Gangguan Mata Kering Ketika Hamil Disebabkan Ada Kencing Manis? Ini Penjelasannya

undefined

Anda hamil namun sering alami mata kering dan penglihatan kabur? Ia mungkin tanda praeklampsia atau GDM. Segeralah lakukan pemeriksaan.

Selain mual dan pening kepada ketika hamil, satu perkara yang sering dialami ibu mengandung adalah masalah berkaitan penglihatan termasuklah mata kering. 

Perubahan hormon yang berlaku menyebabkan perubahan kepada pengaliran darah dalam badan sekaligus ia dikatakan adalah punca kepada sakit mata ketika hamil.

Kebanyakan gangguan ini seperti mata kering hanya bersifat ringan dan sementara, namun adalah sangat penting untuk ibu mengetahui gejala awalnya supaya ia dapat ditangani dengan cepat dan tepat.

Mata Kering Waktu Hamil, Ini Antara Penyebabnya

mata kering, ubat sakit mata, ubat mata

Keadaan mata kering akan mengakibatkan ketidakselesaan kepada ibu hamil. Mata kering ini akan menyebabkan masalah penglihatan seperti penglihatan tiba-tiba kabur atau berbalam serta kegatalan pada mata. 

Selain penglihatan menjadi kabur dan mata kering, mata berair juga merupakan gangguan mata yang cenderung dialami selama kehamilan.

Berikut adalah masalah berkaitan mata yang sering dialami ibu hamil dan wajib dipantau bagi mengelak ia menjadi lebih teruk dan memudaratkan ibu hamil serta kandungannya. 

#1. Mata kering

Mata kering atau dry eye merupakan suatu keadaan yang mana mata hanya menghasilkan sedikit air sepanjang kehamilan dan biasanya perubahan kadar hormon menjadi penyebab utama kepada permasalah ini.

Namun, jangan risau kerana keadaan ini bersifat sementara dan akan hilang dengan sendirinya setelah melahirkan.

Ibu hamil yang menderita mata kering akan merasakan beberapa gejala subjektif seperti mata terasa kering, kegatalan, warna mata bertukar kemerahan dan adanya rasa terbakar. Penurunan sensitiviti kornea juga akan membuatkan mata terasa pedih apabila terkena cahaya. 

Berkaitan perkara ini doktor biasanya akan memberikan ubat titis atau ubat sakit mata tanpa bahan pengawet yang selamat untuk ibu hamil. Selain itu, ibu hamil juga dinasihatkan untuk meminimakan penggunaan gajet untuk sementara waktu.

#2. Penglihatan lemah

Gangguan penglihatan juga sering dialami ibu hamil iaitu keupayaan fokus kepada visual yang semakin melemah. Keadaan ini biasanya akan dirasai pada trimester kedua kehamilan.

Kemampuan ibu untuk melihat semakin lemah dan mudah penat jika terlalu lama melihat sesuatu. Kerentanan cairan yang meningkat di seluruh badan selain pertambahan kadar hormon yang mendadak menjadi puncanya. 

Untuk mengatasinya, ibu hamil boleh menggunakan cermin mata khas untuk merehatkan mata terutama bagi mereka yang bekerja menggunakan mata terlalu lama di komputer dan sebagainya. 

Jika ia merisaukan, ibu hamil dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor supaya boleh menggunakan alternatif lain yang lebih sesuai. Seperti keadaan mata kering, masalah penglihatan semakin lemah ini akan pulih dengan sendirinya setelah bersalin. 

#3. Mata Merah (Konjunkvitis)

Mata merah atau konjunkvitis adalah radang melibatkan conjunctiva iaitu membran di bahagian mata yang melindungi bola mata. Ada beberapa faktor yang menyumbang terjadinya keadaan ini sepanjang kehamilan ia termasuklah infeksi virus atau bakteria, alergi dan bendasing masuk ke dalam mata.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh penyumbatan saluran air mata, mata tergores dan mata kering kronik. 

Apabila terkena radang mata ini ia akan dilihat kemerahan dan pembuluh darah akan kelihatan menonjol berbanding biasa. Penderita mata merah juga akan merasakan sakit mata, iritasi, rasa terbakar dan gatal. Mata juga akan menjadi berair dan bengkak jika sudah terkena jangkitan. 

Berbeza dengan mata kering dan penglihatan lemah, konjunkvitis sangat mudah berlaku dan ia memerlukan perhatian khusus. Doktor mata akan meresapkan ubat mata iaitu antibiotik untuk meredakan iritasi dan mencegah jangkitan. 

Cara Mencegah Sakit Mata Ketika Hamil

mata kering, ubat sakit mata, ubat mata

Sudah pasti apabila sudah terkena sakit berkaitan mata, ibu hamil perlulah merawatnya. Namun, mencegahnya adalah lebih baik. 

Selain menggunakan ubat titis mata, ada beberapa cara lain untuk ibu hamil mencegah daripada terkena sakit mata ketika berbadan dua. Antaranya termasuklah:

#1. Sentiasa peka dengan kebersihan mata

Mengamalkan kebersihan menjadi perkara utama yang terbukti mencegah jangkitan mata ketika hamil. Selalu ingatkan diri sendiri supaya cuci tangan secara berkala sebelum menyentuh wajah.

Hindari terlalu selalu menyentuh atau menggosok mata bagi mengelakkkan iritasi dan jangkitan. 

#2. Basuh dengan air sejuk

Cuci mata dengan air sejuk adalah perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko sakit mata ketika hamil. Lakukan perkara ini beberapa kali dalam sehari untuk melindungi mata daripada bendasing yang mungkin masuk ke dalam mata.

Selain itu, boleh cuba tuam dingin jika mata ibu hamil mengalami mara mereka agar pembuluh mata merah yang menonjol mereda. 

#3. Tuam dengan air suam

Selain tuam dengan air sejuk, anda juga boleh cuci mata dengan air dingin. Cuba tuam suam secara berkala adalah rawatan kecemasan untuk meredakan sakit dan radang mata.

Selalu menggunakan kaca mata apabila keluar juga boleh membantu menghindar mata daripada bahaya radikal bebas dan pencemaran. 

#4. Elak gunakan solekan mata

Memang lumrah jika ibu hamil mahu tampil cantik dan menawan, Namun, cuba elakkan eyeshadow atau celak mata ketika anda hamil.

Ini bagi mengurangkan kebarangkalian untuk anda mendapat infeksi mata kerana penggunaan celak mata dan perias kelopak mata ini boleh menyebabkan jangkitan dan keradangan yang mungkin berpunca daripada kandungan bahan di dalamnya tidak sesuai untuk anda. 

Praeklampsia, Diabetes Juga Punca Gangguan Mata Ketika Hamil 

mata kering

Jangan ambil mudah gangguan penglihatan ketika hamil kerana ia juga tanda seseorang wanita itu menghidap praeklampsia atau diabetes ketika mengandung (GDM). 

Disebabkan itu ibu hamil tidak boleh pandang ringan mengenai hal ini kerana ia boleh jadi petanda ada sesuatu yang serius berlaku kepada diri anda. 

Perubahan yang berlaku kepada penglihatan boleh manjadi masalah yang berpotensi serius berlaku kepada sebilangan kecil wanita hamil. Ia termasuklah:

#1. Praeklampsia

Praeklampsia adalah sejenis keadaan yang hanya akan berlaku pada wanita hamil selepas 20 minggu kehamilan. Ia selalu dikaitkan dengan tekanan darah tinggi serta kehadiran protein dalam air kencing.

Anda mungkin sedang mengalami praeklampsia sekiranya perkara ini berlaku kepada mata anda:

  • Kehilangan penglihatan sementara
  • Kepekaan cahaya
  • Penglihatan kabur
  • Melihat aura, lampu berkelip atau bintik

Siapa yang berisiko untuk mendapat praeklampsia?

  • Ibu yang hamil buat pertama kali
  • Ibu yang mempunyai sejarah hipertensi kehamilan atau praeklampsia
  • Wanita yang mempunyai adik-beradik dan ibu dengan sejarah praeklampsia
  • Kehamilan kembar
  • Wanita berumur di bawah 20 tahun dan 40 tahun ke atas
  • Wanita dengan penyakit tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang sebelum mengandung
  • Wanita gemuk dengan BMI 30 dan ke atas

Jika anda mengalami sebarang simptom ini, hubungi doktor anda dan dapatkanlah rawatan segera. Praeklampsia boleh berkembang dengan cepat dan menyebabkan pendarahan dan masalah serius lain.

Praeklampsia boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke plasenta sehingga perkembangan bayi terbantut disebabkan kekurangan oksigen dan nutrien.

Tetapi kebanyakan wanita masih boleh melahiran bayi yang sihat dengan berat badan lahir yang rendah, jika praeklampsia telah dikesan lebih awal. Namun, jika air ketuban semakin kurang dan bayi didapati tidak berkembang, bayi itu boleh meninggal dunia dengan tiba-tiba di dalam kandungan.

#2. Kencing manis

Paras gula darah tinggi yang dikaitkan dengan diabetes boleh merosakkan saluran darah kecil yang membekalkan retina anda. Peluang meningkat apabila kehamilan anda semakin membesar.

Ia dipanggil GDM yang mana memberi kesan kepada ibu dengan menyebabkan penglihatan kabur.

Jika anda memang penghidap diabetes, pantau dengan teliti semasa anda hamil. Jika anda menghidap diabetes semasa hamil, pastikan paras gula darah anda tidak terlalu tinggi. 

Tahap glukos yang tinggi semasa hamil juga akan menyebabkan pelbagai masalah di dalam janin misalnya, masalah jantung pada bayi dalam kandungan. Justeru ia perlu dikawal oleh insulin iaitumerupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi.

  1. webmd (April 30, 2022). Pregnancy and Vision. www.webmd.com/eye-health/pregnancy-and-vision
  2. eye7.in (n.d). Blurred Vision During Pregnancy: Know Everything About It. www.eye7.in/blurry-vision-during-pregnancy/#:~:text=Use%20lubricating%20eye%20drops%20to,eyes%20along%20with%20vision%20changes.

Artikel ini mendapat kebenaran untuk diterjemahkan daripada theAsianparent Indonesia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mata Berkedip Sebelah, Ada Petanda Tertentu Atau Masalah Sakit Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga: Air Halia Untuk Ibu Mengandung, Kaya Dengan Manfaat Termasuk Kurangkan Gula Untuk Ibu GDM

Baca juga: Mata Malas Menjejaskan Daya Penglihatan Si Manja, Ibu Bawalah Anak Berjumpa Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!