Anak Clingy Memang Selalu Nak Bersama Ibu Sahaja, Hilang Kejap Mulalah Menangis

Masalah anak yang sukar berenggang sehingga selalu inginkan ibu bersama mungkin membuatkan anda rasa sedikit tertekan. Namun ada cara untuk menghadapinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda berasa stres sehingga hampir berputus asa ketika berdepan masalah anak sukar berenggang dan ingin bersama ibu setiap masa? Bagi sesiapa baru pertama kali bergelar ibu, mungkin anda sering tertanya-tanya mengapa anak tak sama macam anak orang lain yang mudah dijaga.

Namun begitu, usahlah membebankan fikiran setiap kali anda terpaksa melayan pelbagai karenah si manja. Apa yang penting adalah memahami keinginan mereka dan cuba mendapatkan penyelesaian terbaik.

Masalah anak clingy, ingin selalu melekat pada ibu

credit to sources

Perkongsian pengalaman oleh seorang ibu dan terapi carakerja, Maryam Jamadi, dia mengakui bahawa tugas harian bekerja dengan kanak-kanak adalah tidak sama dengan menjaga anak sendiri.

Hal ini adalah kerana, anak perempuannya, Eva memiliki beberapa ciri yang boleh dikategorikan sebagai bayi high need iaitu:

#1. Separation anxiety

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali bangun ke tandas, Eva akan mengetuk pintu seperti mahu roboh. Sampailah sekarang masuk umur 4 tahun pun, masih lagu menunggu depan pintu tandas sehingga Mummy keluar.

Tidak cukup dengan itu, ada stroller tapi perlu tidur lena dalam pelukan barulah dia boleh dipindahkan ke stroller. Itupun kena hati-hati, salah sikit Eva boleh terjaga dan menangis.

Waktu usianya 2 tahun ke bawah, memang tiada siapa yang boleh mendukung Eva lama-lama. Dia tidak mahu dengan semua orang termasuklah Papanya sendiri. Hanya ingin Mummy sahaja. Eva juga akan rasa takut disebabkan oleh pandangan orang lain sehingga umur 2 tahun.

#2. Hipersensitif

Masalah anak high need ini dia akan terlalu sensitif dengan sentuhan dan perlukan rangsangan deria sentuhan sepanjang masa (seeking). 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Deria pendengarannya terlalu sensitif, takut dengan semua bunyi tidak dikenali seperti mesin pengisar (blender), vacuum, hon kereta, bunyi telefon tidak dikenali atau tidak selesa dengan bunyi yang ibu ayah sendiri tidak pernah sedar. Eva juga terlalu sensitif dengan deria bau, dia boleh kesan bau Mummy yang hilang dalam radar 1 meter!

#3. Perlu layanan dan inginkan perhatian

foto: istock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, masalah anak mahu sentiasa dilayan dan amat jarang sekali bermain sendiri. Setiap masa Mummy kena tengok, bercakap dan sentuh dia. Bukan itu sahaja, dia juga ingin perhatian 24 jam. Nak main sama-sama, makan nak berteman, pakai baju berteman dan tidur pun sama-sama.

Selepas melahirkan Eva, dia hanya boleh tidur sambil menyusu dan ingin bersama saya sahaja walaupun sudah cuba pelbagai cara seperti urut sebelum tidur, pasang whitenoise dan tidur sama-sama lepas itu pindahkan.

Paling ekstrem saya biarkan sahaja dia menangis sampai tertidur, tapi malangnya bukan buat dia pejam mata pun, malah makin melekat sebab emosinya tercalar.

Eva juga mudah terjaga, kalau bunyi kain telekung waktu solat pun dia akan bangun dan menangis. Waktu malam sudah mencabar, apatah lagi siang. Kalau Mummy tidur sekali bolehlah sampai 1-2 jam, kalau tidak bunyi pin tudung jatuh pun dia boleh sedar dan tidak akan tidur semula walaupun baru 10 minit tidur.

Nasihat untuk ibu ayah yang memiliki anak high need

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anda menjadi seorang ibu, automatik anda akan ada naluri keibuan (maternal instict) di mana anda tahu apa keperluan anak terutamanya semasa bayi. Pedulikan orang sekeliling yang mengatakan ibu ayah terlampau manjakan anak atau biarkan saja anak menangis.

Beberapa perkara ini mungkin membantu anda:

#1. Sediakan persekitaran anak yang membolehkannya rasa selamat (dari orang tidak dikenali, bunyi, barang atau situasi baru) bagi mengelakkan gangguan perkembangannya.

#2. Belajar dan fahami keperluan yang disukai anak. Elak terlampau mengikuti gaya keibubapaan orang lain mengikut kemampuan diri.

#3. Berikan masa untuk si manja menyesuaikan diri dengan perseiktaran baru, misalnya pulang ke kampung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Jangan bandingkan anak kita dengan orang lain kerana ia hanya membuatkan ibu ayah berasa sedih.

#5. Luahkan pada pasangan jika anda rasa tertekan atau perlukan sokongan bagi menghadapi masalah anak yang ingin perhatian sepanjang masa.

Sumber: Maryam Jamadi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: