Pastinya ramai orang yang suka menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga sampai tidak peka ia boleh mendatangkan bahaya hingga mengakibatkan sakit dalam telinga.
Terdapat satu kes baru-baru ini apabila seorang wanita yang sering menggunakan putik kapas mengalami jangkitan dari telinga hingga tenggorak dan akhirnya pekak lantas perlu melakukan pembedahan segera.
Sakit dalam telinga gara-gara menggunakan putik kapas setiap hari
Putik kapas walaupun nampak biasa-biasa, namun jika digunakan setiap hari, ia boleh mendatangkan bahaya dan risiko yang tidak pernah terjangkau dek fikiran anda.
Wanita tersebut yang bernama Jasmine, 38 merupakan seorang wanita warganegara Australia yang mengalami sakit dalam telinga kerana menggunakan putik kapas setiap hari hinggalah dia menyedari mengalami masalah pendengaran di telinga kiri.
Semasa berjumpa doktor, dia hanya diberitahu mengalami jangkitan telinga lalu diberikan antibiotik bagi mengurangkan gejala tersebut.
Namun selepas beberapa hari. gejala yang muncul masih tidak bertambah baik dan ada ketulan coklat gelap serta darah yang menempel pada bunga kapas semasa dia menggunakannya. Kemudian dia memutuskan untuk berjumpa doktor lagi.
Sakit dalam telinga sehingga jalani rawatan kedua
Bagi rawatan kedua, Jasmine diminta melakukan imbasan CT dan terbukti dia mengalami infeksi yang teruk dari dalam telinga hingga tengkorak dan belakang telinga.
Lantas doktor menasihatkannya agar menjalani pembedahan segera supaya jangkitan tidak merebak ke bahagian lain dan mungkin menyebabkan kematian.
Akhirnya pembedahan dilakukan dan doktor mengeluarkan bahagian yang dijangkiti dengan selamat. Walau bagaimanapun, telinga kirinya kini kekal pekak.
Doktor mendapati, terdapat lebihan benang putik kapas yang tercicir dalam telinga Jasmine hingga menyebabkan jangkitan tersebut.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah kes pertama yang berlaku disebabkan putik kapas kerana sebelum ini ada juga insiden yang sama terjadi.
Penelitian dari perubatan mengenai tabiat suka korek telinga
Institut Kebangsaan Kesihatan dan Penjagaan (NICE) mengatakan pada hakikatnya kita tidak perlu meletakkan putik kapas dalam telinga kerana ada 12 % orang menggunakan kapas dengan betul dan 62% guna cara yang salah.
Pihak mereka mencadangkan agar menggunakan lilin bagi melincinkan putik kapas namun ia mungkin sedikit sukar bahkan boleh menyebabkan masalah lain pula yang timbul.
Pun begitu, orang ramai dinasihatkan agar tidak terlalu kerap menggunaan putik kapas untuk cuci telinga dan gunakan secara lembut serta di bahagian atas saja. Selain diingatkan tidak korek terlalu dalam.
Cara membersihkan telinga dengan betul
Kehadiran tahi telinga atau gatal dalam telinga sering menyebabkan anda berasa kurang selesa sehingga ada yang ingin membersihkannya setiap masa.
Menurut pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Avisena Specialist Hospital, Dr Iqbal Farim Rizal Wong berkata, tahu telinga adalah cairan likat yang penting bagi memastikan kotoran atau habuk tidak mudah masuk ke dalam saluran telinga.
Selain itu, ia memiliki fungsi antibiotik bagi melindungi telinga dari sebarang jangkitan kuman.
Tambahnya, cara terbaik bagi mengeluarkan tahi telinga yang menyebabkan ketidakselesaan adalah dengan berjumpa doktor atau pakar kerana mempunyai peralatan khas bagi membersihkan telinga.
Selain ubat titik khas berfungsi mencairkan tahi telinga, doktor pakar akan menggunakan air yang ‘ditembak’ mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahi telinga keras dapat dikeluarkan.
Manakala jika didapati masalah pendengaran disebabkan oleh tahi telinga keras dan menghalang laluan bunyi, doktor akan memberikan ubat titis bagi mencairkannya terlebih dahulu.
”Langkah awal ini mampu mengeluarkan tahi telinga secara normal tanpa menggunakan sebarang peralatan kerana kulit di bahagian dalam telinga sangat sensitif.” jelasnya.
Sekiranya orang ramai mengalami masalah kegatalan, ia selalunya bukan disebabkan oleh pengumpulan tahi telinga. Tetapi berkemungkinan berpunca daripada jangkitan kulat atau alahan.
”Cara yang terbaik dan selamat adalah berjumpa dengan pakar telinga bagi memastikan anda tahu dengan jelas punca sakit atau kurang selesa di bahagian dalam telinga. Perkara paling penting jangan telinga menggunakan putik kapas kerana ia amat berbahaya.” katanya.
Sumber: Herstyle Asia, Harian Metro
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ingat Sengaja Buat Mulut Senget, Rupanya Anak Hidap Bell Palsy Akibat Korek Telinga!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!