TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ngeri! Mata kanak-kanak ini tercucuk pensil sampai ke otak!

3 min bacaan
Ngeri! Mata kanak-kanak ini tercucuk pensil sampai ke otak!

Mata gadis berusia 2 tahun ini tercucuk pensil sampai ke otak selepas terjatuh sambil memegang pensil...

“Jangan berlari sambil memegang pensil. Nanti jatuh, mata tercucuk pensil.”

Ini adalah salah satu nasihat yang kita selalu dengar semasa masih kecil. Tapi nasihat ini sering tidak diendahkan kerana kanak-kanak masih tidak faham tentang konsep bahaya.

Lebih-lebih lagi jika bahaya itu melibatkan benda harian yang mereka selalu pegang seperti sebatang pensil.

Mata tercucuk pensil sampai tersekat di otak

Menurut post yang dikongsi oleh Medicare Video, Wren Bowell, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun sedang melukis dengan gembira di biliknya. Ketika berlari keluar untuk menunjukkan lukisannya kepada ibu bapa, kaki Wren tersandung pagar keselamatan dan dia telah terjatuh sambil memegang pensil.

Gambar x-ray di atas menunjukkan mata tercucuk pensil dengan pensil yang telah tertembus masuk 1  1/2 inci ke bahagian depan otaknya.

mata tercucuk pensil, mata tercucuk benda tajam, tercucuk mata, pensil tercucuk mata

Nasib baik kanak-kanak dengan mata tercucuk pensil ini berjaya diselamatkan!

Wren terpaksa menjalani pembedahan yang mengambil masa 4 jam. Selepas menjalani pembedahan, doktor melaporkan pembedahan berjaya dan Wren dalam keadaan yang stabil.

Nasib baik, pensil yang tembus masuk itu berjaya mengelak bebola mata serta saluran-saluran darah utama! Doktor yang melakukan pembedahan menarik nafas lega apabila mendapati pensil itu hanya menembusi ruang antara bebola mata dan soket mata kanak-kanak itu saja.

Sekiranya mata tercucuk pensil, mata kanak-kanak itu boleh mengalami pendarahan teruk atau dijangkiti. Dalam kes teruk, Wren boleh kehilangan matanya!

Mujurlah, ibu Wren seorang jururawat. Dia telah mengendali situasi itu dengan tenang dan tidak cuba untuk mengeluarkan pensil itu sebelum bantuan tiba.

Perbuatan cuba untuk mengeluarkan pensil yang menembusi mata anaknya itu boleh menyebabkan pendarahan teruk ataupun mencederakan mata.

Apakah pengajaran yang boleh diperolehi dari kemalangan ini?

mata tercucuk pensil, mata tercucuk benda tajam, tercucuk mata, pensil tercucuk mata

  • Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi kanak-kanak kecil apabila mereka sedang bermain dengan pen atau pensil. Jangan ingat alat tulis kanak-kanak tidak akan menyebabkan kecederaan. 
  • Apabila perlu guna gunting untuk projek kraf, ajar anak supaya tidak mengacu bahagian tajam gunting kepada rakan. Ajar cara yang sama apabila mengendalikan pencil atau alat-alat tulis yang tajam.
  • Pantau kanak-kanak semasa mereka bermain, terutamanya jika usia mereka berbeza-beza. Sesetengah kanak-kanak suka main kasar dengan kanak-kanak yang lain.
  • Semak semua alat tulis and peralatan anak dan pastikan ia tidak berkarat dan selamat digunakan.
  • Jauhkan alat tulis bersaiz kecil supaya anak tidak mudah tercekik.
  • Jangan cuba untuk mengeluarkan benda tajam yang terbenam atau tembus ke dalam badan atau kepala sebelum bantuan tiba. Ini boleh mengurangkan pendarahan dan kecederaan yang lebih.

Tetapi kesimpulannya senang sahaja: jangan lupa nasihat orang tua: Jangan berlari sambil memegang benda yang tajam. Nanti terjatuh, tercucuk benda tajam.

Sekiranya ibu bapa mengikut langkah-langkah keselamatan di atas, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan kemalangan mata tercucuk pensil atau mengelak bahagian badan lain dari tercucuk benda-benda yang tajam.

Anak memang akan excited untuk mendapat pujian dari ibu bapa. Jadi, sebagai langkah keselamatan tambahan, ingatkan mereka supaya letakkan alat tulis di atas meja terlebih dahulu, sebelum datang untuk menunjukkan lukisan.

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapura, National Center for Biotechnology Information (NCBI), Medicare Video

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Anak pakai barang kemas – selamat ke? Ini 4 risiko anda tak sedar

Stories Rakan Kongsi
10 Things Mummies Do To Have Calm And Happy Babies
10 Things Mummies Do To Have Calm And Happy Babies
Ini Sebabnya Ada Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak-Anak dan Mereka Harus Ubah Fikiran
Ini Sebabnya Ada Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak-Anak dan Mereka Harus Ubah Fikiran
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Through The Lens of Star Students
Through The Lens of Star Students

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Pertolongan cemas
  • /
  • Ngeri! Mata kanak-kanak ini tercucuk pensil sampai ke otak!
Kongsikan:
  • Macam Mana Nak Tahu Nafas Bayi Laju? Kenali 5 Tanda Amarannya! Take Note Parents

    Macam Mana Nak Tahu Nafas Bayi Laju? Kenali 5 Tanda Amarannya! Take Note Parents

  • Stres,Tidak Tidur Malam Bukan Punca Pendarahan Otak, Jangan Cetus Panik : Doktor

    Stres,Tidak Tidur Malam Bukan Punca Pendarahan Otak, Jangan Cetus Panik : Doktor

  • Bayi Malang Ini Diserang Sawan 30 kali sehari! Ibu, Alert Tanda Sawan Pada Bayi Anda

    Bayi Malang Ini Diserang Sawan 30 kali sehari! Ibu, Alert Tanda Sawan Pada Bayi Anda

  • Macam Mana Nak Tahu Nafas Bayi Laju? Kenali 5 Tanda Amarannya! Take Note Parents

    Macam Mana Nak Tahu Nafas Bayi Laju? Kenali 5 Tanda Amarannya! Take Note Parents

  • Stres,Tidak Tidur Malam Bukan Punca Pendarahan Otak, Jangan Cetus Panik : Doktor

    Stres,Tidak Tidur Malam Bukan Punca Pendarahan Otak, Jangan Cetus Panik : Doktor

  • Bayi Malang Ini Diserang Sawan 30 kali sehari! Ibu, Alert Tanda Sawan Pada Bayi Anda

    Bayi Malang Ini Diserang Sawan 30 kali sehari! Ibu, Alert Tanda Sawan Pada Bayi Anda

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham