10 Manfaat Telur Untuk Ibu Hamil, Ia Baik Untuk Perkembangan OTAK Bayi!
Pasti ramai tertanya-tanya mengenai manfaat telur untuk ibu hamil kan? Jadi kami kongsikan di sini kenapa ibu hamil perlu masukkan telur dalam diet harian.
Telur memang diketahui umum mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan manusia. Kali ini kami kongsikan manfaat telur untuk ibu hamil yang mungkin masih ramai belum tahu.
Pemakanan ibu hamil memang diketahui akan memberi kesan kepada janin dalam kandungannya. Jadi mereka perlu makan makanan yang berkhasiat bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrien secukupnya untuk terus membesar.
Jadi apakah cara pemakan yang terbaik untuk ibu hamil? dan makanan apakah yang perlu mereka ambil untuk mendapatkan kehamilan yang sihat?
Manfaat telur untuk ibu hamil sangat banyak
Tahukah anda,hanya dengan sebiji telur anda hanya akan memperoleh kira-kira 90 kalori sahaja.Selain itu,telur juga mengandungi lebih daripada 12 vitamin dan mineral serta mengandungi banyak protein yang berkualiti yang merupakan sumber penting bagi ibu yang sedang hamil.
Apabila anda terlalu letih untuk memasak hidangan yang kompleks, anda boleh menjimatkan tenaga anda dengan hanya merebus telur atau membuat telur hancur.
Disyorkan jika direbus atau dimasak manfaat telur untuk ibu hamil sangat banyak. Ibu hamil perlu memasak atau merebus telur hingga masak sebelum memakannya.
Tanda-tanda telur yang benar-benar masak adalah kuning dan putih telurnya mengeras. Biasanya untuk telur rebus, ia mengambil masa 10 hingga 12 minit untuk ia masak sepenuhnya.
#1. Kaya Protein
Kandungan protein yang tinggi dalam telur sangat penting untuk perkembangan si kecil dalam kandungan agar sihat kerana setiap sel janin itu terhasil daripada protein yang diambil oleh ibu mengandung.
Menurut Journal of Health, Population and Nutrition, pengambilan telur dalam jumlah yang cukup dapat membantu pertumbuhan janin.
Protein biasanya akan terdapat pada kedua-dua putih dan kuning telur, jadi adalah baik untuk ibu makan kedua-duanya. Protein juga diperlukan untuk pertumbuhan kulit, rambut, otot dan tulang serta sel untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
#2. Perkembangan otak janin
Telur mengandungi kadar choline yang baik untuk pertumbuhan serta perkembangan otak janin. Ia juga mampu melindungi si kecil daripada mengalami kecacatan tiub saraf.
Nutrisi yang diambil oleh ibu sangat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan, jadi ibu perlu sentiasa berhati-hati dengan pemakanannya.
Terdapat banyak choline dalam telur, dan unsur ini bertanggungjawab untuk perkembangan mental anak yang belum lahir dan menyumbang kepada fakta bahawa kecacatan tiub saraf tidak berkembang, oleh itu risiko kecacatan dan perkembangan keabnormalan dikurangkan.
#3. Kawal mood ibu hamil
Wanita hamil sering mengalami gangguan, kehilangan ingatan, dan perubahan mood. Perkara itu sering membawa kepada kekurangan mana-mana kumpulan vitamin B.
Telur seperti telur puyuh membantu meningkatkan kandungan vitamin dalam kumpulan ini. Apabila telur puyuh dimakan, darah dibersihkan dan tekanan darah kembali normal.
Di samping itu, terdapat penyingkiran radionuklida, dan ini mempunyai kesan positif terhadap pembentukan janin dan perkembangan kanak-kanak.
#4. Menambah kalori
Ia dapat menambah kalori dalam tubuh badan ibu hamil. Ibu hamil memerlukan kira-kira 200 hingga 300 lebihan kalori dalam sehari.
Jadi telur akan memberikan 70 kalori yang akan membantu melengkapkan keperluan kalori ibu dan bayi dalam kandungannya. Bayi yang kurang kalori berisiko untuk mengalami keguguran sendiri.
#5. Menambah zat besi
Jika ibu ingin terus kekal sihat, jagalah pengambilan zat besi anda. Zat besi adalah nutrisi yang paling diperlukan ibu hamil dan juga janin dalam kandungan.
Tubuh menggunakan zat besi untuk menghasilkan lebihan darah untuk bayi dan ibu sepanjang kehamilan. Jadi ia penting untuk membuatkan ibu tidak keletihan selain sentiasa bertenaga sepanjang kehamilan.
Ia juga dapat membantu penyaluran oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh janin.
#6. Stabilkan kandungan gula dalam darah
Telur bermanfaat untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah ibu hamil. Jadi jika diambil oleh ibu hamil ia boleh mengawal kandungan gula dalam darah yang sering buatkan ibu hamil risau.
Ketika hamil, antara perkara yang menjadi kerisauan adalah ibu mendapat GDM iaitu kencing manis ketika hamil yang mana ia boleh berlaku walaupun ibu tiada kencing manis sebelum kehamilan berlaku.
Jadi, anda sudah tahukan manfaat telur untuk ibu hamil? Jangan lupa masukkan makanan ini dalam diet seharian anda untuk kebaikan ibu hamil dan bayi!Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: iliveok
Baca juga: Ibu Mengandung DILARANG Makan Telur Separuh Masak, Undang Risiko Keguguran, Kematian Janin!