Boleh dikatakan telur ayam separuh masak menjadi sarapan berkhasiat bagi sesetengah orang. Kemudian, menikmatinya bersama roti putih dan serbuk lada membangkitkan selera mereka yang menyukai makanan ringkas
ini.
Apatah lagi, banyak sebenarnya khasiat di sebalik telur ayam yang di percayai mampu membangkitkan semangat setiap hari sebelum keluar melakukan rutin seharian.
Biasa kita dengar telur ayam ini berwarna coklat pudar pada kulitnya sementara isinya pula putih dan kuning.
Namun begitu, melalui perkongsian seorang lelaki yang berasal dari India, Shihabudheen Ak berkongsi video telur ayam betina di ladang ungasnya dan mengejutkan ramai orang.
Video yang dimuat naik itu menunjukkan ayam-ayam tersebut menetas dengan isi telurnya berwarna hijau.
Telur ayam berwarna hijau
Menurut lelaki berkenaan, beliau ada menceritakan kepada beberapa orang teman rapatnya berkaitan hal tersebut lalu semuanya berminat untuk melihat telur berkenaan. Kemudian barulah dia memutuskan untuk menyiarkannya dalam Facebook.
“Beberapa hari yang lalu saya ada memberitahu kepada beberapa orang rakan baik mengenai perkara ini dan mereka teruja untuk melihatnya. Pada masa itulah saya memutuskan untuk menyiarkannya dalam Facebook.
“Kemudian saya serta keluarga terkejut selepas memecah telur ke dalam mangkuk dan mendapati ia berwarna hijau dan tidak seperti kebiasaan warna telur iaitu kuning,” katanya.
Selepas videonya tular, pegawai dari Universiti Sains Haiwan di Kerala, India mengunjungi ladang lelaki berkenaan untuk melihat dengan lebih dekat.
Menurut pegawai berkenan mereka sedang melakukan beberapa ujian untuk mengetahui alasan di sebaliknya.
” Kami sudah mulai melakukan beberapa ujian untuk mengetahui alasan di sebalik hal ini. Malah, ini adalah hal yang jarang berlaku dan ada kemungkinan besar disebabkan makanan yang diberikan kepada burung,” kata Dr S. Sankaralingam, Penolong Profesor Sains Unggas.
Walaubagaimanapun, Shihabudheen mengatakan bahawa semua ayam betina di ladangnya diberi makanan yang sama yang terdiri dari beras dan kuih kelapa.
“Ini adalah makanan biasa yang saya berikan kepada ayam di ladang. Ada juga berikan mereka bahan organik dari dapur,” tambahnya lagi.
Diharap para penyelidik dapat menentukan kejadian ini.
Khasiat makan telur ayam
Menurut Dr Norzaidi Zakaria, terdapatnya banyak manfaat makan telur ayam kepada manusia antaranya seperti berikut:
#1. Pemulihan sel tubuh badan yang rosak
Telur merupakan sumber protein yang amat diperlukan oleh badan di mana ia membantu proses pemulihan sel tubuh badan yang rosak selepas melakukan aktiviti seharian.
Menurut Dr Norzaidi, kita boleh mengambil telur sebanyak lebih dari 30 biji sehari tanpa ada masalah kesihatan.
Namun telur yang baik adalah yang datangnya daripada haiwan yang memakan bahan semulajadi yang mengandungi omega 3 yang lebih tinggi dari pemakanan dedak yang tak berkhasiat.
Misalnya telur yang baik seperti telur ayam kampung, itik dan ikan laut.
#2. Kandungan nutrisi dalam telur
Jika mahu meningkatkan jumlah protein dalam badan maka telur adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana, sebiji telur mengandungi 85 kalori dan 7 gram protein.
Telur juga mengandungi segala jenis Vitamin yang penting untuk badan seperti Kalsium, folat, Vitamin B9, Vitamin A, D, E, B1, B3, B6 dan banyak lagi.
#3. Kurangkan kadar inflamasi
Ramai juga yang takut nak makan telur ayam sebab banyak yang dikaitkan dengan kolesterol. Tapi sebenarnya, telur kuning juga mengandungi mineral dan vitamin.
Selain itu, ia juga mengandungi omega 3 yang tinggi dan sangat bermanfaat kepada badan manusia sekaligus mengurangkan kadar inflamasi dalam badan.
#4. Sistem imun jadi lebih baik
Kalau nak tahu, dengan makan telur juga dapat memastikan badan tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi.
Bahkan, makan telur yang bersaiz besar juga mengandungi hampir satu perempat kandungan selenium yang badan sangat perlukan.
Selenium ini penting untuk memperbaiki daya ketahanan badan dan mengawal hormon tiroid.
#5. Kurangkan risiko sakit jantung
Selain daripada itu, dengan makan telur juga dapat mengurangkan kadar risiko sakit jantung kerana telur boleh mengubah kolesterol LDL kepada HDL.
Bahkan, kolesterol yang tidak baik boleh menyebabkan saluran arteri kita tersekat.
Ini kerana LDL atau Low Density Lipoprotein mempunyai zarah yang kecil dan besar. Di mana, zarah yang kecil ini boleh menyebabkan saluran tersumbat manakala zarah besar boleh membuatkan ia bebas dari tersumbat.
Jadi dengan tambahan zarah besar ini ke dalam saluran darah seterusnya risiko untuk diserang sakit jantung lebih rendah.
Ada banyak lagi manfaat makan telur ini yang bagus untuk penambah tenaga, rambut dan kulit lebih sihat, memberi perlindungan kepada otak dan banyak lagi.
Jadi, bolehlah amalkan makan telur setiap hari kan? Semoga bermanfaat!
Sumber : Story pick
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comtelur-untuk-bayi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!