(Video) Wanita Selamba Pandu Kereta Sambil Pegang Bayi & Anak Berdiri Di Tingkap

Memandu kereta dengan anak kecil sememangnya bukan mudah. Namun ibu hendaklah memastikan keselamatan anak terjaga, jangan ambil mudah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ibu memandu kereta bersama anak yang masih kecil tanpa pasangan, seharusnya anda mementingkan keselamatan si manja terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. 

Apa yang anda boleh baca di artikel ini?

  • Memandu kereta sambil pangku bayi, lagi seorang anak bermain di luar tingkap
  • Orang ramai luah rasa gerun dan bimbang melihat video berkenaan

Baru-baru ini tular sebuah video mengenai pemanduan seorang wanita, merupakan seorang ibu yang dilihat boleh mendatangkan bahaya kepada anak dan pengguna jalan raya yang lain.

Memandu kereta sambil pangku bayi, lagi seorang anak bermain di luar tingkap

Tanyalah mana-mana ibu yang memandu sendirian bersama anak-anak kecil. Memang susah nak dikawal. Menerusi satu perkongsian video oleh pengguna Facebook yang memperlihatkan bagaimana seorang ibu ini memangku anak kecil di hadapan sambil memandu. Inilah bukti betapa sukarnya nak memandu bersama anak-anak kecil.

Tetapi yang menjadi persoalannya adalah, bagaimana si ibu ini boleh membiarkan anaknya bermain dengan tingkap luas sambil mengeluarkan separuh badannya ke luar tingkap.

Perbuatan ini tentulah boleh membahayakan anak ini sekiranya si ibu memandu dengan laju atau terpaksa memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba. Takut anak ini tercampak pula keluar dari kereta.

Namun, pengguna Facebook ini juga turut menambah bahawa kemungkinan wanita ini mempunyai masalah lain dan semoga wanita ini bersama anak-anaknya sampai ke destinasi mereka dengan selamat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang ramai luah rasa gerun dan bimbang melihat video berkenaan

 

Berikutan kejadian tersebut dan video yang tular, rata-rata netizen telah melontarkan pelbagai komen mengenai perbuatan wanita tersebut yang dianggap boleh mengundang kecelakaan di jalan raya pada bila-bila masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadikan membawa anak-anak kecil sebagai alasan untuk tidak dapat memastikan keselamatan mereka adalah perkara yang dianggap tidak munasabah menurut sebilangan netizen. 

Berikut beberapa komen yang ditulis daripada perkongsian ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perbuatan ini  menyalahi undang-undang tetapi boleh dikenakan tindakan saman dan kompaun trafik kerana boleh membahayakan nyawa mereka dan juga pemandu yang lain.

Buat ibu-ibu di luar sana, sekiranya anda terpaksa memandu bersendirian bersama anak-anak, pastikan anda mengetahui beberapa perkara terlebih dahulu.

  1. Pastikan keselamatan anak di dalam kereta sebelum memandu
  2. Berikan anak sesuatu untuk menarik perhatian mereka agar dapat duduk diam di dalam kereta
  3. Berdisplin dengan anak agar sentiasa berhemah di dalam kereta
  4. Memandu secara berhemah dan patuhi hadlaju yang ditetapkan
  5. Sediakan makanan atau susu botol yang mencukupi
  6. Berhenti sekiranya anak kecil anda menangis dan tenangkannya terlebih dahulu
  7. Pastikan minyak kereta diisi penuh lebih awal

Semoga perkara sebegini tidak berulang dan para ibu dinasihatkan untuk berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu agar tidak menyesal kemudian hari. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Tertinggal Kereta Ketika Ibu Ayah Tukar Giliran Memandu, Tak Sedar Anak Tiada

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Tips Memandu Sendirian Jarak Jauh Bersama 2 Anak-Anak Kecilnya, Hebat Betul!

Baca juga: Tular Video Budak 9 Tahun Memandu! Apa Yang Ibu Bapa Budak Ini Fikirkan?

Penulis

Nina Osman