Mengesan masalah pendengaran kanak-kanak
Mengesan masalah pendengaran kanak-kanak sebenarnya bukan perkara yang senang.
Selain keupayaan anak untuk memberitahu anda, masalah pendengaran merupakan masalah yang tersembunyi dan tidak dapat ditentukan melalui pemerhatian fizikal. Ia hanya boleh dikesan setelah menjalani beberapa ujian pendengaran.
Meskipun anak lulus ujian pendengarannya semasa bayi, masalah pendengaran kanak-kanak masih boleh berlaku apabila mereka membesar disebabkan oleh jangkitan atau faktor-faktor lain.
Di sini panduan dan 8 tanda-tanda masalah pendengaran kanak-kanak yang ibu bapa perlu tahu:
1. Anak mengadu alami tak dengar
Tanda paling senang adalah apabila anak sendiri yang datang mengadu mereka mengalami kesukaran untuk mendengar.
Anak mungkin sedar tentang masalah ini apabila menghadapai:
- cabaran memahami apa yang dikatakan oleh orang lain,
- cara percakapan yang berbeza dari kanak-kanak lain sebaya dengannya,
- masalah untuk mengartikulasikan perkataan tertentu,
- selalu salah faham apabila disoal atau diberi arahan.
Jika anak menunjukkan semua tanda-tanda di atas dan anda mengesyaki dia mungkin mengalami masalah pendengaran kanak-kanak, bawa anak jumpa doktor dengan segera untuk menjadualkan ujian pendengaran.
2. Sering ulang cakap atau minta orang lain cakap lebih kuat
Adakah anak anda selalu ulang perkataan “apa? boleh tolong ulang?” apabila bercakap dengan orang lain? Ini tanda anak anda mungkin mempunyai masalah pendengaran kanak-kanak.
Masalah pendengaran anak perlu dikesan awal supaya rawatan dan terapi pemulihan pertuturan-bahasa boleh bermula secepat mungkin.
Apabila anak mendapat rawatan awal, ini dapat membantu meningkatkan kemahiran bahasa, sosial dan pendidikan supaya setanding dengan rakan sebaya.
Jadi jangan berlengah jika anda mengesyaki anak mempunyai masalah pendengaran!
3. Masalah pembelajaran di sekolah
Pendengaran adalah penting untuk perkembangan anak dari segi bahasa, komunikasi, pembelajaran dan pencapaian akademik.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kanak-kanak dengan masalah pendengaran biasanya:
- mempunyai pencapaian lemah dalam pembelajaran terutama apabila melibatkan aktiviti membaca, menulis dan mengira.
- senang hilang tumpuan kerana kurang memahami apa yang disampaikan guru, akibat tahap pendengaran yang terhad.
Jika guru-guru berpendapat anak sedang mengalami kesukaran untuk mendengar atau mengikuti kelas, maka ibu bapa bolehlah bawa anak ke doktor supaya pendengarannya boleh dinilai secara profesional.
4. Sakit telinga dan ada lendiran
Jangkitan telinga adalah jangkitan biasa yang melanda kanak-kanak bawah 1 tahun. Tapi bukan setiap kali anak sakit telinga ia semestinya jangkitan.
Kadang-kadang ia cuma cecair yang terperangkap di telinga tengah. Namun, jika cecair itu tidak dikeluarkan dalam masa yang lama, ia berpotensi menyebabkan kesulitan lain sehingga anak kehilangan pendengaran.
Jangkitan telinga boleh dirawat dengan antibiotik, tapi cecair itu akan mengalir keluar dengan sendirinya. Lebih baik berjumpa doktor untuk mendapat rawatan.
5. Bercakap dengan suara yang kuat
Kanak-kanak biasanya bertenaga dan tidak perasan mereka sedang bercakap dengan nada suara yang kuat. Tapi jika anak anda selalu tidak dapat mengawal suaranya, ini mungkin tanda masalah pendengaran kanak-kanak.
Sebab-sebab lain yang menyumbang kepada masalah pendengaran termasuklaj memasukkan objek asing (seperti putik kapas, atau manik) ke dalam telinga, atau lendir berlebihan yang disebabkan oleh selesema.
6. Selalu minta nak kuatkan bunyi televisyen
Adakah anak suka mendengar bunyi muzik dengan kuat atau selalu berdiri dekat dengan televisyen apabila menonton kartun kegemarannya? Dr. Barrie Tan Yau Boon, Perunding dan Ketua, Jabatan Otolaryngology (Telinga, Hidung & Tekak) memberi amaran ini:
“Mendengar muzik yang berdesibel tinggi untuk masa yang lama boleh menyebabkan pekak sensorineural. Setiap kali anak terdedah kepada muzik yang kuat, sel-sel rambut kecil atau hujung saraf koklea di dalam telinga boleh rosak.“
Jika anak selalu minta kuatkan bunyi, ini mungkin tanda anak mempunyai masalah pendengaran.
7. Tidak bertindak balas terhadap bunyi
Jika ada bunyi bising dengan tiba-tiba seperti bunyi hon tapi anak tidak menunjukkan sebarang tindak balas terhadap bunyi itu, ini tanda jelas anak mungkin ada masalah pendengaran.
Kadang-kadang, mungkin orang lain yang mengesan tanda-tanda masalah pendengaran anak sebelum ibu bapa mereka sendiri.
Jadi jangan mudah tersinggung dan perhatikan tindak balas anak anda. Jika perlu, bawa anak untuk dinilai oleh doktor.
8. Tinitus – bunyi berdering dalam telinga
Sekiranya sel ini rosak, impuls elektrik ini akan bocor dan menyebabkan tinitus, iaitu bunyi berdering yang berterusan dalam telinga.
Titinus boleh berlaku jika:
- anak terdedah kepada bunyi-bunyi kuat,
- telinga anak tersumbat dengan tahi telinga yang berlebihan,
- perubahan tulang telinga, dan
- kecederaan kepala atau leher.
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
6 masalah penglihatan dengan kesan jangka panjang yang penting ibu bapa perlu tahu