Bagi sesetengah orang, terasa puas bila dapat meletupkan tulang belakang, jari tangan, jari kaki atau sendi tertentu. Bunyi “pop” itu saja sudah melegakan, apatah lagi rasa sakit yang ada tadi tiba-tiba hilang terus.
Tapi, tak semua benda yang buat anda puas itu bagus untuk anda. Begitu juga dengan perbuatan meletupkan tulang belakang, jari tangan, jari kaki atau sendi tertentu ini.
Perbuatan meletupkan tulang belakang dan jari amat berbahaya – pakar
Apabila anda meletup-letupkan tulang dan jari itu, anda sebenarnya bukan sedang meletupkan ia pun.
Semuanya melibatkan maneuver yang akan memberi bunyi popping seakan bunyi meletup, kata Dr Charla Fisher, seorang pakar bedah tulang belakang di NYU Langone Health.
Maneuver ini boleh dipusing, dibengkokkan ke hadapan atau disandarkan ke belakang. Bunyi popping yang anda dengar itu adalah pergerakan udara dalam poket sendi.
Maksudnya di sini, bukan perbuatan meletupkan tulang belakang, jari kaki atau jari tangan yang akan “meredakan” kesakitan anda, tapi ia sebenarnya tugas maneuver!
Menurut Dr. David W. Flatt pula, pakar ortopedik di St. Charles, apabila anda rasa ingin meletupkan tulang belakang, ia mungkin sebab sendi anda tidak selaras dan ia menjejaskan kawasan di sekelilingnya.
Hal ini boleh menyebabkan otot-otot menegang. Apabila anda menggerakkan sendi, barulah otot ini tidak terlalu menegang. Namun, meletupkan tulang belakang ada buruknya!
Risiko apabila anda meletupkan tulang belakang
Secara umumnya, menurut Dr. Flatt, perbuatan meletupkan tulang belakang tidaklah terlalu berisiko, namun itu jika ia dilakukan oleh pakar.
Risiko yang paling bahaya melibatkan perbuatan ini ialah kita terlalu kerap meletupkan sendi dengan sendiri, dan ia boleh mencetuskan hipermobiliti pada sendi.
Maka, sendi tersebut boleh menjadi lebih sakit dan menegang. Perbuatan ini juga boleh dilakukan dengan salah dan keterlaluan sehingga mampu menyebabkan terseliuh.
Sama juga dengan perbuatan meminta sesiapa tolong “memijak” anda jika anda sakit belakang. Perbuatan ini membuatkan berat tertentu membebankan bahagian badan hingga ia boleh menyebabkan kecederaan otot belakang, patah tulang belakang atau kecederaan organ perut/pelvis!
Oleh sebab kita tidak tahu apa yang terjadi dalam badan kita, sebab itu adalah lebih baik jika perbuatan ini hanya dilakukan pakar.
Jadi, adakah anda tidak boleh meletupkan tulang belakang lagi sekarang?
Jawapannya, ya. Anda harus mengelak risiko yang dinyatakan di atas dan merujuk pakar jika anda kerap sakit tulang belakang atau sebagainya. Pakar akan melakukan pemeriksaan lanjut pada anda.
Namun, ini tidak bermaksud anda tak boleh langsung meredakan kesakitan yang anda rasa. Pakar berpendapat, anda boleh menggunakan pek sejuk atau panas untuk memberi tekanan pada kesakitan yang dirasai.
Anda juga boleh melakukan senaman regangan dengan bantuan pakar terapi fizikal atau guru yoga. Menurut pakar lagi –
“Berbaring terlentang dengan membengkokkan lutut dan membiarkan lutut terjatuh dengan sendiri di sebelah bahagian adalah salah satu senaman regangan yang boleh merawat sakit belakang.”
Untuk hasil yang lebih baik, jangan terburu-buru melakukannya kerana ianya hanyalah penyelesaian jangka pendek. Malah meregangkan bahagian yang sakit juga merupakan penyelesaian sementara sahaja.
Penyelesaian jangka panjang yang bagus ialah anda melakukan senaman regangan selama 5 minit setiap hari untuk membantu tulang belakang anda dari mengalami cramping.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mesti Cuba! 5 Cara Hilangkan Sakit Belakang Ketika Hamil Untuk Bakal Ibu!
Baca juga: Bayi 3 Bulan Dilahirkan Tanpa Tulang Belakang, Kuatnya Dirimu Wahai Sayang…
Baca juga: Ada Risiko Hip Dysplasia Jika Anda Dukung Bayi Dengan Cara Salah, Kata Doktor Ini