5 Sebab Mengapa Masa Bercinta Dulu Indah, Bila Dah Kahwin Segalanya Jadi Berubah

Masa bercinta bukan main romantik tapi lepas kahwin terus semuanya hilang, antara rungutan ramai suami isteri pada masa kini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masa bercinta adalah saat di mana segalanya tampak indah, manis dan juga menyeronokkan. Apatah lagi jika perhubungan yang terbina itu berlanjutan hingga ke jinjang pelamin. Tentunya anda merasa lebih bahagia dengan pilihan hati.

Tetapi apabila sudah berkahwin, ramai pula menyatakan hal yang sebaliknya. Masuk sahaja alam perkahwinan, realitinya jauh berbeza dengan waktu hangat bercinta dahulu.  Mengapakah hal ini boleh terjadi?

Kenapa Berubah Selepas Berkahwin?

Sebenarnya, memasuki gerbang perkahwinan ini tentunya kehidupan anda akan jauh berbeza berbanding ketika anda masih lagi bujang apatah lagi ketika anda sedang hangat bercinta.

Kalau dahulu saling rindu-merindui, kerap menyatakan rasa kasih dan sayang, layanan yang mesra, tetapi sekarang segalanya telah berubah.

Perkahwinan bukanlah satu tugas yang mudah dan ianya amat memerlukan komitmen kedua-dua pihak untuk menjayakannya.

Waktu sedang hangat bercinta, segalanya tampak mudah dan seronok oleh kerana anda sebenarnya tidak dibebani dengan rasa tanggunjawab yang berat.

Fikiran juga tidak dibebani dengan keperluan-keperluan untuk memenuhi tuntutan dalam rumahtangga.

Selain itu, ketika bercinta anda dan pasangan masih lagi tidak tinggal sebumbung dan masih lagi menjalani kehidupan masing-masing yang berlainan rencahnya.

Tetapi berbeza pula apabila sudah berkahwin, hubungan yang baharu terbina itu harus dijalani kehidupannya secara bersama-sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab itulah, sebelum berumahtangga pastikan anda dan juga pasangan sudah mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing supaya di kemudian hari tiada rungutan atau pertikaian yang akan berlaku.

Faktor yang mempengaruhi perubahan sikap pasangan berbanding waktu bercinta

Selain itu, terdapat beberapa lagi sebab yang mempengaruhi situasi ini iaitu :

  • Sudah sah jadi hak milik

Lumrah manusia di mana akan jaga dan sayang sesuatu yang belum kita miliki itu sebaik mungkin. Tetapi segalanya akan mula berubah apabila sudah memilikinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu juga pasangan, kita akan berusaha sehabis baik dan memberi layanan yang terbaik bagi memastikan kita berjaya menakluk hatinya dan lantas sah menjadi hak milik.

  • Yang jauh, kini mendekat

Selalunya kalau sudah di depan mata, rasa rindu di hati akan semakin berkurang.

Rasa rindu yang dahulunya tinggi menggunung akan mula diganti perlahan-lahan dengan rasa bosan yang semakin menempat di hati.

Apatah lagi, kalau setiap hari melihat orang yang sama malah tinggal pula sebumbung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tanggungjawab

Apabila sudah berkahwin, tanggungjawab pun semakin berat. Kalau dulu hidup sendiri, tiada apa yang perlu dirunsingkan, jika tidak makan pun tiada masalah.

Tetapi sekarang apabila sudah berkahwin, ada perut yang perlu diisi.

Rasa tanggungjawab yang semakin meninggi itu kadang-kala membuatkan pasangan kurang sikap romatiknya kerana fikiran dibebani hal-hal lain.

  • Anak

Bila sudah ada anak ini, tumpuan dan juga kepentingan lebih terarah kepada mereka.

Keperluan anak adalah satu keutamaan sehingga lupa pasangan juga memerlukan perhatian dan juga rasa kasih. 

  • Waktu terhad

Sebelum kahwin, banyak waktu yang terluang kerana tidak mempunyai komitmen yang tinggi. Tidak perlu bekerja keras mencari wang untuk menyara keluarga. Apa yang difikirkan hanyalah diri sendiri sahaja. Namun sekarang, segalanya telah berubah. Wang perlu dicari untuk memenuhi keperluan keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fahami tanggungjawab dan wujudkan sikap tolenrasi

Sebenarnya, segala masalah ini dapat diatasi jika setiap pasangan mewujudkan rasa kasih dan sayang yang ikhlas dari hati di antara satu sama lain. Saling ingat-mengingati kepada kebaikan dan lakukan segala perkara bersama-sama.

Sentiasa faham akan tanggungjawab masing-masing, dan cubalah bertolak-ansur supaya kedua-duanya mudah menjalankan peranan masing-masing.

Cari titik persamaan, lenyapkan titik perbezaan. Jika hitam yang senang dilihat, maka jadilah hitam.

Maksudnya, jika si isteri sukakan bunga, maka si suami belajarlah untuk menyukainya juga.

Kalau si suami sukakan haiwan, maka si isteri pun perlulah timbulkan rasa minat. Begitulah sebaliknya asalkan mengikut landasan syariat.

Berat sekarang, tapi mudah di masa hadapan.

Selalulah ingat, dalam rumahtangga persamaan akan menyatukan tetapi jika perbezaan tidak dilenyapkan maka ianya mampu menjauhkan setiap pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Bergaduh Cara Matang Tanda Hubungan Suami Isteri Yang Sihat & Bahagia, Ini Buktinya!

Baca juga: 6 Alat Bantu Hangatkan Sesi ‘Bersama’ Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

Baca juga: Usahalah Untuk Makan Malam Bersama, Waktu Ini Paling Berharga Buat Suami Isteri

Penulis

Nur Syazwani