Sadis, Mayat Bayi Disembunyi Bapa Sendiri Dalam Peti Sejuk - Hanya Ditemui Setahun Kemudian!

Negara jiran Thailand di bandar Chiang Mai digemparkan dengan berita seorang mayat bayi disembunyi di dalam peti sejuk beku lebih setahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, negara jiran Thailand di bandar Chiang Mai digemparkan dengan berita seorang mayat bayi disembunyi dalam peti sejuk beku. 

Menurut Bangkok Post, mayat bayi tersebut bersama dengan peti sejuk beku tersebut dipercayai disembunyikan oleh bapanya, dan telah berada dalam persembunyian selama lebih setahun.

Dibalut dalam tuala kuning sebelum disorok di dalam peti sejuk beku tersebut, bayi itu telah dijumpai oleh pekerja yang diupah mengubah suai sebuah rumah perkampungan Wa Ket di daerah Muang di sini, kata Komander Polis Chiang Mai, Thawatchai Pongwiwatchai.

Mayat bayi disembunyi oleh bapa sendiri, meninggal selepas lahir

Kredit: Sinar Harian

Bayi yang meninggal selepas dilahirkan itu tidak dapat dikebumikan oleh sebab ibunya ditangkap atas dakwaan mencuri. Bayi itu juga ialah milik pasangan kekasih yang dahulunya tinggal di rumah tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum ibu kepada bayi tersebut, iaitu Uew yang berusia 24 tahun dihantar ke penjara, pemilik asal rumah tersebut telah berpindah semula ke rumahnya itu.

Apabila pengubahsuaian dilakukan, pekerja yang mengendalikan kerja-kerja pengubahsuaian itu telah membuka peti sejuk beku tersebut dan menjumpai mayat bayi yang dibungkus dan disembunyikan bersama mainannya.

Selepas penemuan itu, pegawai polis dan pasukan penyelamat bergegas ke rumah tersebut.

Bertindak di luar kawalan, apakah faktornya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Unsplash

Walaupun bapa kepada bayi tersebut mungkin tidak berniat jahat dalam menyembunyikan anaknya, tetapi tindakannya itu boleh melahirkan rasa syak wasangka. Namun, kita juga boleh cuba memahami situasi si bapa yang mungkin berasa seolah-olah dia tidak mempunyai tempat bergantung lalu dia mengambil tindakan yang boleh dianggap sebagai luar kawalan.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang bertindak sedemikian: tekanan, kemurungan serta ketakutan yang melampau. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam kes bapa kepada bayi tersebut, dia mungkin berasa takut setelah si anak meninggal dan kekasihnya juga ditangkap dan dipenjarakan setelah didakwa mencuri. Yalah, menguruskan kematian bukanlah sesuatu yang mudah. Malah, ia boleh mengundang trauma bagi sesetengah pihak.

Di Malaysia juga terdapat banyak kes-kes di mana ibu mengelar anak kerana terlalu tertekan, atau memukul si manja atas sebab stres yang melampau. Memang sukar untuk mengawal emosi. Tetapi, ia bukanlah alasan untuk bertindak di luar kawalan.

Belajar mengawal perasaan untuk bertindak sepatutnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Unsplash

Setiap agama pasti mengajar kita untuk bersabar. Bagi agama Islam, sudah tentulah cara terbaik untuk bertenang dan mengumpul kesabaran adalah dengan beristighfar dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.

Tetapi, secara amnya, terdapat banyak cara untuk seseorang boleh belajar mengawal perasaan demi menstabilkan emosi dan mental supaya tidak akan bertindak di luar kawalan.

  • Mengawal minda. Sebelum kita boleh mengawal emosi, kita pasti boleh mengawal minda kita. Dari manakah datangnya emosi jika tidak dari minda kita sendiri? Sesetengah orang mungkin akan mengambil masa untuk duduk sebentar demi mengawal minda, manakala ada juga yang lebih gemar mempraktikkan latihan pernafasan untuk bertenang. Yang pasti anda masih mempunyai keupayaan untuk mengawal minda anda supaya tidak bertindak melulu.
  • Berfikir sejenak tentang tindakan anda. Sebelum membuat sesuatu, janganlah terus melakukannya. Sebaliknya, duduk dahulu dan fikir sebentar, “Betulkah tindakan aku ini?” Jika anda mempunyai perasaan was-was, maka boleh jadi tindakan yang anda hendak ambil adalah tindakan yang salah. Lebih bagus jika anda mengambil masa untuk bertanyakan pendapat pada rakan-rakan atau keluarga sekiranya anda mempunyai dilema.
  • Mengalih perhatian diri. Jika anda mempunyai fikiran seakan-akan hendak melakukan perkara yang tidak sepatutnya, alihkan perhatian anda dari fikiran tersebut dengan membuat perkara yang anda suka atau dengan apa cara sahaja. Asalkan anda tidak lagi memikirkan perkara yang tidak sepatutnya anda fikirkan.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Antara Mitos & Fakta Mengenai Kelahiran Mati & Keguguran Kandungan, Ini Penjelasan Pakar

Baca juga:  Kelahiran Mati Bukan Salah Ibu Bapa, Fahamilah Kesedihan Mereka

Baca juga: Peritnya, Ibu Ini Di ‘induced’ Sebanyak 22 Kali Untuk Melahirkan Anak Yang Sudah Tiada