Awalnya Keluar Tahi, Kemudian Berdarah- Ibu Cemas Mata Bayi 14 Hari Dijangkiti Kuman

Mata bayi baru lahir mengalami jangkitan kuman apabila ia mengeluarkan tahi mata dan darah secara tiba-tiba. Ikuti kisah yang dikongsi oleh ibu muda ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelahiran cahaya mata selepas usia kandungan mencecah 40 minggu amat dinanti-nantikan oleh pasangan ibu bapa. Walau bagaimanapun, bayi yang baru lahir tidak terkecuali menghadapi beberapa masalah kesihatan seperti demam kuning, selesema dan jangkitan kuman pada mata bayi.

Bagi ibu, keadaan ini amat membimbangkan kerana tidak sanggup melihat anak yang masih kecil perlu ulang-alik ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Jangkitan kuman pada mata bayi

 

Seorang ibu muda, Nurasyera Zakaria berkongsikan detik hitam apabila mata bayinya, Qaseh Marissa Sofia ‘bertahi’ dan mengeluarkan titisan darah.

Difahamkan bayi berkenaan baru berusia 14 hari mengalami mata bengkak dan berdarah. Ini sekaligus membuatkannya berasa sangat sedih.

”Mula-mula saya dan suami perasan mata kanannya macam ada sedikit tahi mata. Namun langsung tak sangka ia boleh menjadi teruk. Ketika usianya memasuki 14 hari, tahi mata semakin banyak sehingga tidak boleh dibuka.”

”Dengan segera kami telah pergi ke klinik dan diberikan ubat titis kerana tiada ubat yang ideal untuk bayi. Namun begitu, keadaan matanya semakin teruk. Apatah lagi ketika cuba lap tiba-tiba darah yang keluar,” katanya.

Nurasyera juga sempat berkongsi kisah berkenaan menerusi laman sosial Tiktok. Agak merisaukan darah pada mata bayi comel tersebut dapat dilihat jelas ketika dia menggunakan putik kapas.

Menurut laporan Sinar Harian, dia mengakui keadaan mata bayinya disahkan sebagai jangkitan kuman. Doktor yang merawat bayi terus merujuk kes ini ke hospital bagi mendapatkan rawatan pakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengimbas kembali detik itu dia menceritakan pada jam 2.30 pagi sebaik sahaja menyusukan Marissa, ada darah pekat keluar daripada mata bayi.

”Tepat pukul 2.30 pagi, Marissa menangis nak susu. Ibu bangun untuk susukan, lepas habis menyusu ibu tengok mata anak ibu turun darah banyak sangat dan pekat.”

”Ibu menangis dan kejutkan Tok Mama yang sedang tidur. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan itu. Terus kami ke hospital.” kongsinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila sampai di hospital, pegawai perubatan bertindak mencuci bahagian mata. Nurasyera yang masih dalam tempoh berpantang tidak dapat menahan tangisan ketika bayinya meraung kesakitan.

Tambahnya selepas mata kanan Marissa dijangkiti kuman, mata sebelah kiri pula mengalami keadaan yang sama. Bengkak dan berdarah.

Fasa seterusnya, mata bayi comel tersebut mendapat rawatan pakar berulang kali bagi proses cuci luka. Jika dihitung, hampir sebulan juga baru pulih.

Dia sempat berpesan kepada ibu-ibu yang lain untuk segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Hanya pakar tertentu sahaja boleh mengendalikan kes melibatkan bayi baru lahir. Jangan ambil risiko mencuba petua yang boleh memudaratkan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangkitan kuman pada mata bayi baru lahir

Konjunktivitis adalah kemerahan yang berlaku pada selaput nipis pada bahagian mata putih dan bahagian dalam kelipak mata. Ia boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan, saluran air mata tersumbat atau kerengsaan akibat alahan dan terkena bahan kimia.

Bagi bayi pula, jangkitan kuman biasanya terjadi disebabkan oleh bakteria Neisseria gonnorhea atau Chlamydia trachomatis. Kedua-dua jangkitan ini didapati semasa proses kelahiran daripada faraj ibu yang mendapat jangkitan awal sebelum bersalin.

credit to sources

Antara tanda-tanda konjunktivitis pada bayi ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Keluar cecair kekuningan dari mata
  • Keluar tahi mata (discaj) di bahagian atas pipi
  • Bahagian mata putih bertukar kemerahan atau merah jambu
  • Kelopak mata mula menbengkak
  • Kelopak mata melekat dengan nanah terutamanya selepas tidur

Konjunktivitis boleh bertambah teruk sekiranya berlaku jangkitan gonorrhea dan berkemungkinan memberi kesan terhadap penglihatan bayi anda.

Justeru, adalah penting untuk ibu ayah segera mendapatkan rawatan perubatan di klinik yang berdekatan jika si manja mengalami salah satu simptom-simptom di atas.

Tips untuk ibu ayah ketika berdepan masalah ini

#1. Bawa bayi berjumpa doktor secepat mungkin sekiranya tahi mata keluar dengan banyak dan tidak berkurang

#2. Jangan gunakan titisan mata kecuali atas arahan doktor

#3. Gunakan kain bersih atau tuala yang berasingan untuk bayi kerana ia boleh berjangkit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Bayi yang masih ada tahi mata dalam beberapa hari selepas kelahiran hendaklah dibawa ke hospital dengan kadar segera

Sumber: Sinar Harian, Truskemata

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ngeri, Ibu Nyaris Buta Gara-Gara Anak Berebut ‘Chopstick’ & Tercucuk Mata Ketika Solat