Pergi Holiday Tika Hamil? Jangan Lupa Buat 8 Persediaan Wajib Ini

Nak pergi holiday dengan pasangan ala-ala babymoon ketika anda hamil ke tu? Selamat tak? Jom semak 8 persediaan yang wajib anda buat sebelum pergi melancong, ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru lepas fasa mual? Anda sudah masuk trimester kedua dan kini lebih aktif?

Cuba anda bayangkan.. hanya dalam masa beberapa bulan lagi, anak anda akan dilahirkan dan ini mungkin peluang terakhir anda untuk melancong dengan pasangan tersayang dalam masa yang lama.

Amalan “babymoon” sebenarnya sangat popular. 

Ramai pasangan mengambil kesempatan ini untuk berehat dan bersantai sebelum menjadi ibu bapa baru.

Melancong ketika hamil? Boleh ke? Selamat tak?

Sumber gambar: The New York Times

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan bukanlah alasan untuk berhenti menjalankan aktiviti seperti biasa.

Anda boleh saja pergi holiday mana-mana yang anda nak ketika ini.

Namun, kesihatan ibu hamil dan janin perlu diutamakan.

Doktor dan pakar akan menjadualkan pemeriksaan kehamilan untuk menentukan sama ada selamat ke tak untuk ibu dan anak dalam kandungan nak pergi holiday.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Asalkan ibu hamil tak menghadapi apa-apa komplikasi sebelum ini, biasanya doktor akan beri kebenaran! 

Tapi kalau ibu hamil pernah mengalamai komplikasi seperti pendarahan faraj, kehamilan berganda atau mempunyai sejarah diabetes gestasi, dan lain-lain lagi, doktor mungkin tak akan beri kebenaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8 Langkah-langkah persiapan

Tapi, kalau doktor dah beri kebenaran itu… anda jangan lupa untuk buat semua persiapan dan persediaan pula, tau!

Semua persiapan ini penting. Antaranya, bawa berbincang dengan doktor tentang:

  • Surat pengesahan – sebagai langkah keselamatan dan bukti, minta doktor untuk menyediakan surat pengesahan bertarikh
  • Pengambilan vaksin – jika anda akan melancong ke negara lain, tanya doktor sama ada suntikan vaksin diperlukan. 
  • Ubat yang selamat dan cara rawatan – ketahui cara rawatan kecemasan dan minta doktor ubat-ubat yang selamat dimakan semasa mabuk kereta, mabuk ketinggian, mahupun ketika perubahan iklim.
  • Beri perhatian kepada keselamatan – sentiasa guna tali pinggang keledar apabila menggunakan kereta mahupun pesawat. Anda boleh bawa bantal kecil sebagai alas supaya lebih selesa.
  • Rancang perjalanan anda – Hadkan masa perjalanan tidak melebihi 5 – 6 jam. Pastikan anda berhenti untuk berehat dan berjalan kaki sebentar bagi memastikan peredaran darah yang baik. Jangan lupa untuk minum untuk mengelak dehidrasi
  • Bawa dokumen yang penting – Di samping dokumen peribadi, jangan lupa untuk membawa salinan rekod perubatan yang berkaitan dengan kehamilan anda sebagai langkah berjaga-jaga. Ketahui juga alamat serta doktor/hospital berdekatan supaya sekiranya berlaku kecemasan, anda tidak perlu berlenggah.
  • Jangan lupa bawa ubat dan vitamin anda – Bawa ubat dan vitamin kehamilan anda dalam beg sandang apabila melancong, kerana bagasi anda ada risiko untuk hilang.
  • Semak liputan insurans anda – Adakah ia meliputi masalah kehamilan?
  • Deep Vein Trombosis (DVT) atau trombosis vena dalam – Ini biasanya berlaku akibat pembentukan darah beku dalam saluran darah kaki ketika (atau selepas) penerbangan yang jauh. Jika anda melancong ke negara lain dan dalam pesawat untuk masa yang lama, pastikan anda minum air secukupya dan gerakkan kaki serta berjalan sebentar sekerap mungkin. Jangan pandang ringan penyakit ini, DVT boleh membawa maut!

Kredit gambar: Project B

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Metro

Baca juga: 

Bertatu & Tindik Pusat Ketika Hamil, Adakah Ia Bahaya? INI Apa Anda Perlu Tahu

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio