BAHANA Amukan Isteri Marah Lagi Ganas, Pijak Zakar Suami Hingga Pengsan!

Tiada siapa menginginkan masalah rumah tangga berlaku antara anda dan pasangan. Jom ikuti tips ini agar setiap masalah diselesai dengan baik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kecoh di negara seberang iaitu Indonesia apabila sepasang suami isteri menghadapi masalah rumah tangga sehingga berakhirnya dengan tindakan yang ganas.

Kisah ini difahamkan, seorang wanita bernama Nur Faida, 30, telah memijak-mijak kemaluan suaminya, Syamsul Arifin, 34, sehingga menyebabkan dia pengsan.

Pergaduhan antara suami isteri ini pada awalnya hanya berpunca dari masalah kewangan, namun ia berlarutan sehingga memetik kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka.

Kini, masalah rumah tangga ini telah melibatkan campur tangan pihak polis bagi mengenakan tindakan yang selanjutnya bagi menyelesaikan pertengkaran ini.

“Kami sudah terbiasa mendengar mereka bertengkar sehingga jiran terdekat yang lain menyedarinya dengan jelas,’’ kata saksi.

Mengikut kronologi berlakunya tindakan ‘ganas’ ini, Faida telah memukul suaminya sehingga menyebabkan lelaki berkenaan telah jatuh tersungkur dan kepalanya terhantuk pada meja.

Ketika badannya terbaring ke lantai, Faida terus memijak kemaluan suaminya dengan kuat sehingga mangsa pengsan.

Syamsul terus dikejarkan ke hospital dan keluarganya telah membuat aduan kepada pihak polis atas dakwaan keganasan rumah tangga.

Dari laporan itu, pihak polis segera mengumpulkan bukti dan keterangan dari kedua-dua pihak.

Nur Faida telah ditahan dan akan berdepan dengan tindakan undang-undang atas tindakan ganas terhadap suaminya.

Tips menghadapi masalah rumah tangga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: Donna

Melayari bahtera rumah tangga penuh suka dan duka. Bukan setiap hari anda menghadapinya dengan hati yang senang.

Berikut beberapa panduan sekiranya anda dan pasangan sedang menghadapi konflik rumah tangga:

#1. Bawa berbincang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan anda dan suami duduk bersama dan meluahkan punca yang menimbulkan kemarahan atau rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku.

Elakkan dari meninggalkan pasangan atau berkurung di dalam bilik kerana ia hanya boleh mengeruhkan lagi keadaan.

#2. Ambil iktibar dari pengalaman orang lain

Ramai pasangan lain juga berhadapan masalah rumah tangga yang sama dengan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak salah jika anda belajar daripada pengalaman orang terdekat dalam menghadapi masalah rumah tangga seperti ahli keluarga mahupun saudara terdekat.

Anda boleh sahaja meminta pendapat mereka yang lebih lama berkahwin kerana mereka terlebih dulu makan asam garam.

Lihat keputusan yang baik dan keputusan yang kurang baik sebagai pelajaran paling bermakna.

#3. Selesaikan perkara yang penting terlebih dahulu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: JOE.co.uk

Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya. Pastikan anda terlebih dahulu mencari jalan keluar untuk masalah yang dirasakan perlu ditangani segera.

Sekiranya masalah rumah tangga yang dihadapi adalah begitu kecil, sebaiknya anda tidak perlu bertidak untuk membesar-besarkannya.

Abaikan sahaja perkara yang remeh agar ia tidak berlarutan menjadi masalah yang besar.

#4. Cari sokongan ahli keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda mendapati bahawa pasangan anda berbuat salah, sudah tentu hati anda sakit dan memerlukan sedikit masa kan?

Jangan biarkan diri anda bersedih seorang diri. Dapatkan sokongan ahli keluarga supaya anda mampu mengharungi dugaan rumah tangga dan tidak bertindak di luar kawalan.

Situasi ini akan membuatkan suami sedar bahawa dia perlu berubah kerana ahli keluarga yang lain mengharapkan yang terbaik daripada kedua-dua belah pihak.

#5. Mengalah untuk menang

Foto: Wanista

Jika anda memiliki pasangan yang keras kepala, antara jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan mengalah dan menganggap masalah rumah tangga tersebut tidak pernah ada.

Jika anda berhadapan dengan orang yang sebegini tiada gunanya jika anda turut sama keras kepala kerana dia tidak akan ‘melutut’ di depan anda sekalipun tahu bahawa dia yang salah.

#6. Jangan sampai orang lain tahu

Hati-hati jangan sampai konflik dalaman hubungan rumah tangga anda tersebar hingga kebanyakan orang luar mengetahuinya.

Ini boleh mendorong masalah yang baru kerana aib anda dan suami telah terdedah kepada orang tidak sepatutnya.

Tidak semua manusia senang melihat kita bahagia, siapa tahu di sebalik masalah yang anda hadapi mereka sedang bertepuk tangan di belakang dan menunggu untuk menjadi pengganti anda.

#7. Korbankan perasaan

Dalam menyelesaikan sebuah masalah adakalanya anda perlu melakukan satu pengorbanan.

Paling penting anda perlu bersabar dan ikhlas berkorban. Jangan disebabkan satu kesalahan, anda terus membenci pasangan anda.

Korbankan rasa kecewa serta sakit hati anda dengan memaafkannya.

Apabila anda biasakan diri untuk memaafkan, hati anda akan jadi lebih tenang dan menerima masalah sebagai satu ujian kehidupan.

Berikan pasangan peluang yang baru untuk dia berubah dan perbetulkan kesilapan.

Bukan itu sahaja, anda perlu menurunkan sedikit ego agar masalah dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Oleh itu, janganlah merosakkan masa depan hubungan yang telah lama terbina hanya kerana anda membiarkan emosi menguasai diri. Tanpa kerjasama dari kedua-dua belah pihak, pastinya masalah selamanya akan tetap menjadi masalah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: Ada Sebab Isteri Marah Selalu, Dalam Diam Mereka Simpan 3 Benda Ini Seorang Diri…