Masalah Keputihan Wanita: Kenali Jenis Keputihan, Punca Dan 10 Cara Mencegah

Masalah keputihan wanita atau keluaran lendir berwarna putih, krim atau kelabu dari faraj dialami oleh ramai wanita di seluruh dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah keputihan wanita atau keluaran lendir berwarna putih, krim atau kelabu dari faraj merupakan isu yang biasa dihadapi oleh ramai wanita di seluruh dunia.

Apakah Itu Penyakit Keputihan?

Berdasarkan statistik kira-kira 75% wanita yang sudah berkahwin mengalami masalah keputihan yang berkaitan dengan aktiviti seksual. Penting bagi setiap wanita memiliki pengetahuan asas yang membolehkan mereka membezakan antara keluaran lendir faraj semula jadi dan masalah keputihan serius yang memerlukan rawatan perubatan.

Jenis-Jenis Keputihan

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik.

1.Keputihan fisiologis

  • Biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit
  • Sering berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid).
  • Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim
  • Tidak berbau
  • Tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj
  • Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair

2.Keputihan patologik

  • Bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit s
  • Lendir yang pekat, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk
  • Menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj.
  • Disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati

Faktor Dan Punca Penyakit Keputihan?

  1. Kebersihan – jaga faraj anda dan bersihkan dan keringkan dengan betul bagi mengelak jangkitan
  2. Hormon – Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj, pengambilan ubat terutama antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat
  3. Gaya hidup – Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat seperti terlibat dengan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung mendapat pelbagai jangkitan faraj
  4. Kesihatan – penghidap kencing manis lebih mudah mendapat penyakit keputihan

Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan

Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj, pengambilan ubat terutama antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahaya Penyakit Keputihan

Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian.

Cara Mencegah Penyakit Keputihan

  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan pH atau menyebabkan kegatalan
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid)
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks

myhealth

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal

Baca juga: Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

Baca juga: Benjolan Di Kemaluan & Gatal -Gatal Saat Hamil, Normal Ke? Ini Punca & Cara Merawatnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar