Sebuah perkongsian oleh seorang pengguna di Facebook, Abu Hannah tentang makanan dan minuman manis menjadi punca anak tak mendengar kata dan hyper ketika beraya mendapat perhatian netizen.
Kata Abu Hannah yang turut mempunyai anak perempuan kecil, ramai orang beranggapan punca anak batuk dan selsema pada musim perayaan ini disebabkan oleh minum air berais namun sebenarnya tanggapan tersebut salah sama sekali.
“Ramai orang ingat masa musim perayaan ni anak batuk dan flu sbb minum ais. Kesan buruk minum ais lain. Kebanyakan yang flu tu sebab allergy atau alahan.
“Aku jenis bawa air mineral sendiri. Sebab kadang ada tuan rumah dia hidang air carbonat atau air gas. Hannah tak minum air tu. Kadang segan nak mintak air masak. Yelah susahkan tuan rumah yang sibuk nak layan tetamu,” kongsinya.
Tambahnya, air tidak menjadi masalah sangat untuk dielak namun sedikit mencabar apabila melibatkan kuih raya.
“Cuma aku syukur sebab hannah dia tak suka benda terlalu manis. Maybe sebab tak diajar gula putih sejak lahir. So dia akan makan tapi kalau manis sangat dia akan bagi kat aku untuk habiskan.
“Nak tolak terus jujurnya aku pun tak mampu masa musim raya. Tujuan ziarah nak jaga ukhwah. Takkanlah kita tak nk gembirakan tuan rumah. So aku tutup mata sebelah masa musim raya,” katanya lagi.
Seperti yang dia lakukan di rumah, dia lebih suka menghidangkan kerepek untuk orang beraya kerana kurang kesan buruk kepada anak-anak dan tetamu.
Kudap-kudap lebih selamat untuk dimakan dan mudah untuk diuruskan, kanak-kanak yang makan pun tidak hyper kerana tiada kandungan gula yang tinggi dalam kerepek.
Dia juga mengingatkan ibu bapa supaya tidak menggunakan kaedah minum air kosong banyak-banyak setelah minum air gas kerana beranggapan kandungan gula dalam badan sama sekali tidak akan berkurang.
“Sebab gula putih dan pewarna tu dah masuk laju dalam blood stream dan di pam ke seluruh badan sampai ke otak. Sebab itu budak minum air cepat hyper. Habis rumah orang dia melompat.
“So tuan rumah, kalau tak nak pecah pasu dalam rumah hidangkanlah makanan yang tidak tinggi gula. Sama-sama main peranan. Mak ayah yang datang pun kenalah start dari rumah jaga diet anak,” katanya.
Menurutnya, makanan tinggi gula akan menyebabkan sistem neuron anak menjadi aktif kemudian ibu ayah pula beri gajet kepada anak, anak tidak ada pergerakan.
Bila beraya ke rumah seterusnya ibu ayah masih melakukan perkara yang sama, kesannya otak anak menjadi tepu tetapi badan jadi hyper, mood pula akan bercelaru.
“Fokus tak ada. Otot lemah. Otak tak balance untuk buat aktiviti. Bila kita ckp susah nak dengar cakap sebab aktiviti otak dia tengah hyper tapi hanya diberikan gadjet sahaja.
“Otak dia tak boleh nak anaylze data dan impuls yang dihantar gagal difahami oleh organ dan sistem badan lain. Termasuk sistem pertahan badan dan itu yang beri kesan mudah sakit. Dan kita cakap anak kita degil atau slow,” katanya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Hati-Hati Ada 8 Jenis Pemanis Buatan Buat Anda KETAGIH Nak Makan Sesuatu Makanan & Minuman!
Baca juga : Kanak-kanak ini maut akibat Diabetes Type 1 – Jangan ingat kencing manis tak bahaya!