X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anda Rasa Tawar Hati Dengan Suami? Suami Pula Tidak Lagi Tertarik Pada Anda? Ini Punca Kegagalan Rumahtangga

3 min bacaan
Anda Rasa Tawar Hati Dengan Suami? Suami Pula Tidak Lagi Tertarik Pada Anda? Ini Punca Kegagalan Rumahtangga

Anda rasa tawar hati dengan suami? Kadang, perbuatan suami buat anda rasa tak dihargai. Bagaimana pula jika dia tawar hati dengan anda?

Hubungan yang terbentuk dalam perkahwinan ini sebenarnya pelik lagi rumit. Kadang-kadang apabila sudah lama berkahwin, kita bergantung pada perhatian pasangan untuk merasai “cinta”. Tapi, kalau tiba-tiba kita tawar hati dengan suami atau suami seakan-akan tidak lagi tertarik pada isteri, apa puncanya?

Adakah ada sesuatu yang tak kena pada diri kita? 

Percaya atau tidak, memang ramai isteri di luar sana yang menghadapi situasi sama seperti ini.

Kita ingat apabila suami tak tertarik lagi, ia mungkin sebab salah kita. Adakah sebab badan kita selepas bersalin? Atau sebab suami tertarik dengan perempuan lain di luar sana?

suami tak tertarik lagi, tawar hati dengan suami

Bila banyak sangat yang kita fikir, mulalah kita pun rasa tidak dihargai. Lalu kita meluahkan rasa sakit ini dengan membebel, sengaja cari pasal dengan suami atau tak melayan suami langsung.

Sebenarnya, masalah di sini bukan pada kita pun. Kita juga patut berhenti memikirkan yang kita telah mengahwini lelaki yang salah. 

Mengapa nampak macam diri tawar hati dengan suami & suami tidak berminat pada kita?

Sebelum anda menuduh tak tentu hala, cari punca masalah ini dulu. Mengapa suami bertindak seakan tidak tertarik lagi dengan isteri? Ini antara 4 sebabnya:

1. Cuba sembunyi kebenaran

Sebenarnya, lelaki juga boleh kurang yakin dengan diri sendiri. Contohnya mungkin dalam prestasi seksual seperti mati pucuk atau ejakulasi pramatang.

Ataupun mereka rasa mereka sudah “tak cukup gagah” untuk melindungi anda. Daripada mengaku tentang hal ini, mereka cuba menyembunyikannya. Sebab itu mereka semakin berjauhan dengan anda.

2. Tengok banyak sangat video “blue“

suami tak tertarik lagi, tawar hati dengan suami

Salah satu sebab kenapa anda mungkin rasa suami tak tertarik lagi pada anda adalah kerana dia selalu terkantoi melihat video blue (pornografi). 

Ramai yang ingat tidak mengapa jika suami tengok video ini sekali sekala. Tapi menurut kajian, tengok video lucah dengan banyak boleh meruntuhkan rumah tangga!

3. Anda sendiri menjauhkan diri

Mungkinkah rasa suami tak tertarik lagi itu datangnya dari perbuatan anda sendiri? Ini mungkin terjadi jika anda menjauhkan diri dari pasangan dulu.

Anda “keras” dan memberikan gaya badan yang tertutup. Maka suami pun putus asa untuk menjadi intim dengan anda.

4. Jarak jauh dari pasangan

suami tak tertarik lagi

Kalau kalian duduk berjauhan dan hanya bersembang di telefon, memang senang nak rasa pasangan tak lagi tertarik pada kita. Hubungan jarak jauh memang susah.

Dalam situasi ini, kepercayaan adalah kunci utama. Jangan buat andaian pelik-pelik!

Apa yang patut isteri buat jika suami tak lagi tertarik padanya?

Langkah paling baik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan meluahkannya pada pasangan. Cakap dengan mereka apa yang anda rasa.

Mungkin selepas anda jujur, anda akan dapat mengetahui kenapa suami bertindak sedikian. 

Selain itu, anda juga boleh melakukan 5 benda ini untuk menyemarakkan balik hubungan kalian:

Anda Rasa Tawar Hati Dengan Suami? Suami Pula Tidak Lagi Tertarik Pada Anda? Ini Punca Kegagalan Rumahtangga

  • Keluar date dengan pasangan. Sama macam bercinta dulu. Cuba cakap benda lain selain daripada anak atau bil. 
  • Kenali pasangan dengan lebih rapat. Ambil hatinya.
  • Cuba perkara baru untuk cipta memori baru yang kalian boleh imbau nanti
  • Percaya dengan diri sendiri. Jika anda rasa tidak dihargai pasangan, memang anda akan menyalahkan diri sendiri. Ini buat keyakinan anda jatuh. Jangan begitu! Pergi shopping untuk buat anda rasa “cantik” kembali.
  • Renung mata pasangan. Dari mata turun ke hati katanya. Jangan ingat anda dan pasangan tak boleh jatuh cinta semula hanya dengan merenung mata, ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Tabiat Buruk Suami Buat Isteri Rasa Tidak Dihargai, Kurang Keyakinan & Tidak Cantik!

Baca juga: 7 Tabiat Yang Boleh Membinasakan Hubungan Dengan Pasangan Anda Sebelum Tidur

Baca juga: Sering Bertelagah Dengan Orang Tua Kerana Cara Anda Asuh & Disiplin Anak Sendiri? Ini Cara Hadapinya

Stories Rakan Kongsi
Is Your Child Your Copycat?
Is Your Child Your Copycat?
The importance of family togetherness and how to create it
The importance of family togetherness and how to create it
Musim Membeli Belah Kembali-Ke-Sekolah: Senarai Semak untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
Musim Membeli Belah Kembali-Ke-Sekolah: Senarai Semak untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
Why the third trimester of pregnancy is crucial
Why the third trimester of pregnancy is crucial

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Anda Rasa Tawar Hati Dengan Suami? Suami Pula Tidak Lagi Tertarik Pada Anda? Ini Punca Kegagalan Rumahtangga
Kongsikan:
  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham