Masalah Kerap Kencing Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang/ Diabetes? Ini Jawapan Doktor

Masalah kerap kencing boleh terjadi disebabkan oleh pengambilan air yang terlalu banyak ataupun petanda awal penyakit buah pinggang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah kerap kencing yang dialami boleh membuatkan seseorang rasa kurang selesa dan risau adakah ia petanda penyakit berbahaya. Lebih sukar apabila ada yang terpaksa ulang alik ke tandas hampir 10 kali sehari.

Untuk pengetahuan anda, bilangan kekerapan membuang air kecil seseorang biasanya dipengaruhi oleh jumlah air yang diminum dan faktor cuaca persekitaran.

Masalah kerap kencing bagi lelaki atau perempuan

Sekiranya masalah kerap kencing yang disertai dengan gejala:

  • Sukar memulakan kencing
  • Air kencing bertukar warna lebih gelap atau merah
  • Sakit ketika kencing
  • Kencing tersekat-sekat
  • Kencing yang tidak boleh bertahan
  • Air kencing berbuih

Anda hendaklah lebih memberikan perhatian kerana ia mungkin menjadi petanda penyakit lain.

Menurut doktor, seseorang yang sihat dan normal akan menghasilkan air kencing sebanyak satu hingga dua liter sehari.

Namun, bagi yang mengalami masalah kencing yang kerap pula, buah pinggang menghasilkan air kencing melebihi 3 liter sehari.

Seseorang itu dikatakan mengalami kencing kerap apabila dia membuang air lebih daripada 6 kali sehari dan bangun tidur melebihi 2 kali semalam untuk ke tandas.

Ia berlaku apabila tubuh menghasilkan kuantiti air kencing lebih daripada biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa kerap kencing selepas minum air

Jika ini merupakan masalah kali pertama yang terjadi, ia mungkin salah satu daripada gejala penyakit seperti buah pinggang atau hanya disebabkan pengambilan air terlalu banyak dalam satu masa.

Manakala jangkitan saluran kencing kebiasaannya disertai dengan demam, tidak selesa pada bawah perut atau anda tidak dapat menahan kencing. 

Selain itu ada beberapa punca masalah kerap kencing yang lain adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1.  Kencing manis (diabeters mellitus). Selalunya kencing kerap dalam kuantiti yang banyak daripada kebiasaan boleh menjadi gejala awal penyakit diabetes jenis 1 dan jenis 2 kerana tubuh berusaha membuang glukosa berlebihan melalui air kencing
  2. Gangguan pada prostat. Prostat yang bengkak memberikan tekanan pada uretra iaitu tiub yang membawa air kencing keluar daripada pundi kencing. Ia akan menghalang aliran keluar air kencing dan menyebabkan dinding pundi kencing menjadi tidak selesa. Seterusnya pundi kencing mula mengejut walaupun hanya mengandungi sedikit sahaja air kencing dan membuatkan seseorang membuang air kecil lebih kerap
  3. Ubat diuretik. Ia merupakan salah satu ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan menggalakkan pengeluaran cecair daripada tubuh
  4. Penyakit saraf atau strok. Kerosakan saraf menyebabkan masalah pada pundi kencing termasuklah peningkatan kekerapan membuang air kencing. Keadaan ini dikenali sebagai 'neurogenik bladder'
  5. Pengambilan kafein, makanan atau minuman manis ataupun alkohol. Kafein dan alkohol memberi kesan diuretik menyebabkan seseorang kencing lebih kerap. Minuman berkarbonat, pemanis buatan seperti Splenda atau Equal dan buah sitrus boleh memberikan rasa rengsa pada pundi kencing, ini sekaligus membuatkan anda kencing lebih kerap.

Cara hilangkan kerap kencing

Masalah kerap kencing bagi lelaki ataupun perempuan sememangnya boleh menganggu aktiviti seharian. Justeru ada beberapa rawatan dan cara hilangkan kerap kencing ini adalah dengan:

  • Mengawal pengambilan cecair. Anda perlu minum air yang cukup bagi mengelakkan dari berlakunya sembelit. Namun elakkan minum air sejam sebelum tidur kerana ia boleh menyebabkan kencing malam
  • Tukar cara pemakanan. Elakkan dari pengambil makanan yang boleh menganggu pundi kencing atau bertindak sebagai diuretik. Ia termasuklah alkohol, kafein, minuman berkarbonat, produk berasaskan tomato, pemanis buatan dan makanan pedas
  • Senaman kegel. Latihan ini dapat menguatkan otot-otot di sekeliling pundi kencing dan uretra. Ini sekaligus membolehkannya mengawal pundi kencing dan mengurangkan kekerapan kencing

Adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut bagi mengetahui masalah yang anda hadapi. Bagi pengambilan ubat-ubatan, pastikan anda merujuk doktor terlebih dahulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Baca juga:  Bayi Terlalu Kurang Atau Kerap Kencing: 4 Sebab BAHAYA Ibu Ayah Wajib Tahu

Baca juga:  Kencing Kotor Ketika Hamil Boleh Membahayakan Ibu & Bayi, Perhatikan 7 Perkara Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga:  Petua Hilangkan Kencing Kotor Semasa Mengandung, Ini Senarai Makanan Perlu Dielak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan