Mastitis dan saluran susu yang tersekat adalah 2 masalah yang paling biasa melanda ibu menyusu.
Tapi pengorbanan ibu menyusu semuanya berbaloi apabila melihat anak mendapat susu yang secukupnya.
Namun, rasa sakit yang dialami si ibu akibat saluran susu yang tersekat dan mastitis teruk juga rasanya.
Ibu menyusu selalu mencari petua dan tip dari ibu-ibu lain untuk melega dan melancarkan pengeluaran susu dari saluran yang tersekat.
Masalah mastitis
Ibu-ibu yang pernah mengalami masalah saluran susu yang tersekat tahu akibatnya jika ia tidak dirawat dengan segera.
Masalah ini boleh bertukar menjadi masalah payudara bengkak yang sakit dan ia dikenali sebagai mastitis.
Semua ibu menyusu akan cuba sedaya upaya untuk mengelak dari terkena masalah ini, tapi kadang-kadang ia di luar kawalan kita.
Petua untuk melancarkan saluran susu yang tersekat tidak selalunya berjaya sehingga ia boleh menyebabkan keradangan dan demam.
Jadi apabila seorang ibu dari Australia ini telah membaca dalam talian tentang satu cara yang aneh dan kurang konservatif yang boleh membantu, dia terus mencubanya!
Ahem.. Sensasi getaran yang nyaman
Seorang ibu berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Danielle ini telah berkongsi kisahnya diserang mastitis sebanyak 4 kali semenjak bayinya dilahirkan. Bayinya kini berusia 9 bulan.
Dia telah mencuba semua petua seperti menggunakan pek panas, cara mengurut dan mandi air panas untuk melegakan kesakitan, tapi ia tidak membantu. Tiada petua lain yang lebih baik dari petua yang pelik ini.
Apakah petua tersebut?
Guna alat penggetar vibrator
Danielle tidak pernah terfikir hack yang genius ini berkesan!
Dia berkata, dari semua petua yang pernah dicuba, menggunakan alat penggetar vibrator adalah cara yang paling tidak menyakitkan dan berjaya!
“Saya kini sedang bercerai susu dan telah mengalami masalah saluran tersekat. Tapi itu sebelum saya menggunakan alat penggetar selama 10 minit.
Saya bimbang saya terkena mastitis lagi tapi selepas menggunakan petua ini saya tidak lagi mengalami masalah mastitis sejak itu.
“Terkejut? Ya, memang saya terkejut ia berkesan!” kata Danielle sambil ketawa.
Nak cuba?
Jadi untuk memberi ahemm … kelegaan lain, anda boleh cuba menggunakannya pada payudara di mana saluran susu itu tersekat.
Getaran selama 10 minit boleh membantu dan menghalang mastitis dari berlaku.
Kalau sudi cuba and kongsi pengalaman, ceritakan jika hack penyusuan ini berkesan ataupun tidak!
Sumber: Kidspot.au, Nine
Kredit gambar: The Bump
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Inilah mastitis; perjuangan penyusuan ibu yang ramai tak sedar