Anak Kecil Berubah Sikap Selepas Ke Sekolah? Awas Ibu, Ini Tanda-Tanda Dia Sebenarnya Mangsa Buli

Sebagai ibu bapa kita pasti akan peka dengan perubahan pada sikap dan personaliti anak kita. Dahulu mereka sangat ceria dan petah, kini lebih suka menyendiri dan telah menjadi pendiam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami pasti ramai ibu bapa sentiasa risau akan perubahan yang ditunjukkan oleh si manja. Anak yang dahulunya ceria dan aktif, kini lebih memilih untuk menyendiri dan memendam perasaan. Hati-hati ibu dan ayah, anak anda mungkin ialah salah seorang mangsa buli!

Betul, tiada ibu bapa yang hendak melihat anak mereka dibuli. Sedangkan kita menatang mereka bagai minyak yang penuh dan sentiasa mencurahkan kasih-sayang yang tidak berbelah bahagi, tiba-tiba ada orang lain pula yang hendak menghancurkan si manja kita sehingga menyebabkan perubahan yang ketara pada diri mereka.

Namun begitu, kita akan tertanya-tanya mengapa anak kecil pun boleh jadi mangsa buli? Ini cara untuk melihat tanda-tanda jika ada sesuatu yang berbeza pada anak walaupun dia tidak dapat ujar melalui kata-kata.

Tanda-tanda Anak Adalah Mangsa Buli

Sentiasa memberi alasan

Baik ke sekolah mahupun ke taman permainan, anak anda akan sentiasa memberi alasan untuk tidak keluar rumah. Ini kerana si manja anda sudah trauma dan ketakutan untuk berdepan dengan orang yang tidak dikenali kerana mereka risau mereka akan dibuli.

Pura-pura tidak sihat

Anda mungkin merasakan si manja sedang menipu, tetapi penting untuk anda kaji dulu mengapa si manja sering berlakon tidak sihat kerana tidak mahu hadir ke sekolah. Ini salah satu taktik paling klasik yang digunakan oleh mangsa buli yang tidak gemar menghadiri sekolah.

Mengalami kesukaran untuk tidur

Si manja anda mungkin stres memikirkan hari esok di mana mereka perlu hadir ke sekolah atau perjumpaan sosial, jadi ia akan menyebabkan anak anda mengalami kesukaran untuk tidur malam.

Lebih suka menyendiri

Anak anda mungkin seorang yang ceria sebelum ini, tetapi apabila mereka kini lebih gemar menyendiri, itu adalah petanda besar bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Mereka rasa lebih selamat apabila bersendirian kerana tiada siapa bersama mereka untuk mengganggu mereka.

Kurang makan atau makan berlebihan

Stres dan tekanan yang berlebihan akan membuatkan selera makan cahaya mata anda berubah. Kejap-kejap mereka tidak mahu makan langsung, dan kemudian mereka akan makan dengan terlalu banyak pada satu masa.

Bukan sahaja kanak-kanak atau remaja yang telah menghadiri sekolah yang mengalami permasalahan buli membuli ini, malah kanak-kanak kecil yang berusia 2 hingga 3 tahun, dan berada di prasekolah juga boleh menjadi mangsa buli dan pembuli.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oh ya, jangan terkejut ya ibu dan ayah jika anak anda yang masih bayi juga sedang dibuli atau menjadi pembuli. Walaupun usia mereka masih belum mencapai setahun, tetapi mereka juga masih berpotensi untuk menjadi seorang pembuli.

Bagaimana Seorang Bayi Kecil Boleh Mencari Mangsa Buli?

Secara tepatnya, mereka bukanlah pembuli secara tersendiri kerana mereka tidak mampu pun dari aspek fizikal iaitu dari segi kekuatan, koordinasi dan pergerakan.

Tetapi kajian terbaharu berpendapat bahawa sesetengah kanak-kanak kecil mempunyai keupayaan untuk menunjukkan keagresifan diikuti dengan kemahiran motor yang membuatkan mereka mampu untuk membuli walau seawal usia setahun!

Tentulah ada punca di sebalik sikap bayi ini dan punca utamanya ialah dengan cara pembawakan si manja yang berada dalam persekitaran yang agresif atau dibesarkan oleh ibu bapa yang berisiko (at risk) seperti mempunyai tekanan darah tinggi, jangkitan penyakit kelamin (STD), masalah jantung dan buah pinggang dan banyak lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada penjelasan yang dapat memberi jawapan tepat apakah kaitannya di antara ibu bapa berisiko dan sikap agresif cahaya mata mereka, tetapi satu hipotesis yang boleh diterima ialah kesihatan mental ibu ketika hamil mungkin telah terganggu dari tekanan yang tinggi lalu memberi kesan pada kandungan mereka.

Walaupun begitu, kanak-kanak kecil masih boleh dibentuk dengan mudah jadi jika anda risau si manja anda akan membesar menjadi seorang pembuli, anda boleh membantu membentuk mereka dengan cara-cara ini.

Cara Bentuk Anak Untuk Elak Jadi Pembuli & Mangsa Pembuli

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengambil serius tentang budaya membuli

Tegaskan kepada anak-anak anda bahawa anda tidak akan mengambil remeh tentang hal membuli. Sekiranya mereka diketahui menjadi pembuli, anda boleh meletakkan suatu hukuman yang setimpal untuk memberi pengajaran kepada anak anda.

Sekiranya mereka bermain dengan kasar dengan merampas mainan rakan atau adik-beradik mereka, (langkah pertama untuk menjadi pembuli!), anda boleh mengambil mainan yang telah mereka rampas dan jangan berikan pada si manja.

Mendidik anak untuk mempunyai empati

Didikan terbaik bermula dari rumah dan dari ibu dan ayah. Sekiranya anda hendak cahaya mata anda membesar menjadi orang yang baik-baik, ia perlu bermula dari diri anda dulu.

Anda juga perlu sentiasa mengingatkan mereka untuk tidak mengejek orang, atau menggunakan adjektif-adjektif yang menghina ketika bercerita tentang seseorang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ambil tahu kehidupan sosial anak anda

Jika anda mendaftarkan anak dalam playgroup, anda perlu mengenali anak-anak kecil lain yang berada di dalam playgroup yang sama dan belajar cara pembawakan mereka.

Sekiranya anda dapati salah seorang dari kanak-kanak dalam playgroup tersebut bermain dengan kasar, anda boleh mengelak si manja anda dari berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut risau jika sikap mereka dicermin oleh anak anda pula.

Memuji sikap baik

Jika anda dapati si manja anda berkongsi mainannya atau bercakap dengan lembut bersama rakan-rakan sebayanya, pujilah sikap mereka supaya mereka tahu bahawa perbuatan ini adalah perbuatan yang bagus manakala jika mereka bersikap negatif, tegur dan marahlah supaya mereka dapat membezakan antara baik dan buruk.

Jadi, secara kesimpulannya, jika si manja anda hilang minat terhadap sesuatu barangan atau tempat yang mereka pernah sangat suka sebelum ini, pasti ada sebab tersendiri yang perlu ibu dan ayah siasat dengan teliti untuk memulihkan balik kegembiraan si kecil!

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Marah Perlu Berpada-Pada, Ini 5 Sebab Kenapa Parents Terlalu Kasar Buat Anak Trauma!

Baca juga: 4 Perkara Yang Anak Speech Delay Sangat-Sangat Perlu, Take Note Parents Bila Berkomunikasi Dengan Mereka!

Baca juga:  5 Cara Bayi Sedang Berkomunikasi Dengan Anda, Ibu Ayah Perlu Tahu!