'Syurga Buatmu Sayang, Baba Janji Jaga Anak Kita,'- Suami Redha Isteri Meninggal Ketika Bersalin

Melahirkan bayi buat suami tercinta bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Selain terpaksa menahan kesakitan berjam-jam, ibu juga berisiko kehilangan nyawa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap wanita bergelar isteri dan ibu sanggup menahan kesakitan sewaktu melahirkan bayi. Sehingga ada yang ‘pergi’ buat selama-lamanya akibat komplikasi bersalin yang begitu teruk.

Tidak dinafikan jika sudah tiba ajalnya. Siapa sahaja tidak berasa sedih apabila insan tersayang meninggal dunia sewaktu bertarung nyawa melahirkan zuriat buat suaminya.

Kisah isteri meninggal dunia selepas melahirkan bayi

Seperti perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Muhammad Harraz ini dia telah berkongsi kesedihan apabila terpaksa menerima takdir isteri tercinta meninggal dunia sewaktu melahirkan anak sulung mereka.

Difahamkan arwah isterinya telah dijemput Ilahi pada hari yang penuh berkat iaitu hari Jumaat.

Perginya isteriku di bulan yang baik. Syahid dan syurga buatmu sayang, Baba akan selalu mendoakan Mama. Baba akan ingat selalu pesan mama. Baba rindu Mama, Baba tak kuat Maa.. Baba akan jaga anak Baba dengan Mama yang terbaik. Semoga anakku menjadi anak yang soleh seperti Mama yang solehah. Baba tak kuat.

Dia yang memuat naik beberapa keping gambar di wad bersalin bersama kapsyen tersebut telah menyentuh hati ramai warganet. Paling menyedihkan lelaki ini sempat berjanji dengan isterinya untuk membesarkan putera sulung mereka dengan sebaik mungkin biarpun tanpa isteri di sisi.

Ya Allah, ampuni dosa-dosa isteriku. Rahmati dia, maafkan dia. Muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya. Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berniaga pakaian kanak-kanak secara langsung (live) di Facebook

Dalam pada itu, lelaki berkenaan sebelum ini menjalankan perniagaan pakaian kanak-kanak yang dijual dengan harga berpatutan menerusi live Facebook pada waktu malam.

Rata-rata kenalan di Facebook terkesan dengan pemergian isterinya ketika melahirkan anak sulung mereka kerana pernah melihat mereka berdua sama-sama berniaga.

Dia yang kini bergelar bapa tunggal, memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada anak lelaki telah menerima banyak kata-kata semangat dan memperoleh sokongan orang ramai yang membeli pakaian kanak-kanak darinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca kematian selepas bersalin yang sering berlaku kepada kebanyakan ibu

credit to sources

Menurut data yang dikeluarkan oleh WHO, lebih kurang 303,000 wanita seluruh dunia meninggal dunia ketika melahirkan bayi. Di Malaysia pula, kaum Melayu mencatatkan angka paling tinggi berbanding kaum lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada beberapa penyebab keadaan ini berlaku. Antaranya ialah:

#1. Masalah tumpah darah yang teruk

Pendarahan yang luar biasa ketika melahirkan bayi menjadi punca utama  kebanyakan ibu meninggal dunia. Ia biasanya disebabkan oleh vagina atau rahim terkoyak, terjadinya koyakan uteri, rahim tidak berkontraksi sehingga ada masalah plasenta.

#2. Preeklampsia

Ketika mengandung, ibu akan diminta untuk mengawal tekanan darah agar berada tahap normal. Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan gangguan aliran darah ke plasenta. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesannya, ia boleh mengurangkan jumlah oksigen dan nutrisi yang diperlukan oleh janin untuk berkembang. Selain itu, ia juga berupaya merosakkan organ dalaman sehingga menyebabkan koma, kerosakan otak bahkan kematian.

#3. Masalah darah beku

Risiko masalah darah beku ini menjadi lebih tinggi sekiranya ibu bersalin secara pembedahan caesarean. Ia membuatkan kadar oksigen dalam darah menjadi rendah sehingga menimbulkan gejala sesak nafas dan sakit dada.

Organ tubuh yang kekurangan oksigen berupaya mengalami kerosakan dan hal inilah kemudiannya membawa kepada kematian.

#4. Berlaku jangkitan

Keguguran juga boleh menjadi salah satu punca kematian ibu. Anda berisiko terkena jangkitan akibat proses bersalin yang sangat lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, jangkitan kuman boleh berlaku disebabkan oleh kurangnya ilmu tentang penjagaan kebersihan peribadi serta cara merawat tubuh menjelang kelahiran.

#5. Penyakit otot jantung

Ibu mengandung yang menderita penyakit jantung dikatakan lebih berisiko tinggi mengalami kematian sewaktu melahirkan bayi, terutamanya jika mengalami kardiomiopoti postpartum.

Ia adalah penyakit otot jantung yang membuatkan jantung menjadi lebih besar, tebal dan kaku. Keadaan sebegini dapat menyebabkan jantung menjadi lemah dan tidak mampu membekalkan darah ke seluruh tubuh dengan baik.

Sumber: Muhammad Harraz, Pop Mama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kadar Kematian Golongan Ibu Melayu Selepas Bersalin Paling Tinggi Dari Kaum Lain- Pakar