Koleksi Istimewa Air Tangan Permaisuri Agong Sering Membuatkan Rakyat Jatuh Cinta

Raja Permaisuri Agong kesayangan rakyat, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah rajin memasak dan sering berkongsi masakan istimewa di akaun media sosial

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap wanita pastinya akan memberikan yang terbaik buat seluruh ahli keluarga dan insan terdekat menyayangi anda. Justeru, tidak hairanlah ada yang sanggup belajar menyediakan masakan istimewa dalam menambat hati mereka.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah diketahui umum sering memperjuangkan seni kain Tenun Pahang Diraja yang berusia lebih 300 tahun. Baginda telah mengasaskan latihan dalam penjara untuk banduan mengeluarkan produk bawah label Tenun Pahang Diraja.

Masakan istimewa Permaisuri Agong

credit to sources

Tunku Azizah merupakan seorang anak raja yang cukup dikenali dengan hobi suka memasak, malah sanggup menyinsing lengan baju semata-mata untuk ‘beraksi di dapur’ menyediakan masakan istimewa buat anak-anak tercinta dan pembantu di istana.

Difahamkan, baginda mula menunjukkan minat dalam bidang masakan seawal usia lima tahun di bawah pengawasan pengasuh dirajanya dan pernah mengikuti pendidikan masakan tidak formal di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI).

Keperibadian Permaisuri Agong amat disenangi oleh rakyat jelata kerana baginda sangat mengutamakan tetamu yang datang dengan menyediakan masakan istimewa agar mereka dapat makan sepuas hati dan kenyang.

Bukan itu sahaja, baginda adalah seorang yang sangat pantas memasak di dapur. Meskipun dikelilingi oleh para pembantu, mereka hanya tolong menyediakan sahaja bahan-bahan yang diperlukan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menyediakan makanan untuk staf hospital

credit to sources

Di saat negara dilanda wabak penularan Covid-19 dan bahagian barisan hadapan bertungkus-lumus menjalankan tugas, mereka telah mendapat kejutan istimewa dari pihak istana.

Baru-baru ini, Raja Permaisuri Agong telah mencuri perhatian pengguna media sosial apabila sanggup mencemar duli memasak untuk petugas-petugas di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Koleksi air tangan permaisuri

credit to sources

Bagi Saerah Ali, 85, pembantu yang berkhidmat dengan Tunku Azizah sejak 1986 hingga kini, Tunku Azizah juga sentiasa mencari masa untuk memasak bukan hanya untuk santapan keluarga, tetapi juga dalam kuantiti yang besar untuk dijamu tetamu istana.

Kecekapan Tunku Azizah di dapur bukan perkara baharu, malah baginda telah menghasilkan 3 buku masakan iaitu ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’ pada 2005 dan ‘Masakan Tradisional Pahang dan Air Tangan Tengku Puan Pahang’ serta ‘Manisan Tradisional Pahang’ 2018.

#1. Nasi briyani gam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://www.instagram.com/p/B8BIj9intq0/

Nampak cukup mengiurkan! Kongsi Permaisuri Agong, hidangan ini menggunakan resepi warisan keluarga dan baginda sanggup mempelajarinya dari ibunya.

Warna nasi yang keemasan telah membuatkan rakyat jelata memuji kehebatan permaisuri begitu handal menyediakan pelbagai masakan istimewa.

#2. Lamb Shank Stew

https://www.instagram.com/p/B7xXGkrnGUt/

Difahamkan, menu hidangan daging stew adalah kegemaran baginda. Meskipun doktor menasihati untuk baginda berehat di istana, namun dirinya masih gigih untuk beraksi di dapur.

Baginda juga tidak lokek berkongsi ilmu masakan yang dimiliki dengan tukang masak istana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Kari telur

https://www.instagram.com/p/BagRcwjgE4J/

Sedapnya kari telur! Memandangkan anda diminta untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April, boleh cuba sediakan menu ini untuk hidangan keluarga kerana ia amat mudah, ringkas dan sedap.

Juadah masa nenek moyang kita dahulu, menu kari telur dihidangkan bersama pulut kuning atau nasi.

#4. Makaroni goreng

https://www.instagram.com/p/BrFrHd5n2uu/

Tidak hanya masakan Melayu sahaja, Permaisuri Agong juga berbakat besar dalam hidangan masakan barat. Lihat sahaja gambar ini, pasti membuatkan perut anda tiba-tiba berasa lapar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Pai ayam

https://www.instagram.com/p/Bb6ldqegfuj/

Tangan baginda boleh diibaratkan seperti memiliki kuasa magik. Pastinya bukan senang untuk menyiapkan pastry puff yang rangup berlapis-lapis.

Meskipun ia banyak dijual dalam pasaran, namun rasanya tidak akan sama seperti anda lakukannya sendiri di rumah. Hanya insan yang teliti dan sabar sahaja berjaya menghasilkannya kerana pastry puff ini memerlukan beberapa teknik canai yang betul.

#6. Kek epal

https://www.instagram.com/p/BemOJ1jAGFn/

Siapa sahaja tidak menyukai kek? Melihat sahaja perkongsian gambar ini sudah cukup menggambarkan bahawa baginda berkebolehan dalam semua jenis menu masakan.

Kek epal amat sesuai untuk minum petang. Sungguh gebu dan cantik kejadian kek Permaisuri Agong, tentu rasanya juga sangat sedap!

#7. Bread and butter pudding

https://www.instagram.com/p/B9T_4s-HaO1/?utm_source=ig_embed

Bread and butter pudding yang disediakan oleh bagainda dikatakan lebih sedap berbanding puding roti yang biasa dimakan.

Hal yang istimewa dalam hidangan ini adalah baginda menggunakan isi kelapa muda segar. Resepi asal menu ini adalah dari Dinah Shore Cookbook.

Sumber: Sarawak Voice, Air Tangan Tunku Azizah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comair-mangga