6 Tips Agar Bayi Baru Lahir Tidur Sendiri Tanpa Ibu Di Sebelah, Mudahkan Kerja Anda!

Masa tidur bayi baru lahir boleh ditetapkan dengan mudah tanpa kehadiran ibu. Mudahlah kerja anda seharian bila bayi tidak meragam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masa tidur bayi yang baru lahir adalah berbeza sedikit daripada bayi yang lebih dewasa. Penjagaan bayi yang baru lahir juga sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih khusus bermula dari menukar lampin, menyusu, dan waktu tidur.

Oleh kerana bayi baru lahir ini memerlukan perhatian penuh dari ibu, memang boleh menjadi cabaran dibuatnya lagi-lagi untuk tidurkan bayi. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara menetapkan masa tidur bayi baru lahir yang ibu-ibu boleh praktikkan

Menurut perkongsian seorang ibu menerusi Tiktoknya, beliau berkongsi beberapa tips untuk bantu mudahkan ibu urusan ibu-ibu dalam pantang. Selain itu anda juga perlu berdepan masalah bayi suka menempel atau perlu dukung 24jam.

Cara menetapkan masa tidur bayi baru lahir yang ibu-ibu boleh praktikkan

#1. Berikan bayi anda susu sehingga kenyang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenyang perut suka hati, kan? Jadi pastikan ibu-ibu menyusukan anak anda sehinggalah anak anda berasa kenyang. Sekiranya anak anda lapar memang susah anak anda hendak tidur. Apabila anak anda berasa kenyang, anak anda akan menyusu dengan semakin perlahan.

#2. Perlu sendawakan bayi selepas menyusu

Pastikan anda sendawakan bayi anda selepas menyusu supaya si manja anda tidak mendapat kembung perut. Kebiasaannya, si manja akan mudah untuk tidur apabila kekenyangan. Walaupun anak anda telah tertidur, anda perlu sendawakan bayi anda agar bayi anda tidak masuk angin. Salah satu cara ialah, anda boleh meletakkan bayi anda di bahu anda dan tepuk belakang perlahan-lahan. 

#3. Bedung bayikan ketat di bahagian tangan. Longgarkan di bahagian kaki, tidak perlu ketat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan membedung bayi anda, si manja akan mudah untuk tidur. Namun bagi bayi yang baru lahir, anda tidak perlu membedung semua anggota badan dengan ketat. Cukuplah hanya bedung bayi dengan ketat di bahagian tangan. Pastikan anda melonggarkan bedung di bahagian kaki kerana sekiranya ketat, ia boleh mengakibatkan bayi anda mendapat masalah pinggul. 

#4. Tinggikan sedikit bahagian kepala supaya bayi tidak muntah atau muak susu apabila ibunya terpaksa berada jauh atau tidak dapat melihat bayi

Adalah lebih baik sekiranya anda meninggikan sedikit bahagian kepala si manja anda dengan menggunakan bantal. Apabila kedudukan kepala bayi tinggi, ia akan mengurangkan risiko muntah susu. Malah, ini juga adalah langkah penjagaan supaya susu keluar daripada mulut sekiranya ibu tidak berada berhampiran dengan bayi lebih-lebih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Letakkan baju ibu yang telah dipakai dan belum dibasuh supaya bayi dapat merasai kehadiran ibu

Anak mudah mengenali bau ibu yang membuatkan mereka berasa selamat walaupun mereka masih kecil. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh ibu-ibu. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan meletakkan baju anda yang telah dipakai berhampiran dengan anak anda supaya anak anda dapat merasakan kehadiran anda. 

#6. Pastikan bayi selesa. Tengok suhu bilik, pakaian, pampers bersih dan lain-lain mengikut keselesaan bayi

Penting untuk anda memastikan keadaan bilik kondusif untuk bayi anda. Pastikan suhu bilik anda tidak terlalu panas ataupun terlalu sejuk sehingga bayi anda boleh mendapat selsema. Pakaian biarlah selesa untuk tidur dan pastikan juga pampers anak anda bersih. Barulah mudah anak anda untuk tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Itu sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga tips ini membantu ibu-ibu menangani masa tidur bayi dengan lebih mudah. Si ayah juga boleh praktikkan tips-tips ini untuk menolong isteri anda mendapatkan rehat secukupnya. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Setiap Ibu Menyusu Bayi Pasti Pernah Lalui Perkara Ini, Paling Sakit Bila Gigi Mula Tumbuh!

Baca juga: 5 Cara Ajar Bayi Baru Lahir Tidur Malam, Pastikan Anda Peka Waktu Tidur Bayi Yang Betul!

Baca juga: Penting Untuk Tetapkan Waktu Tidur Bayi Terlebih Dahulu, Baru Sleep Train! – Pakar

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman