Ibu bapa mana yang tak sedih bila menemui anak yang dijaga dengan sepenuh kasih sayang ditemui mati lemas gara-gara kesilapan daripada diri mereka sendiri akibat cuai semasa menjaga anak.
Namun inilah hakikat yang harus ditelan sepanjang kehidupannya apabila mengenangkan si kecil yang ditatang bagai minyak yang penuh kini telah menemui penciptanya.
Kejadian budak 2 tahun mati lemas
Baru-baru ini, sosial media digemparkan lagi dengan berita seorang kanak-kanak lelaki yang tidak diketahui identiti dirinya telah ditemui mati lemas oleh orang awam yang berada di Sungai Chemor pada hari kejadian.
Semasa mangsa ditemui, dia berada dalam keadaan yang sangat tenat dan kritikal. Lantas dengan itu, kanak-kanak malang ini telah dibawa ke Hospital Permaisuri Bainun bagi mendapatkan rawatan namun dia tidak dapat diselamatkan lagi dan disahkan meningggal dunia.
Menurut pengguna laman sosial yang menggunakan nama Syafieyka Ka, katanya rakannya yang bekerja di wad kecemasan memberitahu mangsa merupakan anak Pati Myanmar yang berumur dua tahun. Di mana ibu bapanya tidak sedari yang anak mereka keluar dan berjalan ke arah sungai.
Beberapa sumber yang lain juga mengatakan, ibu bapa mangsa yang juga warga Myanmar bekerja di Chemor.
Lebih mendukacitakan, mangsa yang masih kecil itu keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya sebelum terjatuh dalam sungai.
Bagi ibu bapa yang lain, anda dinasihatkan sentiasa memastikan anak-anak tidak keluar dari rumah tanpa pengawasan daripada anda. Paling penting, pastikan segala pintu keluar ditutup bagi mengelakkan kejadian yang sama tidak berulang pada keluarga yang lain.
Kurang ilmu keibubapaan punca abaikan keselamatan anak
Kisah kecuaian ibu bapa terhadap anak kecil yang dilaporkan oleh media makin menjadi-jadi. Seperti baru-baru ini, budak berumur empat atau lima tahun ditemui seorang penunggang motosikal sedang berjalan seorang diri di kawasan perumahan yang hampir dilanggar kenderaan. Ayahnya dikatakan sedang tidur sementara ibunya berada di tempat kerja.
Ini memang sesuatu yang amat menyedihkan kerana mereka tidak pernah belajar daripada kesilapan orang-orang lain yang boleh menyebabkan kematian dan kecacatan kepada anak seumur hidup.
Bukan setakat itu sahaja, ada ibu bapa yang terlalu leka bermain telefon bimbit tanpa sedar anak tercekik makanan.
Malah ada ibu bapa yang letakkan anak membonceng di belakang tanpa sedar anak tertidur yang tentunya boleh membahayakan nyawa anak.
Termasuklah di rumah, kecuaian ibu bapa tidak mengunci pintu rumah boleh menyebabkan anak berlari keluar dan mungkin dilanggar kenderaan yang lalu lalang.
Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyumbang ke arah pengabaian ini jika ibu bapa tidak mengambil ia sebagai iktibar dan pengajaran.
Faktor pengabaian kepada kanak-kanak
- Mereka beranggapan anak perlu belajar berdikari meskipun baru berumur empat atau lima tahun.
- Ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan kerja hingga jarang ada masa dengan anak.
- Tiada masa melayan anak kerana sudah penat selepas pulang dari tempat kerja lantas membiarkan anak bermain sendiri.
- Faktor kemiskinan juga menjadi alasan dengan membawa anak berniaga di tepi jalan dan biarkan mereka bermain di tengah jalan yang tentunya membahayakan nyawa.
- Masalah ekonomi juga menyebabkan mereka terpaksa tinggalkan anak kecil bersama kakak atau abang yang masih belum cukup besar.
- Ibu bapa ada masalah mental hingga membiarkan anak hidup sendiri.
Dalam masa yang sama, ibu bapa tidak memahami apa itu ilmu keibubapaan semasa menjaga anak kecil mereka. Misalnya mereka tidak praktiskan tanggungjawab menjaga dan tidak betul-betul melindungi si kecil itu.
Walaubagaimanapun, memang tidak mudah untuk menjaga anak kecil kerana mereka makin lasak dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Namun jangan kerana kecuaian anda ia membuatkan anak sengsara seumur hidup. Malah anda juga akan menyesal nanti.
Justeru, di harap kita semua menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak kita.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: thereporter, Berita Harian
Baca juga
https://my.theasianparent.combudak-mati-dalam-mesin-pengering-baju