Anda & Pasangan Masih Merancang? Jangan Lupa Guna Kondom Terbaik Ini!

Bagi pasangan yang ingin merancang keluarga, salah satu caranya adalah dengan memakai kondom. Namun, pilihan manakah paling selesa dan selamat?

Ada pelbagai jenis dan perisa kondom dijual di pasaran, tetapi sudah semestinya setiap orang mempunyai pilihan kegemaran sendiri bukan? Apa pun, memakai kondom adalah salah satu cara untuk melindungi ketidaksengajaan untuk hamil.

Bagi anda yang belum bersedia menimang cahaya mata atau sedang merancang keluarga, condom juga adalah salah satu alat yang boleh mencegah kehamilan ketika suami isteri menikmati hubungan seks.

Jadi dalam mengawal ketidaksengajaan ejakulasi yang tidak disangkakan, perlindungan untuk mengelak kemungkinan untuk hamil adalah langkah terbaik buat pasangan suami isteri yang sedang merancang.

Jenis Kondom

Terdapat pelbagai jenis kondom buat lelaki termasuklah:

1. Lateks, plastik atau kulit kambing

Ramai orang menggunakan condom diperbuat daripada lateks. Jika anda sensitif atau mempunyai alergi kepada material ini, anda boleh menggunakan yang diperbuat daripada plastik: polyurethane atau polyisoprene.

Condom lateks dan plastik boleh melindungi anda daripada STDs. Condom natural atau kulit kambing adalah diperbuat daripada bahan yang nadir daripada usus kambing. Ia mencegah kehamilan, tetapi seperti kulit manusia, ia mempunyai liang halus. Jadi, ia tidak melindungi daripada STDs.

2. Siap dengan pelincir

Pelincir adalah cecair nipis yang menyelaputi condom. Ia boleh mencegah kesakitan dan iritasi sewaktu seks, dan ia boleh membantu memastikan kondom daripada rosak. Jika anda membeli satu yang tidak mempunyai pelincir, anda perlu menambah sedikit pelincir untuk membuatkan hubungan seks anda lebih selesa.

Pastikan anda menggunakan produk yang berasaskan air yang direka untuk seks. Pelincir berasaskan mintak seperti jeli petroleum boleh merosakkan condom serta membuatkannya tidak berfungsi.

3. Bersalut spersimida

Ia adalah bahan kimia, dipanggil nonoxynol-9, yang membunuh sperma. Sesetengah condom dijual dengan diselaputi bahan ini. Ia mampu merendahkan risiko untuk hamil, tetapi amaun spersimida itu hadir dengan satu kondom boleh jadi tidak cukup untuk melakukan satu perubahan.

Jika anda mahukan lebih perlindungan, tambah satu produk asing pembunuh sperma. Nonoxynol-9 boleh mengakibatkan iritasi pada kemaluan, yang mana boleh membuatkan anda berisiko tinggi untuk mendapat HIV.

4. Kondom bertekstur

Ini termasuklah jenis bergaris dan bertatah. Ia bertujuan untuk meningkatkan keseronokan untuk anda dan pasangan. Tetapi bagaimana ia membuatkan anda dapat merasa perbezaan daripada apa yang seseorang lain rasakan.

Jika sehelai condom membuatkan anda atau pasangan anda berasa tidak menikmati seks itu, cuba salah satu condom yang bertekstur untuk melihat jika merasakan lebih baik. Anda juga boleh menjadikan kondom itu sebagai sebadagian daripada aktiviti foreplay. Anda mungkin juga akan menemui condom yang direka glow-in-the-dark atau mana-mana condom baru yang lain.

Tetapi haruslah untuk anda berhati-hati kerana memakai kondom jenis ini biasanya tidak mendapat kelulusan daripada pihak kesihatan dan mungkin tidak dapat mencegah kehamilan atau STDs.

Pastikan pakej telah tertulis jelas yang produk itu dapat mencegah kedua-dua itu. Tidak ada salahnya untuk anda mencuba jenama kondom jenis lain kerana ia menawarkan sensasi yang berbeza dan meningkatkan keseronokan ketika hubungan seks

Saiz Kondom

Setiap lelaki di dunia ini pasti memiliki ukuran penis yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, kondom hadir dengan ukuran yang pelbagai yang dapat disesuaikan dengan ukuran penis pasangan anda.

Dengan memilih ukuran yang tepat, kondom tidak akan mudah bocor, longgar atau ketat ketika digunakan malah dengan memakai saiz yang betul tentunya menambah kenikmatan saat berhubungan seks bukan menyebabkan rasa tidak selesa.

1. Lebar kondom harus digunakan apabila membandingkan saiz kondom. Jika lilitan penis pasangan anda berada di atas purata, kondom bersaiz biasa mungkin terasa terlalu ketat. Sekiranya lilitan penis kurang daripada purata, kondom saiz standard mungkin longgar. Gunakan panduan am ini:

  • Kondom standard mempunyai lebar 1.75 hingga 2 inci (44.45 hingga 50.8 mm)

  • Kondom berkulit mempunyai lebar di bawah 1.75 inci

  • Kondom besar mempunyai lebar melebihi 2 inci

2. Panjang kondom mungkin mengelirukan kerana pengilang kondom berbeza menggunakan ukuran yang sedikit berbeza. Ini bermakna bahawa apa yang satu pengeluar dapat menggambarkan sebagai kondom besar sebenarnya boleh menjadi kondom saiz standard untuk yang lain. Anda boleh menggunakan berikut sebagai panduan umum:

  • Kondom standard biasanya mempunyai panjang antara 7.25 hingga 7.8 inci (184.15 hingga 198.12 mm)

  • Kondom yang berpanjangan mungkin mempunyai panjang 7 hingga 7.8 (177.8 hingga 198.12 mm)

  • Panjang kondom yang besar adalah antara 7.25 hingga 8.1 inci (184.15 hingga 205.74 mm).

8 Kondom Terbaik Di Malaysia

Justeru, apa kata anda beli sahaja di sini. Kami mencadangkan 8 jenis kondom yang terbaik, selesa dan selamat untuk kegunaan harian. Tidaklah perlu anda keluar ke pasaraya atau farmasi dan terpaksa menahan malu untuk membelinya.

Kondom Terbaik
ONE Condoms Super Sensitive
Terbaik Nipis Seperti Kulit
Beli di Shopee
DUREX Together
Terbaik Berkualiti Tinggi
Beli di Lazada
Elephant Condom G-Studs 大象安全套G点大颗粒10只装
Terbaik Reka Bentuk Partikel Besar Merangsang Sensitiviti Faraj
Beli di Shopee
DUREX FETHERLITE ULTIMA
Terbaik Ultra Nipis
Beli di Shopee
SHOOT TUTTI-FRUTTI Condom
Terbaik Diuji Secara Elektronik
Beli di Shopee
Okamoto Crown
Terbaik Diundi Sebagai World's Best Condom 10 Tahun Berturut
Beli di Shopee
TROJAN Extended Pleasure
Terbaik Dengan Pelincir Climax Control
Beli di Shopee
Nulatex Feel Prolong Extra Thick Condoms
Terbaik Extra Tebal
Beli di Shopee

ONE Condoms Super Sensitive

Terbaik Nipis Seperti Kulit

Pengendali seks yang cukup lancar. Kenali satu jenama kondom yang disahkan amat licin, kepuasan yang lembut, di sebalik Super Sensitif. Ia meningkatkan deria anda dengan satu rekaan jarang yang terbaik serta pelincir lebih 50% berbanding kondom mereka yang biasa.

Apa yang kami suka:

  • Dicipta 35% lebih lembut, nipis seperti kulit bagi membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan.
  • Kandungan 50% pelincir berbanding jenama kondom lain, membantu anda lebih sensitif dan terangsang.
  • Menggunakan inovasi teknologi Sensatex untuk meningkatkan aksi hubungan seksual.
  • Didatangkan terus dari kilang utama.

DUREX Together

Terbaik Berkualiti Tinggi

Condom Durex Together adalah pilihan kegemaran klasik yang menawarkan kedua-dua keselesaan dan kepuasan dengan pasangan anda.

Memberikan anda sepenuh perlindungan yang anda perlukan dengan bentuk yang lancar, condom ini telah siap sedia pra-pelincir dengan pelincir silikon untuk pengalaman yang lancar.

Apa yang kami suka:

  • 100% baru dan berkualiti tinggi
  • Sesuai untuk anda yang mahukan jaminan kondom berkualiti.
  • Bentuk yang senang dipakai
  • Telus dan dilincirkan
  • Diuji secara dermatologi
  • Lebar nominal 52.5mm

Elephant Condom G-Studs

Terbaik Reka Bentuk Partikel Besar Merangsang Sensitiviti Faraj

Elephant Condom G-Studs direka degan 3D partikel besar untuk merangsang tahap sensitiviti vagina yang mana mampu memberikan si dia kepuasan serta keseronokan, pada masa yang sama cukup lancar dan mengujakan.

Apa yang kami suka:

  • Tahan lebih 5 tahun
  • Dicipta sangat nipis
  • Reka bentuk partikel besar untuk merangsang faraj yang sensitif
  • Bahan daripada lateks
  • Pelincir berasaskan air
  • Mengandungi 10 lapis kondom

DUREX FETHERLITE ULTIMA

Terbaik Ultra Nipis

Condom Durex Fetherlite Ultima adalah rangkaian Fetherlite yang paling nipis yang mana menawarkan tahap sensitiviti yang lebih tinggi, meningkatkan perasaan kerapatan kepada pasangan anda tanpa mengorbankan keselamatan. Ia menjanjikan nikmat seks yang jauh lebih baik.

Apa yang kami suka:

  • Durex condoms Fetherlite Ultima adalah kondom super halus dengan Sensi-fit untuk kepekaan yang lebih besar
  • Berdinding lurus, kondom ULTRA NIPIS
  • Telus dan dilincirkan
  • Diuji secara dermatologi
  • 100% diuji secara elektronik
  • Lebar nominal 52mm

SHOOOT TUTTI-FRUTTI Condom

Terbaik Diuji Secara Elektronik

Condom SHOOT TUTTI-FRUTTI merupakan condom dengan variasi perisa terdiri daripada kelapa, pisang dan strawberi untuk keseronokan maksimum.

Apa yang kami suka:

  • 100% berkesan untuk mencegah kehamilan dan perlindungan terhadap jangkitan kelamin.
  • Sisi selari, warna semula jadi dan berperisa.
  • Lateks getah asli dengan bentuk puting.
  • Diuji secara elektronik.
  • Dilincirkan dengan pelincir bukan spermisida.
  • Lebar nominal: Pematuhan 52mm +/- 2mm
  • Selesa digunakan.

Okamoto Crown

Terbaik Diundi Sebagai World’s Best Condom 10 Tahun Berturut

Okamoto Crown telah diundi sebagai “World’s Best Condom" untuk 10 tahun berturut-turut oleh condomdepot.com dan secara wajarnya.

Kondom berona merah jambu ini menyediakan nikmat “bareback" sementara menjadi yang cukup kuat dan selamat. Kenapa tidak? Ia telah pun dicuba dan diuji serta di dalam persekitaran seksual paling aktif – industri filem dewasa di Jepun. 

Apa yang kami suka:

  • Direka untuk mencapai keperluan ofISO4047:2002, GB7544-2009 dan sebagainya
  • Setiap kondom telah diuji dengan teknologi elektrostatik tepat
  • Kondom ini digunakan untuk tujuan kontraseptif dan untuk mengurangkanp risiko STDs (penyakit jangkitan daripada aktiviti seksual)
  • Diperbuat daripada material SHEERLON, nipis tetapi lebih tahan lasak dan bertekstur licin lembut
  • Tiada bau getah lateks

TROJAN Extended Pleasure

Terbaik Dengan Pelincir Climax Control

Kondom TROJAN Extended Pleasure dengan Pelincir Climax Control, pelincir istimewa yang membantu anda untuk mengawal klimaks serta memanjangkan tempoh seks supaya bertahan lebih lama. 

Apa yang kami suka:

  • Ia bercirikan pelincir Climax Control – pelincir tambahan istimewa yang membantu mengelak daripada ejakulasi pramatang dan membantu memberikan ketahanan tempoh seks lebih panjang
  • Kandungan aktif; Benzocaine, 4% (desensitizer alat sulit lelaki). Selepas menggunakannya, cuci sisa pelincir. Ejakulasi pramatang boleh jadi berikutan kepada satu kondisi yang memerlukan pemantauan kesihatan. Jika menggunakan produk ini, tidak memberikan sebarang kelegaan, henti menggunakannya dan dapatkan pemeriksaan doktor. 
  • Takungan istimewa pada penghujung waktu seks untuk lebih keselamatan
  • Diperbuat daripada lateks berkualiti premium untuk membantu mengurangkan risiko ketidaksengajaan hamil dan STIs
  • Setiap kondom telah diuji secara elektronikal untuk membantu memastikannya tahan lasak

Nulatex Feel Prolong Extra Thick Condoms

Terbaik Extra Tebal

Condom ini merupakan condom jenis extra tebal yang sesuai untuk anda yang mahukan sensasi tahan lama. Di bahagian luarnya pula mempunyai permukaan yang smooth dan dilengkapi cecair lubricated yang mampu mengurangkan geseran dan rasa ngilu, membantu pasangan anda untuk tahan lebih lama!

Apa yang kami suka:

  • Diperbuat daripada lateks semula jadi premium yang kurang berbau.
  • Setiap condom diuji secara elektronik untuk memasikan perlindungan maksimum.
  • Dilincirkan dengan minyak silikon yang dipertingkatkan untuk rasa licin seperti sutera.
  • Diperbuat di Malaysia, pastinya memahami ukuran kondom yang diperlukan kebanyakan lelaki.

Perbandingan Harga Kondom Terbaik

Produk Unit/Helai Harga (RM)
ONE Condoms Super Sensitive 3 & 12 RM6.40 – RM20.60
DUREX Together 3 & 12 RM6.50 – RM22.80
Elephant Condom G-Studs 10 RM24.50
DUREX FETHERLITE ULTIMA 3 & 12 RM11.50 – RM39.33
SHOOT TUTTI-FRUTTI Condom 3 & 12 RM5.60 – RM17.00
Okamoto Crown 12 RM20.90
TROJAN Extended Pleasure  3 & 12 RM28.50 – RM113.50
Nulatex Feel Prolong Extra Thick Condoms 12 RM20.15

Bagaimana Efektifnya Kondom Dalam Mengelak Kehamilan?

Jika anda memakai kondom dengan betul setiap kali anda melakukan hubungan seks bersama isteri anda, ia adalah 98% efektif dalam mencegah ketidaksengajaan hamil.

Namun tidak semua orang sempurna, jadi realitinya ia hanya efektif sekitar 85% sahaja. Jadi ada kebarangkalian sekitar 15 daripada 100 orang yang memakai kondom sebagai satu kaedah perancang kehamilan, akan hamil setiap tahun.

Oleh itu, pemakaian condom dengan betul penting setiap kali melakukan hubungan seks, agar dapat memastikan keberkesanannya.

Fungsi Kondom

Mungkin anda dan pasangan dilema untuk menggunakan kondom. Dari pelbagai jenis alat mencegah kehamilan, condom adalah yang paling mudah didapati pada harga yang cukup murah. Jika masih tertanya-tanya, semak dahulu fungsi condom yang lain di bawah ini:

1. Mencegah penularan penyakit kelamin

Walaupun memakai condom, anda masih boleh menjaga keromantisan hubungan intim sekaligus mencegah penularan penyakit seksual atau kelamin seperti Chlamydia, gonorrhea, dan HIV.

2. Memanjangkan tempoh berhubungan intim

Perlindungan itu penting, namun kepuasan juga perlu dipertimbangkan. Condom ternyata dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan seks anda dan pasangan dengan memanjangkan durasi hubungan intim. 

Hal ini kerana condom memiliki banyak model, bentuk, dan tekstur yang bervariasi yang dapat meningkatkan sensasi seks bagi kedua-dua pasangan. Condom juga dapat membuat anda fokus pada kepuasan berhubungan intim dengan pasangan, tanpa khuatir tentang kehamilan atau penyakit kelamin!

3. Menjaga ereksi

Fungsi condom lainnya adalah dapat menahan ejakulasi sehingga hubungan intim dapat berlangsung lebih lama. Terutama bagi yang mengalami kesulitan mempertahankan ereksi, penggunaan condom dapat membantu ereksi bertahan lebih lama.

Tips Untuk Pemakaian Kondom Dengan Betul Dan Efektif

Anda boleh memakai condom pada bila-bila masa sebelum atau sewaktu hubungan seks.

  • Pastikan anda tidak mengoyak condom tersebut ketika anda membuka pakej tersebut
  • Buang terus jika anda mendapati yang ia rapuh, keras atau sudah tiba tarikh tamat tempoh
  • Sarungkan pada alat kemaluan yang telah berada pada kondisi tegang dan sebelum ia menyentuh ke atas kemaluan pasangan anda
  • Gunakannya sepanjang masa, dari mula sampai habis
  • Gunakan yang baru setiap kali sesi hubungan intim. Ini bermakna untuk setiap kali mencapai ereksi
  • Jika condom tidak mempunyai takungan pada bahagian hujungnya, picit pada bahagian hujung untuk meninggalkan sekitar separuh inci ruang untuk menakung air mani pabila mencapai proses ejakulasi
  • Jika anda merasakan seakan ia akan koyak atau rosak sewaktu seks, berhenti serta merta, tarik ia keluar dan gunakan condom yang baru
  • Apabila anda menanggalkannya, pastikan yang air mani tidak tertumpah

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat anda sebagai pasangan suami isteri yang sedang merancang keluarga.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Hubungan Intim Suami Isteri, Berapa Kerap Ia Patut Dilakukan?

Baca juga:  Main Isteri Selepas Pantang: Ini Cara Kembali Intim & Mesra Bersama

Baca juga:  Seks Setiap Hari Bawa Banyak Kebaikan Pada Diri Anda – Ini Buktinya!

Penulis

Farhana Fuad