5 Fasa Sukar Dalam Perkahwinan, Lalui Dengan Penuh Sabar, Barulah Tercipta Kebahagiaan

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pepatah ini memang ditujukan pada anda yang baru berumah tangga kemudian lalui pula fasa yang sukar. Kupasan lanjut dalam artikel ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui fasa bercinta dan berkahwin memang sesuatu yang cukup indah. Kemudian dikurniakan pula pasangan yang sangat memahami menambahkan lagi rasa bahagia itu. Namun, dalam pada kita gembira, tentu akan timbul beberapa masalah dalam rumah tangga. 

Malah, sebelum menemui kebahagiaan dalam perkahwinan kita akan tempuhi beberapa fasa sukar bersama pasangan hingga kadang-kadang masalah itu menimbulkan kekacauan dan pertengkaran jika tidak mendapat persefahaman. 

Apakah masalah dalam rumah tangga itu? Mari kami kupaskan satu persatu untuk anda. 

5 masalah dalam rumah tangga yang sering menghantui suami isteri 

#1. Masalah dalam rumah tangga – Kewangan yang sempit 

Pertama masalah yang sering menghimpit suami isteri adalah kewangan terutama bila suami bergaji kecil dan isteri pula tidak bekerja.

Kemudian bekalan makanan habis di rumah, tapi suami tidak cukup duit untuk topup sekaligus ia menimbulkan kemarahan isteri. Namun, kalau isteri bekerja, anda boleh membantu keperluan rumah sekiranya suami meminta bantuan anda.

Kemudian selesaikan masalah kewangan itu dengan penuh berhemah atau menyekat perbelanjaan yang tidak penting supaya masalah itu dapat diatasi dengan baik. 

#2. Masalah dalam rumah tangga – Sukar mencapai kesepakatan 

Kadang-kadang suami dan isteri ada ego masing-masing hingga menyukarkan kesepakatan dicapai, sekaligus mencetuskan pergaduhan dan masalah di kemudian hari. 

Lebih sadis lagi, masalah yang timbul itu hanyalah hal remeh temeh sahaja tapi kalau pasangan terlampau ego perkara kecil boleh menjadi isu yang besar terutama bila semua tak mahu beralah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maka berbincang adalah jalan terbaik dan masing-masing perlu saling hormat dan menghormati antara satu sama lain. 

#3. Masalah zuriat 

Kredit: iStock

Kehadiran zuriat yang tidak kunjung tiba juga boleh mencetuskan kesukaran dalam rumahtangga yang dibina terutama jika penantian itu mengambil masa yang lama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam masa ini, anda harus saling menyokong bukan menyalahkan antara satu sama lain. Selain melakukan ikhtiar walau apa cara sekalipun. 

#4. Hubungan kelamin 

Ada ketikanya pasangan tidak merasai kepuasan apabila bersama suami atau isterinya. Namun malu untuk mengungapkannya lantas menimbulkan masalah di kemudian hari. 

Sebaiknya anda terbuka bercerita berkaitan hubungan seksual ini supaya masing-masing tahu masalah yang timbul itu. 

#5. Ambil masa untuk sesuaikan diri 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

Tahun pertama berkahwin tentunya satu cabaran bagi pasangan suami isteri terutama bila perlu mengenali keluarga baru di sebelah keluarga pasangan. 

Mungkin akan ada sedikit kesukaran di situ terutama kalau anda berdua berlainan latar belakang keluarga. Namun ia boleh dipermudahkan dengan sokongan pasangan. 

Apa jua kesukaran itu lakukan ia dengan terbaik supaya masalah dapat diselesaikan dengan sempurna dan institusi kekeluargaan berkembang dengan cara yang sihat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

Baca juga: Suami Isteri Sering Bergaduh, Malah Ini Punca Sebenar Keretakan Rumah Tangga Tanpa Sedari

Baca juga: Suami Isteri Perlu Ambil Wuduk & Bertenang Dulu Sebelum Selesaikan Masalah Rumah Tangga…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan