4 Idea Masakan SOTONG Boleh Anda Cuba Untuk Menu Berbuka Hari Ini, Kaya Protein & Sedap!

Buntu nak masak apa? Cuba menu masakan sotong yang kami kongsikan hari ini, pasti membuka seleras anda ketika berbuka. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak masak apa ya berbuka hari ini? Baru masuk puasa hari keempat dah buntu nak masak apa. Apa kata hari ini anda cuka menu masakan sotong yang kami kongsikan ini.

Makanan laut ini tidak kurang juga khasiatnya malah jika anda memang tiada alahan pada makanan laut, sotong juga sangat berkhasiat kepada tubuh badan kita.

Jika anda seorang ibu hamil dan tiada alahan pada makanan laut, elok juga anda masukkan sotong dalam menu diet anda.

Masakan sotong untuk berbuka puasa

Kami kongsikan menu-menu masakan sotong ini untuk anda cuba:

#1. Kerabu sotong ala Thai

Kredit: hellokerja

Bahan-bahan

  • Setengah kilo sotong yang besar baru sedap
  • 1 batang serai*
  • 5 biji cili api merah*
  • 1 biji bawang*
  • 1 biji tomato*
  • 2 biji limau nipis
  • sos ikan
  • Daun ketumbar agak-agak sahaja

Cara menyediakannya:

  1. Siang sotong sampai bersih, kemudian panaskan api didihkan air. Air dah mendidih masukkan sotong kacau sekejap lebih kurang 4 minit, jangan lama-lama nanti terlalu keras tak sedap.
  2. Dah masak boleh angkat masukkan ke dalam mangkuk besar mudah untuk gaul nanti
  3. Barang-barang yang tanda (*) potong halus tomato dengan bawang jangan terlalu halus nanti tak sedap.
  4. Masukkan ke semua bahan-bahan yang dah dipotong halus tadi ke dalam sotong.
  5. Masukkan sedikit kicap ikan agak-agak jangan banyak sangat nanti masin.
  6. Masukkan garam dan gula, gaul sebati. Akhir sekali perah limau ikut kesukaan masing-masing nak masam macam mana
  7. Daun ketumbar patah-patah kan sahaja letak sedikit ke dalam sotong yang dah siap digaul dan untuk hiasan bahagian atas pinggan.

#2. Sotong masak lemak cili padi

Kredit: hellokerja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 kilo sotong segar
  • 2 cawan santan pekat - boleh tambah
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai di titik
  • Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk lumat:

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia *

Cara menyediakannya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu .
  2. Tumbuk semua bahan sampai lumat
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi
  4. Masukkan santan, serai dan asam keping
  5. Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong, sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak
  6. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur.
  7. Sedia dihidangkan

#3. Sotong sumbat bakar Thai

Bahan-bahan:

  • Sotong saiz besar
  • Isi udang segengam
  • Telur 1 biji

Bahan-bahan sos:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 5 ulas Cili kecil
  • 4 sudu gula
  • Secubit garam
  • 3 sudu cuka makan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas Bawang merah
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Hirisan daun ketumbar

Bahan-bahan kisar inti:

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 hirisan halia

Cara menyediakannya:

  1. Hancurkan isi udang gaul dengan telur dan bahan Kisar.
  2. Sumbat inti tadi dalam sotong, ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu
  3. Bakar sotong sumbat tadi, guna pemanggang ajaib sahaja kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah
  4. Blender atau tumbuk dan tumis semua bahan, boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan yang anda nak, masak sehingga
  5. mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  6. Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap untuk dimakan.
  7. Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz, selamat menjamu selera!

#4. Sotong goreng rempah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: hellokerja

Bahan-bahan:

  • Sotong besar 3 ekor
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 2 ulas bawang merah - tumbuk halus
  • 2 cm halia (agak-agak) - tumbuk halus
  • 1 sudu kecil garam masala
  • 1 sudu kecil serbuk kari ikan
  • 2 sudu kecil sos tiram
  • 2 sudu kecil minyak masak
  • 2 biji cili (hiris serong)
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Bersihkan sotong, perap dengan garam masala dan rempah kari ikan
  2. Panaskan minyak masak, goreng sotong sebentar kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk
  3. Goreng sampai naik bau wangi, kemudian masukkan sos tiram, cili dan tomato. Gaul sebati.
  4. Tambah air jika terlalu kering, ikut kesukaan masing-masing jika mahu sotong lebih berkuah. Biarkan renih seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing
  6. Siap dihidangkan.

Jadi jangan pening-pening, anda boleh cuba menu masakan sotong yang kami kongsikan ini untuk berbuka puasa. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hellokerja

Baca juga: 5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!

Penulis

Lala Annuar