PILU! Ibu Bantu Langsai Hutang 3 Ah Long, Anak Bunuh Diri Dengan Terjun Bangunan

Luluh hati seorang ibu yang membantu anaknya menyelesaikan masalah hutang, namun dia telah pergi terlebih dahulu. Jom ketahui cara mengurus hutang anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah hutang dan tekanan hidup yang dihadapi oleh seseorang individu telah mendorong mereka untuk mengambil tindakan di luar kawalan.

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang ibu meratapi mayat anaknya dalam keadaan cukup menyedihkan.

Difahamkan, anaknya bernama Khoo berusia 26 tahun telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan pusat beli-belah di Klang pada jam 12 tengah malam pada 16 Disember yang lalu.

Dia yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah restoran dikelilingi bebanan hutang yang banyak dan sering meminta bantuan dari seorang pekerja yang bernama Peter.

Lebih kurang sebulan yang lalu dia telah mengalami masalah hutang dengan 3 orang Ah Long sekaligus.

Foto: Facebook

Peter mengatakan dia membantu Khoo untuk bertemu dengan ceti haram tersebut dan  ibu Khoo sanggup bantu menyelesaikan semua hutangnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui bantuan Peter dan ibunya, Khoo telah bebas dari hutangnya sejak seminggu sebelum dia membunuh diri.

Pada malam sebelum kejadian itu, Peter berkata bahawa dia telah berbual dengan Khoo dan menasihatinya agar tidak meminjam wang dari Ah Long itu lagi.

Namun, siapa sangka bahawa pertemuan tersebut adalah pertemuan yang terakhir dia bersama Khoo.

Foto: China Press

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berita tragis dia mati kerana membunuh diri telah tersebar ke seluruh negara.

Ibunya yang tiba di lokasi kejadian meraung dan meratapi mayat anaknya kerana tidak menyangka bahawa pertolongannya tersebut telah dibalas dengan sebuah kematian.

Wanita berkenaan juga sempat meninggalkan sebuah mesej dalam akaun Facebook miliknya dengan mengakui bahawa dirinya sering berada dalam kegagalan.

Dia berkata dia menyusahkan ramai orang dan banyak melakukan kesalahan terhadap semua orang yang begitu mengambil berat terhadapnya.

“Kawan, keluarga, saya pergi dulu. Saya gagal. Saya melakukan banyak kesilapan dan menyusahkan orang yang mengambil berat tentang saya dan mencintai saya, “tulisnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya, jadi saya memilih untuk mengelakkannya. Maaf, saya tidak kuat. “

“Saya tidak memberikan ibu bapa saya kesenangan selama 26 tahun saya hidup. Saya sering mengulang kesilapan yang sama dan mereka membantu saya menyelesaikannya.”

“Terima kasih pada kawan-kawan dan keluarga yang membantu sewaktu saya susah. Terima kasih semua. Saya berharap bahawa saya akan menjadi anak yang baik di kehidupan yang lain. “

“Selamat tinggal, keluarga dan kawan-kawan. Jumpa lagi.”

Cara mengurus masalah hutang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: INGimage

Pernah tak anda berhadapan dengan longgokan hutang di sekeliling yang membuatkan anda sering hidup tertekan dan berhadapan dengan jalan buntu?

Bertenang, kerana ada beberapa strategi yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah hutang secara efektif.

#1. Selesaikan hutang yang paling mahal  

Dari sekecil-kecil hutang sehinggalah hutang yang besar, anda perlu menyusun setiap hutang yang dimiliki dengan bijak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara yang paling utama adalah anda perlu mengasingkan hutang yang penting dengan hutang yang kurang penting.

Ia perlu bermula dengan kadar faedah yang paling tinggi kepada yang rendah.

Sebelum gaji anda diperoleh, jangan terus membelanjakan wang berkenaan mengikut nafsu.

Namun, gunakannya untuk membiayai keperluan asas yang penting seperti sewa rumah, bayaran ansuran kenderaan, keperluan barangan dapur serta bil-bil bulanan.

#2. Buat anggaran bajet

Segelintir orang tidak menyedari akan pentingnya menyediakan anggaran bajet.

Langkah utama untuk membebaskan diri anda dari masalah hutang adalah menyediakan suatu belanjawan.

Gunakan kemudahan Microsoft Excel atau aplikasi pengurusan kewangan bagi merekod jumlah pendapatan dengan kos perbelanjaan bulanan anda.

Dengan cara ini, anda boleh meneliti bahagian perbelanjaan yang anda boleh berbelanja lebih ataupun kurang.

#3. Manfaatkan bonus gaji

Bagi sesetengah syarikat yang anda berkhidmat, pastinya akan ada agihan bonus atau ‘angpau’ terutamanya pada akhir tahun atau pada musim perayaan.

Namun, harus diingati bahawa inilah masa sesuai yang membantu anda meringankan tekanan hutang.

Gunakan wang berkenaan untuk membayar segala hutang bukan memanjangkan lagi tempoh anda berhutang.

Elakkan godaan untuk berbelanja secara berlebihan pada barangan yang anda minati dan adalah perkara yang lebih penting adalah dengan mengawal kewangan anda dahulu!

#4. Jual barangan rumah atau peralatan yang tidak diingini

Sekiranya rumah anda dipenuhi dengan pelbagai barangan sehingga anda tidak berkesempatan untuk menggunakannya, anda boleh melakukan jualan murah yang membantu anda mendapat wang dengan mudah.

Pastikan barangan seperti hiasan, perabot, pakaian atau barangan anak kecil masih dalam keadaan yang baik.

Bersihkannya terlebih dahulu dan tangkap beberapa keping gambar yang menarik perhatian pelanggan untuk membeli.

Buat paparan iklan dalam platform online seperti Carousell atau mudah.my dengan harga yang berpatutan supaya ia terjual dengan segera.

Wang yang diperoleh hasil penjualan barang-barang ini harus digunakan sepenuhnya untuk melangsaikan hutang.

#5. Elak berbelanja pada perkara yang kurang penting

Untuk mengurangkan hutang, anda perlu berhenti berbelanja mengikut nafsu.

Dalam hal ini, sekiranya anda mendapati adanya pelbagai tawaran potongan harga yang menarik di platform atas talian mahupun di kedai, sepatutnya anda perlu berfikir panjang sebelum anda berbelanja.

Tanyakan semula diri anda adakah ia cukup berbaloi untuk anda mendapatkan barangan tersebut meskipun anda sedar tidak menggunakannya untuk setiap hari.

Amalkannya setiap kali anda digoda dengan pelbagai produk ataupun keperluan yang menarik sehingga anda boleh mengawal duit dari mengalir.

#6. Ubah tabiat berbelanja

Sedar ataupun tidak, sebenarnya tabiat berbelanja harian telah membawa anda ke dalam masalah hutang.

Dalam hal ini, sekiranya anda merasakan ada perkara yang boleh membantu mengurangkan kos harian anda, jadi perlulah mendapatkan jalannya.

Sebagai contoh, sarapan anda berharga RM5 dan makan tengah hari anda pula berharga hampir RM10, anda boleh menyimpan jumlah wang ini dengan menyediakan makanan tersebut dari rumah.

Bagi berhadapan dengan hutang yang bertimbun, anda seharusnya sentiasa memikirkan jalan keluar dari terus menghadapi bebanan ini kerana ia akan menyekat anda untuk hidup lebih tenang dan selesa.

Sumber: World of Buzz, Direct Lending

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comjual-anak