TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Tertinggal Kereta Ketika Ibu Ayah Tukar Giliran Memandu, Tak Sedar Anak Tiada

15 Mar, 2022
Anak Tertinggal Kereta Ketika Ibu Ayah Tukar Giliran Memandu, Tak Sedar Anak Tiada

Anak tertinggal kereta selepas pasangan suami isteri berhenti untuk bertukar giliran, tanpa menyedari kanak-kanak itu keluar dari kenderaan

Cuba ibu dan ayah bayangkan perasaannya apabila anak tertinggal kereta  dengan keadaan suasana gelap di awal pagi. Tak tergambar rasa panik dan cemas, ditambah usia anak baru 9 tahun. Sudah tentu ibu dan ayah bimbangkan keselamatannya. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak tertinggal kereta, ibu ayah tidak sedar anaknya keluar
  • Anak tertinggal ditemui orang awam
  • Tips keselamatan apabila keluar bersama anak

Itu yang dialami oleh ibu ayah ini apabila anak perempuan mereka tertinggal sewaktu mereka berhenti kereta di tepi jalan untuk bertukar giliran.

Anak tertinggal kereta, ibu ayah tak sedar kanak-kanak keluar

anak tertinggal kereta

Menurut laporan Berita Harian, kejadian tersebut berlaku jam 2.30 pagi pada 13  Mac di Bukit Bunga, Kelantan. Dalam kejadian tersebut, anak perempuan pasangan suami isteri itu dikatakan keluar dari kereta ketika mereka berhenti di tepi jalan untuk bertukar giliran memandu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf dipetik berkata, tiga beranak itu dikatakan dalam perjalanan dari Pokok Sena, Kedah untuk pulang ke kampung mereka di Jeram Linang, Pasir Puteh, Kelantan.

Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, kanak-kanak terbabit dikatakan tidur di bahagian penumpang belakang, namun bertindak keluar kenderaan ketika ibu bapanya berhenti bertukar giliran memandu tanpa menyedari tindakan anak tersebut.

Orang awam temui anak tertinggal kereta

Budak perempuan itu ditemui orang awam serta melaporkannya kepada polis.

Dia dibawa ke Balai Polis Bukit Bunga kira-kira pukul 3 pagi. Kanak-kanak berkenaan turut memaklumkan kepada polis nombor telefon ibu bapanya. Pasangan suami isteri itu telah tampil mengambil kanak-kanak perempuan tersebut.

Laporan itu juga memetik saksi kejadian, Kamarulzaman Mohd Sakeri, 32, yang dilaporkan berkata, dia terdengar tangisan kuat di depan rumahnya sebelum menemui kanak-kanak tersebut.

Malah saksi mengatakan kanak-kanak itu cuba melarikan diri kira-kira 1 km dari lokasi ditemui ketika cuba menghampirinya.

Hal ini berkemungkinan dia berasa takut dengan lelaki tidak dikenalinya. Kemudian, saksi terus menghubungi rakan dan polis untuk tindakan seterusnya.

Tips keselamatan apabila berada di luar rumah bersama anak

anak tertinggal kereta

 

Kejadian tertinggal anak sebenarnya sudah banyak kali dilaporkan oleh media massa. Beberapa tahun lalu, pernah berlaku kejadian kanak-kanak perempuan tertinggal sewaktu keluarganya berhenti solat di  kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Malah ada juga insiden kanak-kanak tertinggal di meja makan sedang tidur ketika keluarganya singgah makan di sebuah restoran.

Berdasarkan kejadian yang berlaku sebelum ini, kebanyakan ibu bapa tidak menyedari keberadaan anak tersebut.

Lebih-lebih lagi apabila keluar secara beramai bersama saudara-mara, mereka menyangka anak sudah masuk ke kereta lain bersama sepupu-sepupunya namun sebaliknya yang berlaku.

anak tertinggal kereta

Menerusi perkongsian seorang ibu, Anim Kamaruddin, ada beberapa tips yang perlu ibu dan ayah ikuti sewaktu keluar rumah bersama anak. Antaranya:

  1. Pimpin tangan anak jika berjalan di pusat beli-belah. Jangan sesekali lepaskan mereka.
  2. Jangan leka dan lepas pandang jika anak tak mengekori kita. Segera panggil atau jerit jika anak tidak kelihatan dalam jarak yang selamat.
  3. Awas! Jangan sesekali benarkan orang tidak dikenali cuba mendukung anak anda. Kes culik bayi banyak berlaku dengan taktik ini.
  4. Simpan gajet canggih anda  ketika membawa anak ke pasar raya, mahupun ke kedai runcit sekali pun untuk beli bawang. Waspada, malang tidak berbau, pelbagai kejadian buruk boleh berlaku.
  5. Sentiasa berpesan pada anak sebelum keluar bersama supaya tidak lepas atau berlari ketika berada di tempat yang hendak dituju. Pesan dan ingatkan mereka banyak kali berserta sebab yang akan buat mereka patuh. Biasanya kanak-kanak gemar berimaginasi, jadi gunakan taktik ini untuk gerunkan mereka.
  6. Peka, jangan biarkan anak bermain di escalator atau elevator. Pelbagai kes pernah terjadi bahkan bukan pada anak kecil sahaja malah orang dewasa juga tidak terlepas.Prihatin tak kira bangsa atau agama, jika ternampak segera tarik dan jauhkan mereka dari kawasan bahaya. Anda mampu selamatkan dan merubah masa depan mereka.
  7. Ketika keluar dari kereta, jangan tinggalkan anak dengan harapan mereka akan buka pintu sendiri. Bangkit dan segera buka pintu untuk mereka. Jangan sampai bila anak-anak buka pintu nanti, anda menangis tak keruan. 
  8. Didik anak pada usia 2 hingga 5 tahun untuk ingat nama anda. Sangat penting andai kata insiden tidak diingini berlaku seperti kanak-kanak hilang di pusat beli-belah, sekurang-kurangnya memudahkan untuk pekerja dan pengawal keselamatan. Paling penting, ajar anak untuk ingat nama sendiri. Jangan asyik panggil ‘adik’ atau apa sahaja panggilan bukan namanya sendiri.
  9. Jangan asyik bermain media sosial sahaja ketika keluar bersama anak kecil terutama di pusat beli-belah. Utamakan mesej daripada anak anda. Kadang-kadang perkara depan mata pun boleh berlaku walaupun mata anda sedang celik.
  10. Sentiasa berdoa untuk keselamatan ketika berada di luar rumah. Bagi yang muslim, amalkan ayat kursi sebelum keluar dari rumah supaya malaikat mendoakan kesejahteraan anda sepanjang berada diluar.

Berita Harian, Nidirect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Artis Popular Yang Ambil Anak Angkat, Ada Yang Ambil Sejak Mereka Bujang Lagi!

Baca juga:  Bertahun Jaga Anak Angkat, Isteri Tak Sangka Rupanya Zuriat Suami Dengan Wanita Lain

Baca juga: Gara-Gara Kurang Tidur Jaga Bayi, Ibu Ini Terlanggar Pengasuh & Bayi Di Dalam Kereta Sorong

Stories Rakan Kongsi
What Is Your Money Parenting Style?
What Is Your Money Parenting Style?
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
The Day My Child Cried Because Of Hard Bowel Movements And How It Changed Me
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Tertinggal Kereta Ketika Ibu Ayah Tukar Giliran Memandu, Tak Sedar Anak Tiada
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham