Sleeping), Adakah Selamat Atau Bahaya? Ini Pendapat Kajian

Baca juga: Prolonged Jaundice, Mengapa Anak Kuning Masih Belum Sembuh? Ini Punca & Cara Rawatan Betul