X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Peritnya, Ibu Ini Di ‘induced’ Sebanyak 22 Kali Untuk Melahirkan Anak Yang Sudah Tiada

5 min bacaan
Peritnya, Ibu Ini Di ‘induced’ Sebanyak 22 Kali Untuk Melahirkan Anak Yang Sudah Tiada

Satu dugaan yang kalau boleh tak mahu berlaku kepada siapa-siapa pun. Bertambah perit lagi apabila perlu melahirkan bayi yang sudah tidak bernyawa malahan perlu induce bersalin sebanyak 22 kali.

Kehilangan bayi yang dikandung secara tiba-tiba sememangnya satu dugaan yang kalau boleh tak mahu berlaku kepada siapa-siapa pun. Bertambah perit lagi apabila perlu melahirkan bayi yang sudah tidak bernyawa malahan perlu induce bersalin sebanyak 22 kali pula. 

Ya Allah, kuat betul wanita yang dikenali sebagai Eija ini. Dia berkongsi kisahnya di Facebook baru-baru ini dan mendapat perhatian ramai ibu-ibu yang turut bersedih dengan pengalamannya.

Malah Eija juga sempat meluahkan yang dia masih tidak mampu untuk melawat kubur arwah anaknya itu walaupun selepas setahun kejadian berlaku. Sesungguhnya dia terlalu sedih untuk mengingat apatah lagi untuk berdepan dengan pusara anak tersayang. 

Diuji Lahir Mati

Anak adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat yang lahir bukan sekadar penyambung warisan, malah ianya adalah bukti kekuasaan yang Maha Esa. Setiap pasangan yang berumah tangga sentiasa mengimpikan anak sebagai penyeri rumah tangga.

Bukan semua pasangan yang berkahwin, dimurahkan rezeki dengan kehadiran anak bagi melengkapkan ikatan perkahwinan. Ramai juga pasangan yang bertahun-tahun berkahwin tetapi masih menanti tangisan si comel dengan penuh pengharapan. Buat pasangan yang sedang diuji dengan ujian ini, Eija doakan supaya Allah makbulkan doa kalian untuk menimang cahaya mata.

Tak kurang dengan itu, ada juga pasangan sering hampa apabila diuji dengan banyak kali keguguran. Semua itu ujian. Hanya Allah sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik kejadian.

induce bersalin

Eija pula diuji dengan ‘LAHIR MATI’. Lahir mati’ atau kematian janin dalam kandungan adalah mimpi ngeri yang sukar sangat untuk dihadapi. Bayangkan segala impian dan kegembiraan untuk menimang cahaya mata serta mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata.

“Dik bangun dik, kak nak periksa jantung bayi sekejap” kata seorang Jururawat mengejutkan Eija pada pukul 5.00 pagi.

Eija dalam keadaan mamai bangun melonggarkan sedikit kain untuk membolehkan Jururawat meletakkan gel untuk periksa jantung bayi.

Kelihatan dahinya berkerut-kerut sambil memusing tangan ke kiri dan ke kanan mencari sesuatu yang tidak diketemuinya.

“Sekejap ya dik, akak panggil Jururawat lain sekejap” katanya.

Lalu datang lagi seorang Jururawat lain. Beliau datang memeriksa sama seperti Jururawat tadi. Mencari sesuatu yang ‘sudah tiada’ .

Eija dah mula rasa tak sedap hati. Jantung mula berdegup kencang.

“Fetal doppler tu habis bateri kot kak” kata Eija dekat mereka.

Mereka saling berpandangan. Kemudian bergegas mencari “fetal doppler” yang lain.

Kemudian mereka periksa lagi menggunakan fetal doppler yang diambil di kaunter dan berlalu pergi membuat panggilan.

Mata masih mengantuk tapi melihatkan kelakuan aneh Jururawat tadi, mata terus membulat. Mulut terus terkumat-kamit membaca doa tidak henti-henti. Rasa tidak sanggup nak menghadapi seribu satu kemungkinan.

Jururawat tadi datang semula. “Dik, jom! Doktor nak jumpa”, panggilnya lembut.

Jururawat menyuruh masuk dalam sebuah bilik di dalam wad yang dilengkapi dengan Alat Cardiotocography dan Ultrasound. Cardiotocography atau CTG adalah sebuah alat yang digunakan untuk memantau denyut jantung janin dan kontraksi rahim.

Tapi Doktor tak nak guna CTG kerana Doktor cakap kandungan baru 28 minggu susah nak detect pergerakan katanya. Doktor hanya guna Ultrasound Scan.

“Sekejap ya dik, saya panggil Doktor lain untuk periksa sekali lagi”, lalu Doktor tersebut beredar.

Bayi sudah meninggal 2 jam

induce bersalin

Contributed Photo/Sarah Tunstill

Bagai kilat menyambar apabila Eija mendapat berita kematian anak dalam kandungannya itu, dia rasakan baru sekejap merasa anaknya bergerak, menendang. Tiba-tiba tiada lagi degupan jantung bayi tersayang. 

“Dik, tunggu sekejap ya, saya dah telefon Doktor Pakar, sekejap lagi dia datang untuk membuat pengesahan”.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

“Pengesahan apa ya Doktor?” tanya Eija dengan perasaan yang bercampur-baur. Mereka masih tidak menjawab soalan yang bersarang di kepala ni.

Hampir 30 minit Jururawat dan Doktor bermain teka-teki. Bila ditanya mereka hanya menggosok-gosok bahu Eija.

Tak sampai lima minit, Doktor Pakar sampai.

Sebelum memulakan pemeriksaan,

“Semalam Puan tidur pukul brapa ya?”

“Saya tidur lebih kurang pukul 11.00 malam” kata Eija.

“Puan ada kira dan tanda gerakan bayi?” tanya Doktor lagi sambil mencatat sesuatu.

“Ya, saya tanda, sebelum tidur saya ada rasa gerakan.” kata Eija mula tak puas hati sebab dah dekat 40 minit dok main teka-teki.

Doktor Pakar tersebut mula menggunakan scan ultrasound semula. Empat kali dah mereka imbas guna scan ultrasound tersebut.

“Maafkan saya ya Puan, saya dan Doktor-doktor lain tidak mendengar bunyi jantung anak Puan.”

“Apa maksud doktor ni?” saya tak faham!

“Maaf ya puan, sebenarnya anak puan dah meninggal, mungkin meninggal dalam dua hingga tiga jam yang lalu”.

Eija kaku. Bisu. Hanya air mata mengalir laju seperti empangan yang pecah. Tiba-tiba terasa bahu diusap-usap dan dipeluk erat oleh jururawat.

Jam menunjukkan pukul 5.45 pagi. Gagahkan diri menuju bilik air ambil air sembahyang untuk solat subuh. Bila angkat takbir, air mata turun menderu. Subuh yang dua rakaat terasa bagai sembahyang 20 rakaat. Bacaannya panjang, sujudnya panjang sambil air mata mengalir laju di pipi. Hampir sejam bertafakur, berdoa dan menangis di surau untuk mengumpul kekuatan nak beritahu suami.

Induce bersalin sebanyak 22 kali

induce bersalin

Suami datang. Doktor mengambil keputusan untuk induce pada keesokan harinya. Induce bersalin bukan sekali, bukan dua kali, tapi dua puluh dua kali baru bayi keluar. Dua puluh dua kali ya. Sangat mengerikan! Nanti ada masa, Eija sambung cerita lagi.

Bulan september tahun ni dah genap setahun pemergian Muhammad. Kalaulah masih ada, Muhammad dah boleh berjalan, dah boleh berlari. Kalaulah masih ada, Kakak Zara dah ada peneman bermain. Tunggu ibu di syurga sayang.

Maafkan ibu, hingga saat ini, ibu tak pernah melawat pusara Muhammad. Ibu tak kuat. Muhammad sentiasa ada dalam doa ibu. Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama sayang. Semoga kita bertemu di syurga. Doakan ibu, abah dan kakak Zara ya Muhammad.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Facebook Eija Shaiza

Baca juga: Induce Semasa Dalam Proses Bersalin Selamat Atau Tidak? Benarkah Ia Sakit?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Peritnya, Ibu Ini Di ‘induced’ Sebanyak 22 Kali Untuk Melahirkan Anak Yang Sudah Tiada
Kongsikan:
  • ''Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,'' Kisah Sedih Anak Saksikan Ibu Meninggal Dunia

    ''Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,'' Kisah Sedih Anak Saksikan Ibu Meninggal Dunia

  • Induce Semasa Dalam Proses Bersalin, Selamat Atau Tidak? Benarkah Ia Sangat Sakit?

    Induce Semasa Dalam Proses Bersalin, Selamat Atau Tidak? Benarkah Ia Sangat Sakit?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • ''Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,'' Kisah Sedih Anak Saksikan Ibu Meninggal Dunia

    ''Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,'' Kisah Sedih Anak Saksikan Ibu Meninggal Dunia

  • Induce Semasa Dalam Proses Bersalin, Selamat Atau Tidak? Benarkah Ia Sangat Sakit?

    Induce Semasa Dalam Proses Bersalin, Selamat Atau Tidak? Benarkah Ia Sangat Sakit?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.