Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

lead image

Jenis alahan yang biasa dialami kanak-kanak dan bayi adalah alahan makanan, ekzema, asma dan alahan rinitis. Ketahui tentangnya dan hindari dari melarat!

Masalah alahan makanan di kalangan kanak-kanak kini semakin berleluasa di negara-negara yang semakin membangun.

Di negara Australia, sebanyak 40% kanak-kanak didapati mempunyai reaksi allergi.

Dan, di Malaysia pula, kira-kira 30% kanak-kanak mengalaminya untuk 5 tahun pertama kehidupan mereka.

Jenis alahan yang biasa dialami kanak-kanak dan bayi adalah alahan makanan, ekzema, asma dan alahan rinitis.

Kadang-kadang keadaan ini akan hilang atau pulih sendiri apabila kanak-kanak itu lebih tua dan ada pula yang mengalaminya sepanjang hayat.

Walaupun reaksi allergi boleh dikawal dengan ubat-ubatan, ia boleh kembali semula pada bila-bila masa jika pencetusnya tidak dielakkan.

Alahan makanan biasanya akan bertambah baik secara spontan dalam tempoh 3 tahun, tetapi ini sering digantikan dengan alahan pernafasan.

Oleh itu, ia adalah lebih baik untuk menghalang perkembangan alergi dari awal-awal lagi.

Layari sini untuk mengetahui :

Makanan Yang Dilarang Untuk Bayi Dibawah Umur 1 Tahun

Elakkan Jus Buah-Buahan Untuk Bayi Sehingga Umur 1 Tahun, Kata AAP

Apakah yang menyebabkan alahan?

Kanak-kanak dengan alahan menghasilkan antibodi terhadap makanan tertentu. Apabila kanak-kanak makan atau minum makanan pencetus alahan, antibodi ini akan bercanggah dengan makanan tersebut dan memulakan tindak balas alergi.

Tindak balas ini membebaskan bahan kimia (seperti histamin) yang menyebabkan simptom alahan.

Jika salah seorang ibu bapa mempunyai alahan, peratus peluang anak mereka mendapat alahan adalah kira-kira 40%.

Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai sejarah alahan, peluang itu akan meningkat ke 75% untuk setiap anak.

Selalunya kanak-kanak akan mewarisi alahan yang sama dengan bapa, ibu atau adik-beradiknya.

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan bayi alah

  1. Pendedahan pasif kepada asap rokok semasa mengandung atau bayi baru lahir meningkatkan risiko untuk alahan dalam kehidupan awal.
  2. Diet ibu semasa mengandung dan semasa menyusukan anak. 

Bagaimana untuk mencegah alahan makanan?

Ibu bapa perlu memberi makanan pejal kepada bayi secara beransur-ansur mengikut jenis.

Ini boleh membantu ibu bapa untuk mengasingkan makanan yang boleh menyebabkan tindak balas alahan dari yang selamat.

Apabila memperkenalkan makanan yang baru, tunggu 3 hingga 5 hari sebelum memperkenalkan item baru ke menu. 

Baca tentang 5 Alat Pembuat Makanan Bayi Untuk Ibu-Ibu Sibuk

Perihatin terhadap apa-apa reaksi alahan seperti berikut:

Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

gatal-gatal dicirikan oleh lebam merah jambu atau merah yang biasa ditemui pada bahagian atas badan, tangan dan kaki. Sumber gambar: New Health Guide

  • gatal-gatal (ruam) di sekeliling mulut kanak-kanak, hidung dan mata, dan boleh tersebar di seluruh badan anak anda
  • loya, muntah-muntah dan / atau cirit-birit
  • bengkak ringan di bibirnya, mata dan muka
  • hidung yang berair atau tersumbat, bersin, mata berair
  • tekak membengkak dan / atau mulut gatal
  • bengkak di bahagian tekak dan mulut
  • sukar untuk menelan atau bercakap
  • sukar untuk bernafas – kerana asma atau tekak bengkak

Terdapat reaksi allergi yang berbeza-beza dari yang ringan hingga te tahap serius seperti Anaphylaxis yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.

Kalau ibu bapa mengesyaki anak mempunyai alahan makanan, berhenti memberi makanan tersebut dan bawa anak berjumpa doktor.

Makanan yang menyebabkan alahan

Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

Makanan yang boleh menyebabkan alahan. Sumber gambar : Eco Watch

Makanan-makanan yang boleh mencetuskan reaksi allergi:

  • susu,
  • telur,
  • kacang tanah,
  • kacang walnut / badam,
  • ikan,
  • kerang,
  • kacang soya,
  • gandum.

Kalau ibu bapa mempunyai sejarah alahan, nasihat pakar adalah untuk menjauhi makanan-makanan ini sehingga kanak-kanak itu berusia 3 tahun.

Anda perlu berunding dengan pakar pediatrik, mana-mana anda kurang pasti.

Ibu bapa juga boleh menjalankan ujian untuk menentukan sama ada anak anda memang alah kepada makanan tertentu. 

Sumber: The Star, Sg Long Medical Centre, KPJ Ampang, Allergy Centre Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner