Bagi sesetengah orang, bertindik dan bertatu hanyalah sekadar hiasan. Namun bagi sesetengah orang yang lain pula, ia mungkin membawa maksud lebih dari sekadar hiasan (bertatu bagi orang beragama Islam adalah haram).
Namun, adakah bertatu dan bertindik boleh memberi kesan pada kehamilan atau kehamilan memberi kesan kepada bertatu dan bertindik?
Bagi mereka yang lebih ekstrem dengan bertatu dan bertindik, ia mungkin memberi kesan.
1. Adakah tatu akan berubah apabila hamil?
Profesor Madya Klinikal Dermatologi di Hospital Mount Sinai, New York berkata, apabila kulit merenggang, lukisan tau boleh menjadi kabur, hilang atau berubah.
Terutamanya di bahagian badan yang akan melalui perubahan fizikal ketara seperti buah dada, peha dan perut. Kadang-kala ia masih kekal, namun kesan kulit merenggang yang ketara boleh membuatkan tatu anda hilang.
Bagi sesetengah mereka yang tidak mengalami perubahan fizikal yang ketara yang mendapat bentuk badan asal selepas bersalin, tatu anda mungkin akan kekal sama.
Namun jika ia masih berubah menjadi sesuatu yang tidak diingin, anda boleh meminta artis tatu untuk membetulkan atau membuat rawatan laser untuk membuangnya.
2. Patutkah saya buka tindik pusat saya ketika hamil?
Foto ehsan babymed
Tidak semestinya kerana ianya subjektif. Bergantung pada keselesaan individual. Bahagian muka seperti hidung dan telinga mungkin tidak memberi kesan. Namun bagi mereka yang bertindik di puting atau pusat, mereka mungkin akan rasa tidak selesa apabila kulit mula merenggang.
Menurut Profesor Madya Shannon M. Clark, jika mula terasa sakit, tukar kepada saiz lain atau lebih baik tanggalkan kerana ia boleh meningkatkan risiko koyak (terutamanya di bahagian sensitif).
Namun jika anda bakal melalui pembedahan c-sec, anting-anting telinga juga perlu ditanggalkan.
3. Adakah selamat untuk melakukan tatu semasa hamil?
Adalah lebih baik jika anda menunggu sehingga beberapa bulan selepas bersalin. Ini kerana bertatu mahupun bertindik, ia melibatkan jarum yang menusuk kulit anda. Jadi, anda akan mendapat risiko infeksi.
Foto ehsan washingtonpost
Malah menurut Dr. Hoskins, semasa hamil anda akan menjadi lebih sensitif dan mungkin bahan di dalam dakwat tatu tidak sesuai dengan anda. Anda mungkin juga akan mengalami alahan seperti kulit merengsa.
4. Benarkah mereka yang ada tatu di belakang badan tidak boleh ambil epidural?
Terdapat satu ulasan dalam American Association of Nurse Anesthetists Journal yang mempersoalkan keselamatan memberi epidural melalui kulit bertatu kerana risau jika jarum boleh terbawa dakwat dan sedarkan ke dalam terusan tulang belakang.
Walaupun ia tidak mustahil, namun laporan kesihatan tentang sebarang komplikasi belum pernah ada.
Sekiranya tatu anda tidak mempunyai sebarang komplikasi atau infeksi, jadi tiada sebarang masalah. Namun, anda harus berbincang dengan doktor dan anesthesioligis anda terlebih dahulu.
5. Adakah bertindik diputing akan menghalang penyusuan ibu anda?
Bertindik di puting payudara tidak menghalang kebolehan anda untuk menghasilkan susu. Namun, anting-anting di puting berisiko buat bayi anda, dia mungkin tercekik. Jadi, adalah lebih baik anda menanggalkannya sehingga perjalanan penyusuan ibu anda berakhir.
Perkongsian kali ini adalah topik yang jarang dibincangkan kerana tidak ramai ibu di Malaysia terutamanya yang bertatu dan bertindik secara ekstrem.
Walau bagaimanapun, di harap agar perkongsian ini dapat membantu mereka yang berniat untuk bertatu atau bertindik semasa hamil atau mereka yang sudah mempunyai tatu dan bertindik.
Sumber: Parents
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!